Beredar khabar palsu (hoax) di laman sosial bahawa Kelantan dan Terengganu akan dilanda tsunami akibat ribut tropika bernama Sonamu. Taufan ini telahpun melemah di Laut China Selatan dan menjadi ribut tropika dan akan mendatangkan hujan lebat luar biasa diramalkan selama dua hingga tiga hari, bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Pahang, malahan di pendalaman Perak dan mungkin juga Kuala Lumpur.
Perlu diingatkan bahawa tsunami adalah pergerakan bawah lautan yang menghambur dasar laut ke daratan dan ini tidak mudah terjadi di perairan pantai timur semenanjung walaupun jika terjadi runtuhan dasar laut akibat gempa bumi di pinggiran Pasifik berdekatan, apatah pula diakibatkan ribut tropika.
Ini kerana perairan ceteknya mengunjur hampir 600km dari pantai berbanding laut dalam di perairan Kedah dan Perlis yang hanya terletak kira-kira 100km dari pantai.
Ini kerana perairan ceteknya mengunjur hampir 600km dari pantai berbanding laut dalam di perairan Kedah dan Perlis yang hanya terletak kira-kira 100km dari pantai.
Taufan kuat yang melanda Filipina beberapa kali setahun pun tidak mampu menghasilkan tsunami, apatah lagi ribut tropika.
Namun limpahan air laut akibat angin kencang dan air pasang besar boleh berlaku ditambah dengan curahan hujan luar biasa yang akan mengakibatkan banjir.
Inilah kali pertama ribut tropika diramalkan mendarat di Semenanjung selepas kali terakhir pada akhir 1970an.
Imej dari NRL Monterey Marine Meteorology Division
Imej Google Weather jam 12 tengahmalam tadi.
Ini pula amaran yang dikeluarkan 30 jam sebelumnya. Menghairankan, media aliran perdana seperti Utusan Malaysia tidak menceritakan apa-apa berkaitan hal ini.
Ini pula amaran yang dikeluarkan 30 jam sebelumnya. Menghairankan, media aliran perdana seperti Utusan Malaysia tidak menceritakan apa-apa berkaitan hal ini.
Tropical storm Sonamu is forecast to strike Malaysia at about 06:00 GMT on 8 January.
Sat, 5 Jan 2013 09:24 GMT
Tropical storm Sonamu is forecast to strike Malaysia at about 06:00 GMT on 8 January.Data supplied by the US Navy and Air Force Joint Typhoon Warning Centersuggest that the point of landfall will be near6.3 N,103.3 E.Sonamu is expected to bring 1-minute maximum sustained winds to the region of around 64 km/h (40 mph).Wind gusts in the area may be considerably higher.
The information above is provided for guidance only and should not be used to make life or death decisions or decisions relating to property. Anyone in the region who is concerned for their personal safety or property should contact their official national weather agency or warning centre for advice.
This alert is provided by TropicalStorm Risk (TSR) which is sponsored by Aon Benfield, Crawford & Company and University College London (UCL).