Rabu, April 03, 2013

Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak I


ISNIN, MEI 05, 2008


Koo Ham Tunjuk Belang?

Bernama

May 04, 2008 23:52 PM

Perak DAP Chairman Shows True Colour Of DAP, Says Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, May 4 (Bernama) -- The statement made by the Perak State Executive Councillor, Datuk Ngeh Koo Ham, who is also Perak DAP chairman, Saturday showed the true colour of the DAP, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said Ngeh's statement that the state government would take action against any senior state government officers who tried to sabotage the policies of the state government under Pakatan Rakyat implied as though Ngeh was protesting the order of the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, which reinstated Datuk Jamry Suri as Director of the Perak Islamic Religious Department (JAIP).

"It's as though he is protesting the order of His Royal Highness who reinstated Datuk Jamry as JAIP Director," he told Bernama Sunday night.

He was commenting on press reports which quoted Ngeh as saying that the Perak state government would issue `show cause' letters to senior officers of the state government who were alleged to have tried to sabotage the policies of the state government under Pakatan Rakyat.

The media Saturday reported that Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin would seek an audience with the Sultan of Perak to apologise for the sudden transfer of Jamry as the JAIP Director.

Jamry, who assumed the post of JAIP Director since 2004, was ordered transferred to the State Secretariat as a Special Functions Officer by Mohammad Nizar on April 29 as he was alleged to be uncooperative.

However, Sultan Azlan Shah ordered the Menteri Besar to retract the transfer order.

Ahmad Zahid suggested that the Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) award conferred on Ngeh by the Sultan of Perak be withdrawn in view of statements.

-- BERNAMA

Analisis

Kata-kata Zahid Hamidi kali ini ada betulnya. Lihatlah disebalik tabir pemerintahan kerajaan negeri Perak hari ini. Ngeh Koo Ham sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah DAP tetap dengan keputusan bahawa mereka bersedia melawan keputusan istana demi agenda politik mereka. Siapa tak tahu tentang kemahuan sebuah parti sosialis? Parti sosialis yang terbentuk atas ideologi merakyatkan kuasa memimpin sememangnya tertanam di dalamnya sifat anti-feudal. Cadangan tarik balik gelaran Datuk kepada Ngeh Koo Ham memang boleh dibuat. Tetapi tahukan mereka bahawa di kalangan ahli DAP, gelaran tersebut tidak didahulukan langsung. Mereka tidak titikberatkan langsung pemakaian darjah kebesaran sultan. Sebab itulah Sultan Perak tidak berkenan dengan senarai penerima darjah kebesaran yang menyenaraikan pemimpin-pemimpin tua DAP yang dicadangkan Nizar sedikit masa dulu. Koo Ham mungkin dipertimbangkan sebab beliau tidak bermulut besar ketika pemilihan untuk nama Menteri Besar dibuat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih negeri. Tetapi selepas ini, Koo Ham wajar dipantau.

Selamat Ulangtahun Ke 4 Sebagai Perdana Menteri, Selamat Membubarkan Parlimen

Hari ini, ulangtahun ke 4 DS Najib Razak menjawat jawatan Perdana Menteri. Ucap selamat teman tujukan kepada beliau dan semoga beliau terus meneraju negara dengan penuh karisma dan mengekalkan keyakinan teman dan keyakinan ramai lagi rakyat atas dasar-dasar yang menjelaskan ke mana hala tuju negara tercinta selepas ini.

Masa yang diambil untuk Pak Lah meletak jawatan cukup panjang. Desakan untuk beliau meletak jawatan mencapai kemuncaknya pada 8 Mac 2008 di mana ramai rakyat menzahirkan undi protes pada PRU12. Namun peralihan kuasa hanya berlaku pada 3 April 2009.

Jika difikirkan lojiknya, Najib telah memikul tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri selama satu tempoh kebiasaan penggal-penggal pemerintahan kerajaan memerintah di negara ini iaitu antara 4 hingga 5 tahun.

Walaupun Yahoo! Malaysia yang dilobi pembangkang negara ini menyebarkan berita bahawa pembubaran parlimen bakal ditangguhkan dengan alasan kerana Najib akan melakukan umrah minggu depan, namun khabar bertiup kencang bahawa Najib akan membubarkan parlimen hari ini.

Tan Keng Liang, aktivis maya Gerakan Kedah menulis dalam Twitter bahawa jam 11.30 pagi ini, PM akan berucap secara langsung di TV dan membawa khabar besar.

Sementara itu di Putrajaya, satu program besar yang disertai Najib Razak akan diadakan petang ini iaitu Kayuhan Patriotik 1 Malaysia.

Cerita-ceriti pembubaran parlimen hari ini dipersedapkan dengan ulangtahun ke 4 Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Walaubagaimanapun, bila masa pun pembubaran parlimen itu bakal mengambil tempat, sesungguhnya rakyat telah membuat pilihan. 

Pilihan yang baik tentulah pilihan untuk masa depan yang memberi jaminan kelangsungan ekonomi yang meyakinkan.

Tetapi daya fikir dan daya analisis rakyat jugalah yang menentukan. Bukankah bodoh sekiranya seorang yang belajar tinggi, bergaji tinggi, bernafsu besar pada kereta-kereta mewah, memutuskan untuk mengundi Pakatan Rakyat hanya kerana janji harga kereta murah dan cukai pendapatan didiskaunkan? 

Semoga contoh Melayu kuno seperti ini tidak diperturunkan. Melayu yang terperdaya dengan teori kaedah medapatkan undi 'orang-orang lemah akal'.

Selamat menghadapi PRU ke 13.