Thursday, August 02, 2012

Ini Punca Krisis Air Selangor?

Bersempena hujan lebat di Lembah Klang pagi ini, yang datangnya bersama krisis air yang mula berdampak ke atas beberapa penempatan yang terletak di penghujung saluran bekalan di Lembah Klang akibat tekanan rendah dari loji yang tidak mampu lagi menghantar air dengan infrastruktur loji pembersihan yang dibina puluhan tahun lampau. 

LOGIKNYA, DENGAN PERTAMBAHAN KEDIAMAN TERES DAN APARTMENT, PEJABAT DAN S.O.H.O YANG BOLEH DIKATAKAN TUMBUH SETIAP JAM DI LEMBAH KLANG, TIADA INISIATIF OLEH KERAJAAN NEGERI YANG KONONNYA MAHU MEMBERI BEKALAN AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR. BUKAN SAHAJA TIDAK MAHU MEMBINA LOJI RAWATAN, DILINGKUPKAN PULA SYABAS DENGAN 'SUBSIDI AIR' YANG TIDAK PULA DIBAYAR OLEH KERAJAAN NEGERI BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI SYABAS.

RAKYAT SELANGOR PERLU SEDAR BAHAWA NEGERI YANG BESAR, PADAT DAN KAYA, PENYELENGGARAANNYA JUGA TINGGI. JIKA DISERAH KEPADA PAKATAN CACAMARBA YANG TENGING LAGI HARU BIRU, NASIBNYA, PADAN MUKA.

 Maka timbul kembali persoalan yang pernah diajukan dahulu. Adakah perjanjian dengan syarikat Singapura itu masih berkuatkuasa?

KHAMIS, DISEMBER 02, 2010


Ini Punca Khalid Gagalkan Langat II

Punca utama Khalid Ibrahim menggagalkan projek penyaluran air dari Pahang sudah dapat diduga. Ya! Duga. Boleh dipertikaikan kalau sudi. Punca utama ialah kerana Pakatan Rakyat mahu 'menjual' Sg. Kelang ke Singapura. Dari syarikat Singapura, rakyat Selangor akan membayar harga air yang lumayan kononnya 'lebih baik dari SYABAS'. Baca petikan ini :

Selangor to ink RM50b Klang River clean-up agreement
July 01, 2010

SINGAPORE, July 1 — The Selangor state government is expected to sign the Points of Agreement (POA) with companies it has appointed to rehabilitate and develop the Klang river within the next two months.

This latest development was revealed by Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim during a special briefing at the ongoing Singapore International Water Week here, according to the event organiser today.

The Selangor government had earlier appointed three companies to carry out the Klang River rehabilitation project that is expected to attract RM50 billion (US$15.4 billion) worth of investments.

The companies are TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering and Construction, and Wessex Water I-Bhd Consortium.

Cleaning up the river will take place within the first two to three years, involving RM1 billion for treatment and another RM1 billion for development. — Bernama


Tak susah melihat mainan politik orang yang sepanjang hayatnya bermain politik dalam syarikat-syarikat besar. Apabila SYABAS yang diprojeksikan bankrap akibat subsidi itu diganti konsortium air Singapura, harga pasti lain. Atau air mentah percuma untuk Singapura buat selama-lamanya mungkin termaktub jika mereka memerintah negara.

Bukan soal kedekut air, nak free jangan sampai korup. Ini soal siapa dibelakang projek RM50billion yang sudi dikeluarkan oleh syarikat Singapura itu? Memang disebut proses rehab itu cuma RM2billion. Tetapi projek pelaburan apakah hingga RM50billion? Pastinya berkaitan sungai yang direhab maka tentulah air minum!

Dan mana Selangor ada RM50billion. RM50,000 juta. Pastilah itu inisiatif swasta dari syarikat Singapura tersebut. Kan? Haiya! Tambahan lagi, Khalid terlalu banyak menyebut bahawa alasannya menggagalkan projek itu adalah untuk mempertingkatkan potensi air Sungai Klang yang diproses.

Dia mengajak masyarakat berubah dari meminum air gunung, kepada meminum air proses dari sisa najis, pepejal, longkang, air pasar, air cuci kereta, air cuci jalan, air loji najis yang bersatu. Malah dengan harga yang tinggi. Harga sebuah teknologi.