Monday, November 08, 2010

Zaid Ibrahim Letak Jawatan Dalam PKR!

Zaid tarik diri, umum letak semua jawatan dalam PKR
08/11/2010 11:41am


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan aktiviti penipuan dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Beliau yang merupakan pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan nombor dua tersebut turut meletak semua jawatannya dalam PKR.- Utusan

Ulasan

Pendek, singkat, dramatik, tamak, aji mumpung kesiangan dan padan muka. Itulah gambaran terbaik buat Zaid Ibrahim yang memalit najis sendiri ke mukanya untuk terburu-buru meninggalkan UMNO, menyertai PKR, memperoleh peluang bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor, mengejar jawatan nombor dua PKR dan menyesal.

Lepas ni, bolehlah Zaid menumpukan dalam bisnes judi lumba kuda race-course nya dengan senang hati.

Jelas dan nyata, hatta bagi kami yang tidak berada di dalam PKR, parti tersebut adalah sebuat parti politik paling bacing pernah wujud di Malaysia.

Zaid mahu merasakan dengan menyertai PKR sendiri. Walaupun disanjung cita-cita mulusnya oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan melantun-lantun, sesungguhnya, seorang yang telah melihat sebuah sistem yang teratur, dan kemudiannya memperbodohkan diri untuk bergelumang dengan sebuah sistem kotor dan caca marba, sudah tentu dapat merasakan perbezaan ketara.

UMNO tidak perlukan Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim tidak perlukan PKR. Zaid boleh duduk diam dan berehat.

Bak frasa popular Indonesia, "bego kok dipiara" (yang bodoh buat apa nak disimpan).