Sunday, August 02, 2009

Punca Bukan Melayu Tidak Sertai Demonstrasi 1 Ogos

Setelah dibuat soal selidik, dapatlah diketahui beberapa punca kaum Cina dan India enggan untuk menyertai perhimpunan anti ISA seperti yang dibuat oleh orang-orang Melayu tunggangan dalam Pakatan Rakyat.

1. Alasan utama ialah, mereka mempunyai kerja, tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam usaha mengaut keuntungan dan perniagaan dan pada pendapat mereka, biarlah Melayu-Melayu yang menganggur, tiada komitmen dalam hidup dan sanggup menjadi kuda tunggangan mereka ini, terus membuang masa yang berharga untuk bertempur dengan pasukan keselamatan.

2. Menentang ISA bererti menyembelih leher mereka sendiri. Ini kerana, tanpa ISA akan wujud ekstremis Melayu pro-asimilasi yang mahukan kekayaan dimiliknegarakan dan kekayaan Cina dan India ini akan ditarik balik jika enggan mnghapuskan sistem vernakular dinegara ini. Tanpa ISA, mereka akan lebih rugi dan keuntungan yang mereka dapat tidak seberapa.

3. Mereka menganggap kerajaan Malaysia pimpinan UMNO adalah kerajaan Melayu. Manakala Pakatan Rakyat adalah kesatuan sekular yang meletakkan mereka lebih tinggi dari orang Melayu. Atas perkara ini, orang Melayu dijadikan tentera-tentera jalanan mereka untuk menentang kerajaan Melayu. Apakah mereka ini tentera fisabilillah? Tidak. Ini tentera pi-kat-kafir-lah.

4. Mereka akan bergembira apabila melihat orang Islam di negara ini tidak faham strategi keagamaan dan akan menggunakan nama Allah dijalan-jalanraya untuk kegunaan tentera pi-kat-kafirlah. Jadi laungan takbir bagi mereka berjaya direndah-rendahkan.

5. Lantaran itu, mereka dapat menunjukkan kepada negara bahawa orang Islam boleh bersembahyang dijalanraya. Jadi mereka tidak ada sebab untuk menambah bilangan masjid-masjid dan surau-surau di negara ini kerana bagi mereka, hanya orang Cina dan India yang memerlukan rumah-rumah ibadat untuk bersembahyang.


Kerugian besar sebenarnya jatuh kepada orang Melayu. Jumlah orang Melayu yang bodoh seperti ini tidak ramai. Tetapi jika kesemua mereka berkumpul, ia memang menjadi punca orang Melayu Islam dipandang rendah pada mata mereka.


Bukankah lebih baik mereka ini berkumpul di Shah Alam dan mendesak rakan seperjuangan di dunia mereka, Ronnie Liu, supaya tidak memandai-mandai mentakrifkan beer sebagai minuman ringan.