Thursday, October 30, 2008

Penternak Babi Gagal Kaya Cepat

Utusan Online, 30/10/2008 4:22pm
Mahkamah tolak saman cuai RM136 juta ke atas kerajaan

PUTRAJAYA 30 Okt. – Kerajaan Malaysia hari ini berjaya mengenepikan saman cuai bernilai RM136 juta yang difailkan oleh 184 penternak babi dan waris mereka yang meninggal dunia akibat wabak virus Nipah 1998-1999 selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mem benarkan rayuan kerajaan dengan kos.

Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan 184 penternak babi itu.

Hakim Nik Hashim dalam penghakimannya berkata, kerugian yang dituntut oleh penternak babi berkenaan dalam saman itu adalah diakibatkan oleh penyakit virus Nipah dan kerugian itu bukan diakibatkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, tuntutan oleh penternak babi itu tidak kukuh dan dengan itu wajar ditolak.

Katanya, dalam sebarang dakwaan terhadap kerajaan, pegawai kerajaan yang Didakwa bertanggungjawab melakukan tindakan itu perlu dibuktikan sebelum kerajaan dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi tindakan itu.

Beliau berkata, tidak memadai untuk sekadar mengenal pasti pegawai itu tanpa memasukkan pegawai itu sebagai satu pihak kerana tindakannya itu perlu dibuktikan. - Bernama



Ulasan

Pelik tapi benar. Kebodohan yang tergambar oleh penternak babi yang 'kerugian' ini disahihkan oleh mahkamah. Mereka menternak babi, mereka gagal memastikan persekitaran kandang babi mereka bersih, mereka langsung tak pedulikan langkah-langkah pencegahan dan pembasmian penyakit, mereka mengakibatkan kerajaan menghabiskan wang beratus-ratus juta untuk kerja-kerja mencegah, mengawal dan merawat pesakit, dan SELEPAS ITU MEREKA MENYAMAN KERAJAAN.

Kepada penternak babi-babi ini, ini bukan jalan untuk mencuba menjada kaya serta merta. Ini adalah sekadar kebodohan anda semua paling nyata. Sendiri bela, sendiri makan, sendiri kotor, sendiri sakit, sendiri tanggung. Mungkin Pakatan Rakyat dapat membantu kerana mereka jaguh dalam isu babi.

Tambang Ipoh - KL RM10.00

Utusan Malaysia, Khamis, 30 Oktober 2008

Tambang RM10, kereta api KL-Ipoh bermula 1 Dis.

KUALA LUMPUR 29 Okt. –Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan perkhidmatan kereta api Kuala Lumpur - Ipoh bermula 1 Disember ini dengan tambang RM10.

Pengarah Urusan KTMB, Abd. Radzak Abd. Malek berkata, perkhidmatan KL-Ipoh itu akan mengambil masa dua jam 56 minit dengan jadual perjalanan 10 kali sehari iaitu lima kali (KL-Ipoh) dan lima kali (Ipoh-KL).

“Berikutan KTMB pada masa ini hanya mempunyai 22 perkhidmatan kereta api antara bandar sehari, pihak pengurusan akan menambah 10 tren ulang-alik pada 1 Disember ini.

“Perjalanan kereta api ini akan melalui sembilan perhentian komuter antaranya Sungai Buloh, Sungkai, Tanjung Malim dan Batu Gajah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan KTMB ke arah persijilan MS1722 iaitu sijil piawaian Sistem Pengurusan Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan (OSHMS) dan seminar kepada kakitangan KTMB di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, KTMB yang sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan terbaik kepada pengguna akan memperkenalkan perkhidmatan tren pantas KL-Ipoh pada 2010.





Ulasan

Usaha KTMB ini amat dialu-alukan terutamanya pada pandangan golongan seperti saya yang sentiasa berulang alik antara Ipoh dan Kuala Lumpur. Tambahan pula, prasarana bagi landasan elektrik berkembar Ipoh- KL yang mula dibina pada tahun 2000 telahpun siap sepenuhnya. Cuma perolehan unit keretapilaju yang masih belum selesai. Dikatakan, keretapi laju Ipoh-Rawang akan mula beroperasi pada tahun 2010. Sebuah projek paling lama untuk disiapkan di Malaysia. 10 tahun!

Walaubagaimanapun, tambang RM10.00 antara Ipoh dan KL merupakan satu kadar tambang murah yang amat-amat menguntungkan pengguna. Ini kerana tambang bas Ipoh-KL hari ini mencapai RM17.00 termasuk surcaj diesel. Dengan perjalanan yang memakan masa 3 jam tepat dan tambang RM10.00 ia merupakan pilihan terbaik berbanding bas ekspres yang boleh mencapai 4 jam sekiranya berlaku kesesakan jalanraya.