Rabu, Disember 15, 2010

Tentera Indonesia 'Tangkap' Noh Omar

Noh Omar yang menaiki pesawat sewaan yang mendarat tanpa izin di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, ditahan Tentera Indonesia atas sebab pesawat yang dinaikinya tidak mempunyai keizinan mendarat di lapangan terbang tersebut.

Kejadian jam 1.45 tengahari semalam waktu Malaysia dikatakan disebabkan pesawat yang berlepas dari Timor Leste tersebut hendak mengisi minyak di Surabaya.

Noh Omar dikatakan bersama 6 orang pegawai kerajaan adalah antara 81 orang penumpang pesawat tersebut yang dipintas Tentera Nasional Indonesia sebaik sahaja menghampiri bangunan terminal dan kesemua mereka ditahan.

Namun, Noh Omar, seperti yang dijelaskan oleh jurucakap TNI, Laksamana Pertama Iskandar Sitompul, telah kemudiannya berlepas pulang menaiki pesawat komersil bersama pegawai-pegawainya.

"Pesawat itu pesawat komersil dari Dili mau ke Malaka. Tujuan ke Juanda hanya melakukan pengisian bahan bakar. Pesawat harus menunggu proses perizinan karena tidak membawa security clearance," ujar General Manager PT Angkasa Pura I, Trikora Hardjo, kepada wartawan di Bandara Juanda, Surabaya.

Kejadian itu telah mengundang kritikan melulu lagi ke atas Malaysia seperti kebiasaannya. Ini kerana dek sensasi wartawan Indonesia yang memang kita kenali.

Diberi Izin Pulang, Pesawat Malaysia Tinggalkan Bandara Djuanda

Pesawat Menteri Malaysia Hendak Isi Bahan Bakar di Bandara Djuanda

Pesawat Ditahan TNI, Menteri Malaysia Pulang Naik Maskapai Komersil

Mendarat Tanpa Izin, Pesawat yang Ditumpangi Menteri Malaysia Ditahan TNI