Jumaat, September 27, 2013

ADUN Pertama Keluar Parti Pasca PRU13. Dari Parti Rasis DAP.

DAP kehilangan seorang ahli politiknya apabila ADUN Luyang, Sabah mengisytihar keluar DAP dan menjadi ADUN Bebas. Ini merupakan kejadian pertama seumpamanya dalam penggal ini.

DAP parti rasis dinasti anak beranak. Hanya yang TEBAL PERKAUMAN TERTENTU sahaja menyokong mereka. Melayu kayu menyokong mereka sayugia dijadikan sebagai alatan yang dipertukangkan untuk menjadi perkakas. 

Ini kerana majoriti yang cukup besar ahli DAP yang cenderung kepada sebuah kaum, sepertinya minda mereka telah di corrupt dan di reformat untuk menjadi RACIST, agar mereka terlupakan akan fakta kuku besi penuh penipuan parti tersebut.

Apa akan jadi jika MCA dikuasai parti anak beranak? Tentu mereka meroyan. Hanya kerana BN ditunjangi UMNO. Mengapa DAP boleh? KERANA MEREKALAH BAPAK KEPADA RACISM.

Mahukah anda bersama mereka? Siapa yang RACIST?


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Cheu pada Jumaat mengumumkan keluar DAP berikutan peletakan jawatan beliau secara mendadak sebagai penasihat jawatankuasa perhubungan negeri itu minggu lalu.

Bagaimanapun, Hiew berkata beliau tidak akan menyertai parti komponen Barisan Nasional dan kekal sebagai wakil rakyat bebas.

"Saya memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Hiew berkata beliau akan menghantar e-mel surat peletakan jawatannya sebagai ahli parti kepada DAP lewat hari ini (Jumaat).-mStar

Malaysia Labur Pertanian Di Pulau-Pulau Kosong Indonesia

Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meneroka peluang pelaburan dengan penternakan lembu di pulau-pulau kosong di Indonesia dilihat adalah bijak. Ini kerana Indonesia telah diketahui mempunyai kekurangan stok daging lembu dan kes-kes rasuah yang melibatkannya termasuklah yang membabitkan ahli politik.

Selain penternakan lembu, negara juga bercadang mengusahakan tanaman padi dan tanaman jagung dan cili.

Langkah ini jika digarap mampu memberi lebih banyak peluang pekerjaan profesional di bidang pertanian untuk warga kedua-dua negara di samping meningkatkan pendapatan negara kita dan paling penting menstabilkan harga bahan makanan dalam negara.

Hanya yang kurang bijak sahaja yang tidak menyokong usaha ini.

Malaysia Incar Investasi Pertanian dan Peternakan di Pulau-pulau Kosong RI

Rista Rama Dhany - detikfinance
Jumat, 27/09/2013 11:26 WIB

FOTO : DETIKFINANCE


Jakarta - Pemerintah Malaysia sangat siap untuk berinvestasi di Indonesia dibidang pertanian terutama dalam produksi padi, jagung dan pertenakan sapi di pulau-pulau kosong di Indonesia.

Menteri Azas Tani dan Agro Industri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri bin Yakoob mengatakan Malaysia sangat berminat untuk investasi dalam produksi padi, jagung dan sapi di Indonesia.

"Malaysia siap sangat berminat untuk investasi dibidang pertanian dan peternakan di Indonesia, terutama investasi untuk produksi padi, jagung dan ternak sapi," ungkap Ismail Sabri dalam pertemuan dengan Menteri Pertanian Suswono disela acara ASEAN Ministers Agriculture and Forestry Meeting, di Kuala Lumpur, seperti dikutip dalam siaran pers Kementerian Pertanian, Jumat (27/9/2013).

Pada pertemuan tersebut, Sabri menyatakan apakah ada kemungkinan pengusaha Malaysia dapat berinvestasi dibidang pertanian dan peternakan di Indonesia.

"Kami memandang Indonesia adalah negara yang potensial untuk berinvestasi dibidang pertanian dan peternakan. Selain tanahnya subur, wilayah Indonesia juga sangat luas," ucapnya.

Bahkan jika perlu kata Sabri, Malaysia siap untuk menanamkan investasinya tersebut di pulau-pulau kosong tidak berpenghuni.

"Banyak pulau-pulau kosong yang tak berpenghuni, kalau kami boleh menaruh (investasi) sapi disana kami sangat tertarik," ungkap Sabri.

Sabri mengemukakan, beberapa waktu yang lalu Malaysia sangat antusias untuk investasi mencetak sawah di Indonesia. Namun karena kebijakan pemerintah Indonesia tidak membolehkan padi atau beras di bawa keluar Indonesia, maka para pengusaha Malaysia mundur.

“Apakah kebijakan seperti masih berlaku atau sudah berubah,” tanya Sabri Ismail.

Sabri menyatakan ingin membeli jagung untuk bahan pakan ternak dari Indonesia. Selama ini Malaysia mengimpor jagung dari India, dan sejumlah negara Amerika Latin, seperti Brasil.

“Kami berpikir untuk mengubah itu. Kami ingin membeli dari Indonesia yang lebih dekat. Dan lagi kita ini serumpun, kenapa harus beli jauh-jauh,” kata Sabri.

Isteri Mat Yo Minta Maaf



“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak”

Demikian kata-kata permohonan maaf isteri pemain bola sepak Norshahrul Idlan Talaha yang dipetik dari akhbar Berita Harian pada Jumaat

Dalam pada itu, Siti Aisya turut menyifatkan kebenaran mengenai isu yang berlaku ini akan terbongkar dan turut meminta umum jangan terus menghukum dan mencemuh suaminya dengan hanya menonton rakaman video yang tersebar itu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya

Mengenai rakaman video yang mendapat kecaman ramai itu, Siti Aisya menjelaskan bukan dia yang memuat naik di internet seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak

Mengulas lanjut tentang video terbabit, Siti Aisya turut memaklumkan hanya dua individu memiliki rakaman terbabit namun beliau enggan mendedahkan siapa dua individu tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis

Tambah laporan lagi, ekoran penyebaran video berkenaan, Siti Aisya menghadapi tekanan apabila ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku

Beliau turut menafikan tuduhan masyarakat yang tindakannya itu memalukan suami malah dirinya bukan seorang yang biadap dan menegaskan kejadian itu berlaku apabila individu lain membuat dirinya terasa tercabar sehingga menimbulkan kemarahannya

siti aisya adam isteri mat yo 1 siti aisya adam isteri mat yo minta maaf

Sementara itu, dia juga tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar

Terdahulu insiden kekecohan membabitkan isteri Mat Yo dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas di internet mendapat perhatian dan juga kritikan daripada umum

 - MYSUMBER