Kalau sudah memang kaki penipu, penipu jugak. Gambar di atas diambil di laman sosial Facebook Raja Kelentong Negara, Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim di dalam posting di atas berkata, "3KL112 Pemandangan dari udara kehadiran rakyat ke ibu kota untuk menuntut keadilan yang ditindas dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional, gambar ini dirakam jam 9 pagi 11/01/2013.....Ini kali la....lawan tetap....lawan!!!"
Jumaat, Januari 11, 2013
Anwar Ibrahim Dan Pencacai Setia Anggap Para Pengikut Mereka Tolol Belaka
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berada dalam zon selesa khayalan mereka kerana merasakan pengikut mereka adalah binatang ternak yang bodoh lagi mudah tepercaya membabi buta. Ini buktinya.
Taufan Narelle Ancam Australia Barat
Ketika kita sedang sibuk dengan Sonamu, satu kisaran siklon baru hidup di utara Australia dan kini menyusuri pantai barat Australia dan meningkat ke kategori 4. Taufan ini diramal melanda Perth pada hari Sabtu.
Taufan Narelle kini diramalkan akan mengancam Perth, Australia.
Sementara itu, satu lagi taufan diramal terbentukdi selatan Filipina dan dipercayai jika berjaya terhasil, akan mengancam negara ini kerana musim ini, laluan taufan sememangnya menghala ke negara ini.
Anwar Hebahkan Di Indonesia Najib Bakal Ketua Pembangkang
Anwar ke Indonesia lagi. Entah bertemu siapa misinya. Tetapi yang jelas, dia bercita-cita besar untuk menjadikan PM Najib sebagai Ketua Pembangkang dalam hebahannya kepada mangsa-mangsa kencingannya di sana.
Dia menyebut kebebasan media tidak ada di Malaysia. Dia menuduh demokrasi di Malaysia mati. Dua hari sebelum anjing-anjingnya akan memenuhi Stadium Merdeka.
Paling kelakar, ada pembaca yang menyelarnya dengan menyebut, bercakap tentang kebebasan media sedangkan di negeri yang dikuasai partinya sahaja, terdapat wakil media tertentu yang dihalang membuat liputan.
Kamis, 10/01/2013 22:38 WIB
Anwar Ibrahim dan Cita-cita Menjadikan Najib Razak Oposisi
"Kita akan lantik Najib menjadi oposisi baru," kata Anwar dalam diskusi Forum Pemred yang digelar di Hotel Crowne, Semanggi, Jakarta, Kamis (10/1/2013) malam.
Anwar optimistis bisa melakukan itu apabila pemilu di Malaysia digelar dengan jujur dan adil. "Untuk di kawasan barat (Malaysia) suara sudah mulai naik," imbuhnya.
Dalam diskusi yang dibuka Pimred Tempo Wahyu Muryadi dan dimoderatori Pimred Republika Nasihin itu berlangsung ramai. Hadir juga Pimred Cek & Ricek Ilham Bintang, Pimred Media Indonesia Usman Kansong, serta sejumlah pimpinan media.
Anwar secara panjang lebar juga bercerita mengenai kebebasan pers, termasuk di Malaysia. Bagi Anwar, demokrasi tidak berfungsi dan bermakna tanpa adanya kebebasan pers.
"Media yang bebas harus bisa menyelami aspirasi golongan yang tertindas," tuturnya.
Langgan:
Catatan (Atom)


