Tuesday, January 18, 2011

Pendatang Cina Asia Tenggara Didiskriminasi Di Korea

SEOUL: Sebuah tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada empat orang Asia Tenggara yang hidup di Korea mengalami diskriminasi, menurut agensi berita Yonhap edisi Selasa.

Menurut tinjauan pendapat oleh Seoul Development Institute, 25.9% pendatang Asia Tenggara menghadapi diskriminasi. Sementara itu hanya sekitar 8.2% dari orang asing dari AS, Jepun dan negara-negara Eropah, mengatakan mereka telah didiskriminasi.

Survei tersebut juga mendedahkan bahawa 20% pendatang dari negara-negara Asia Timur, seperti China dan Taiwan, diperlakukan berbeza.

Dari jumlah keseluruhan responden, 32.7% menghadapi diskriminasi ketika mencari pekerjaan, 7.2% dalam menggunakan perkhidmatan pentadbiran awam dan 6.9% dalam mencari kediaman.

Ekspatriat dari negara-negara maju menghadapi diskriminasi yang paling ketara ketika menggunakan perkhidmatan kewangan, manakala pendatang Asia Tenggara ketika mendapatkan kediaman dan pendatang Asia Timur ketika mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Ditanya apakah mereka merasa rasa sesuai dengan Seoul, 29.7% agak bersetuju, sedangkan 21.9% tidak bersetuju dan 13.8% sangat tidak bersetuju.

Lebih dari 250,000 ekspatriat dari 166 negara tinggal di Seoul, dengan 66.8% etnik Cina, 10.3% dari negara China dan Amerika 5.3%.

Sumber berita dari BERNAMA.

Itukah yang dibanggakan sangat oleh orang Cina di negara ini terutamanya bila membuat perbandingan negara itu dengan Malaysia dari segi teknologi dan cara hidup, muzik dan hiburan, ibarat itulah negara idaman. Padahal mereka tidaklah disukai di negara tersebut. Beruntunglah mereka dapat terus mengaut untung duniawi dan mengaut kekayaan di bumi Malaysia tanpa ada halangan.

Cadangan SPR Membolehkan Pengundian 'Bagi Pihak' Tidak Kena Cara

Teman berpendapat SPR patut lupakan hasrat untuk membolehkan pengundi yang tidak dapat mengundi, mengundi menggunakan proksi. Dengan kata lain, 'tolong mengundi bagi pihak'. Bagi teman, ini satu langkah ke belakang.

Setelah undi menggunakan kotak lutsinar diperkenalkan dan dianggap sebagai langkah yang maju ke depan, undi bagi pihak ini memang merupakan satu langkah ynag mundur dan tidak diperlukan.

Tidak perlulah mengejar peratusan keluar mengundi di negara ini yang telah cukup baik saat pilihanraya umum jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain.

Walaupun cadangan mengundi melalui internet mungkin praktikal tetapi tidak digemari kerana berunsur hilang privasi, sesungguhnya, mengundi bagi pihak ini lebih buruk dari itu.

Maka teman secara rasminya tidak bersetuju kaedah mengundi seperti ini.

Masyarakat perlu disedarkan kepentingan mengundi, sama ada bertukar dareah mengundi atau pulang sahaja mengundi, kaedah tradisi yang perlu teruskan dengan teknik meningkat kesedaran yang lebih berkesan.

Jika sebuah kawasan mempunyai 30,000 pemilih dengan 10,000 pemilih berada di luar kawasan dan mahu undinya dibuat oleh orang lain, baki 20,000 pengundi yang tinggal belum tentu dapat menjalankan undi bagi pihak untuk mereka.

Serupa tak payah.

Sejarah Melayu Ipoh 6

Kulup Riau yang mengusahakan lombong bijih timah di Gopeng dan membantu Raja Ismail di Papan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tok Samah, Penghulu Kampar yang mengenakan cukai hasil bijih Gopeng di Kuala Dipang dengan nilai yang tinggi.

Hubungan baiknya dengan menantu Tok Samah, Raja Ismail juga tidak lama kerana Raja Ismail setelah menjadi Sultan bertindak merampas hasil timahnya atas dasar cemburu. Tulisan Frank Swettenham mengenai Kulup Riau menyebut bahawa :

"Keizinan yang diberi Raja Abdullah kepada Raja Ismail untuk membuka lombong di Gopeng membuatkan Raja Ismail cemburu dengan kemewahan yang dikecapi Kulup Riau dan menghantar Raja Ngah dan orang-orangnya untuk menyerang Kulup Riau.."

Kisah Raja Ismail (yang kemudiannya menjadi Sultan) amat unik. Ini kerana dia telah dilantik menjadi Raja Bendahara (Perdana menteri) Perak pada tahun 1851 setelah keturunan Raja Bendahara terdahulu yang selayaknya tidak ada. Jawatan Raja Bendahara juga adalah jawatan yang diperturunkan. Bapa Raja Ismail, Raja Syed Hitam, berdarah raja kesultanan Siak di Sumatera Utara. Ibunya memang berdarah kerabat raja Perak dan merupakan anak Sultan Ahmaddin Shah yang memerintah dari tahun 1786 hingga 1806.

Raja Bendahara bertanggungjawab mempersiapkan keperluan Sultan dan mempunyai hak mengutip cukai di Kuala Kinta. Setiap tahun Raja Bendahara menghantar misi diraja yang dipanggil orang kalur, bermain muzik dan membawa perutusan diraja, mengutip cukai kepala 50 sen.

Selepas Sultan mangkat, Raja Bendahara bertanggungjawab menduduki takhta selama 7 hari sebelum upacara pertabalan Sultan baru yang menjadi Raja Muda sebelumnya, dilakukan.

Raja Ismail menjadi Raja Bendahara untuk 3 orang sultan. Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, Raja Muda Abdullah tidak muncul untuk naik takhta kerana dipermalukan dengan tindakan isterinya lari mengikut Raja yang lain. Ketiadaan Raja Abdullah melayakkan Raja Yusuf untuk menaiki takhta mengikut sistem penggiliran yang melayakkannya menjadi Raja Muda tetapi dia menyerahkan takhta kerana tidak popular.

Atas kesepakatan pihak tertinggi, Raja Ismail diberi tanggungjawab menaiki takhta dan menjadi Sultan Perak ke-25 memakai gelaran Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah.

Tetapi kedudukan Sultan Ismail tidak lama. Oleh kerana banyak aduan tentang kutipan cukai yang melampau di pondok-pondok tol di kuala-kuala sungai dalam kawasan Kinta yang dipengaruhi Sultan Ismail, kekacauan demi kekacauan berlaku. Kesan Perang Larut juga merebak ke Kinta dan perbuatan anarki semakin berleluasa. Akibatnya pedagang negeri-negeri Selat mendesak agar campurtangan British di Perak.

Datuk Panglima Kinta Ke-9, Datuk Zainal Abidin (Uda Bidin) yang mendirikan kota di Pengkalan Pegoh merupakan penyokong kuat Sultan Ismail. Kotanya di Pengkalan Pegoh dibina dengan memotong liku Sungai Kinta dan mewujudkan sebuah pulau dan dibina rumah-rumah di atas pulau tersebut. "Peguh" merupakan bahasa Perak yang menggambarkan sesuatu yang pegun dan teguh.

Sultan Ismail lari bersembunyi dan memasang strategi di Pengkalan Pegoh apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di mana British memilih untuk mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan yang sah untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Bersambung esok.