Thursday, August 21, 2014

Mahkamah Perlembagaan Indonesia sahkah kemenangan Jokowi , kekalahan Prabowo


Jakarta khususnya di sebelah barat Monas tegang petang tadi apabila dipenuhi kira-kira 5000 penyokong calon presiden yang kalah, Prabowo Subianto, yang menunggu keputusan muktamad Mahkamah Perlembagaan (Mahkamah Konstitusi) berhubung keputusan pilihanraya presiden yang di cabar oleh pasukan Prabowo.

Walaubagaimanapun, keputusan yang diumumkan jam 8 malam waktu Malaysia tadi menolak gugatan Prabowo dan mengesahkan kemenangan Joko Widodo.

Penunjuk perasaan berjaya disuraikan dan tiada insiden buruk berlaku disebabkan aksi tersebut.

Jakarta - Mahkamah Konstitusi (MK) telah mengambil keputusan terkait gugatan PHPU yang diajukan Prabowo-Hatta. MK menolak seluruh permohonan Prabowo-Hatta.

"Menolak permohonan pemohon untuk seluruhnya," kata Ketua MK Hamdan Zoelva dalam sidang putusan MK di Gedung MK, Jl Medan Merdeka Barat, Jakarta Pusat, Kamis (21/8/2014).

Hamdan lantas menutup persidangan yang digelar sejak pukul 14.30 WIB tadi siang. Putusan MK tersebut setebal 4.390 halaman.

"Dengan demikian sidang selesai dan dinyatakan ditutup," kata Hamdan.

Acara dilanjutkan dengan penandatanganan berita acara. Tidak ada protes dari kubu Prabowo-Hatta terkait putusan MK ini, sementara kubu Jokowi-Jk langsung melempar salam tiga jari sembari tertawa.


Anak Selangor mula bangkit menentang pertukaran MB

SHAH ALAM 20 Ogos - Sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
bergabung di bawah nama Angkatan Rakyat Selangor (Aras) menyatakan
sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk
terus mengekalkan jawatan sehingga tamat penggal pentadbirannya.

Mereka yang terdiri daripada anak jati Selangor turut mengecam Parti
Keadilan Rakyat (PKR) kerana dilihat amat terdesak untuk menjadi
pemimpin sehingga menyebabkan kemelut politik berlaku di negeri ini.

Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, mereka berpendapat
pentadbiran kerajaan negeri sentiasa berjalan baik, teratur dan
melengkapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul
Khalid dan seharusnya tidak digantikan dengan orang lain.

Menurutnya, kepimpinan Abdul Khalid yang membudayakan konsep
ketulusan, kejujuran, integriti serta menolak sekeras-kerasnya amalan
nepotisme, kronisme dan rasuah perlu diteruskan.

"Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika
Abdul Khalid ditolak. Sejak beliau mentadbir negeri ini pada 2008,
banyak perubahan bukan saja dari segi material tetapi lebih penting
perubahan pendekatan politik di alam pentadbiran kerajaan negeri
dilakukan.

"Ini harus diwarisi, kalau tidak negeri kita, negara kita akan hancur
dan kita tidak mempunyai masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhimpun secara aman
bagi menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid di Pusat Rekreasi Antan
Bantura di sini hari ini.

Antara NGO yang bergabung di bawah Aras adalah Gerakan Rakyat Arus
Bawahan Selangor (GRABS), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri
Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Bugis Selangor dan Persatuan Bekas
Polis.

Sementara itu, Pengerusi GRABS, Faisal Idris mempersoalkan tindakan
PKR mahu menukarkan Abdul Khalid sedangkan Menteri Besar tersebut
tidak melakukan sebarang kesalahan dalam pentadbiran selain tidak
dapat dibuktikan bersalah.

"Kenapa perlu ditukar? Pas sendiri sudah sebut Abdul Khalid tiada
salah dan tidak dibuktikan bersalah. Ini sesuatu yang anda perlu
lihat.

"Langkah Kajang yang dilancarkan oleh PKR pula adalah satu
pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia dan rakyat Selangor," ujarnya.
UTUSAN