Agaknya memang jadi trend baru senusantara untuk pemimpin yang baru naik, masuk ke dalam longkang. Joko Widodo, bakal presiden Indonesia, ketika terpilih menjadi Gabenor Jakarta pada bulan September 2012 telah dikritik kerana sampai meninjau ke dalam longkang untuk mencari punca dan menangani masalah banjir di Jakarta.
Kungfu yang sama digunakan oleh Azmin Ali setelah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Jika Joko Widodo mendapat hasil masuk longkangnya hingga memenangi pilihanraya Presiden dan bakal menjadi Presiden Indonesia tengah bulan ini, mungkin sekali Azmin Ali mempunyai harapan yang serupa. Tetapi untungnya Joko Widodo mempunyai tubuh kecil yang ramping, dan mudah untuk dia melakukan tinjauan ke ceruk itu berbanding Azmin Ali.