Rabu, April 08, 2009

Husni Menteri Penuh? Go Husni Go !

Ahmad Husni Hanadzlah merupakan Ahli Parlimen Tambun sejak 1995 menggantikan Nawawi Mat Awin. Pada pilihanraya tersebut, Husni mengalahkan calon S46 dengan lebih 21,000 majoriti

Pada tahun 1999, Husni mengekalkan kerusi Tambun yang kononnya hendak diberikan kepada Ramli Ngah Talib yang mahu ke Dewan Rakyat. Tambahan pula, Husni ketika itu didapati adalah penyokong kem Anwar Ibrahim sebelum 1998. Pada waktu itu, beliau memperoleh hampir 10,000 undi majoriti mengalahkan calon PAS.

Mungkin sebab lain belau hendak dipinggirkan ketika itu ialah sikapnya yang membantah Kerajaan Negeri yang menganugerahkan kawasan sumber alam dan sebuah kolam air panas terkenal di Tambun untuk dibangunkan Sunway yang akhirnya kini, tidak mampu dibeli atau dinikmati orang Melayu kecuali menjadi pembeli di Pasaraya Giant dan pengunjung The Lost World of Tambun.

Pada tahun 2004, beliau mengekalkan kerusi Tambun dengan 17,000 undi mengatasi calon PAS.

Pasa tahun 2008, PKR memberikan saingan kepadanya dan beliau mempertahankan kerusi Tambun dengan majoriti tidak sampai 6,000 undi.

Beliau yang diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan II dalam kabinet Tun Lah dikatakan akan diberi jawatan menteri penuh dalam Kabinet Najib.

Ahmad Husni adalah antara pemimpin UMNO yang dipandang tinggi oleh golongan pelajar yang kini telah berprofesion, juga golongan mudaa di kawasannya kerana sifatnya yang bersahaja mendekati mereka semua dan sentiasa tersenyum. Mungkin muka begini jika diletak di Bukit Gantang, akan menanglah BN dengan bergaya.

Maaf, saya tidak merendahkan sesiapa. Saya cuma berpendapat, raut wajah juga menjadi faktor. Sekali seseorang yang mahu jadi pemimpin itu senyum pada orang dengan lontaran senyuman semulajadi, 10 kali orang akan berhasrat untuk senyum melihatnya.

Ahmad Husni Hanadzlah dalam ucapannya ketika menyampaikan bantuan ribut kepada mangasa di kawasan Hulu Kinta tahun lepas menyebut " Sayalah ahli parlimen paling miskin di dewan rakyat. Saya tak ada apa-apa bisnes. Tengok rumah saya sekarang kat Sungai Rokam. Dulu saya mandi Sungai Kinta je. Saya memang bukan dari keluarga yang senang. Kadang-kadang, ahli parlimen lain memandang saya rendah. Tetapi saya dipilih anda semua dan saya berterima kasih."

Selain itu, beliau juga pernah hampir bertumbuk dengan Jeffery Cheah pemilik Sunway yang berhasrat mahu membuka unit-unit kedai khusus kepada bumiputra di hadapan The Lost World of Tambun kepada pasaran terbuka, kerana ingkar janji.

Semoga Ahmad Husni benar-benar dilantik menjadi menteri penuh dan kekalkan status " AHLI PARLIMEN PALING MISKIN" mewakili Melayu Ipoh di dalam Kabinet.