Jumaat, April 30, 2010

Cina Tak Undi BN Sebab Isu Arak?

Ada teman dengor yang kekalahan BN di peti undi Cina adalah dek kerana keghairahan sesetengah puak yang memainkan isu arak dan Zaid Ibrahim.

Manakala Cina ni sembahyang pun minum, meeting politik pun minum, kenduri kahwin pun minum, ceramah politik pun minum, malam minggu minum, time lunch minum, mereka merasakan bahawa arak itu adalah setaraf darah yang mengalir dalam badan.

Ha.. Ye ker sampai macam tu?

Teman dengor lagi, tindak-tanduk menyerang Zaid dengan isu arak telah membuatkan pengundi Cina bersimpati dengan Zaid. Bukan kerana Nizar. Sebab Nizar tu semua orang tau setan skizo.

Menurut sumber, orang Cina dan arak tidak boleh dipisahkan kerana bagi mereka arak itu dah diperturunkan dari zaman tok kadok untuk mereka dari singseh sampai la kopitam.

Penentangan ke atas Zaid dengan menggunakan isu arak pada mata masyarakat Cina adalah tindakan melampau, tidak rasional dan mengganggu peribadi. Kata demer la. Bukan kata teman.

Lepas tu, kronologi kemarahan mereka katanya bermula dengan isu menyerang DAP yang menentang rampasan arak di 7 Eleven. Pendek kata macam-macam lagilah.

Teman bukan la nak menegakkan yang mungkar. Cuma tak payah la timbulkan isu-isu macamtu. Sebab majlis berbotol arak bagi demer dah macam majlis doa selamat orang Melayu.

Bagi demer, orang Islam tak boleh minum. Kalau orang Islam tu minum, mereka dah jadi sebahagian demer. Bila dah jadi sebahagian demer, maka undi pun dapat kat Zaid. Sebab dia minum arak.

Nampaknya senjata dah makan tuan.

Khamis, April 29, 2010

Secebis Posting Dari Masa Lalu

Alkisah, dalam bosan-bosan... sajalah saya belek posting lama-lama.Maka terjumpalah posting bertajuk Kebiadapan Kit Siang Ditentang bertarikh 10 Mac 2008. Sepuluh hari selepas PRU12 2008. Dengan bangga seorang Melayu memberi komen :

1 ULASAN:

hafiz said...

bagi saya, perjuangan yang DAP bawa sememangnya Malaysia dari apa yang BN bawa. sebagai ahli DAP melayu, saya sememangnya da meluat dengan sikap kemelayuan yang melampau2 umno dan kejumudan yang terlalu sebahagian besar ahlinya- emosi dan mudah diprovok...memalukan melayu jeeer.. Deris jusoh lebih kurang ajor dan biadap dari karpal dan kit siang yang sememangnya bukan melayu! anta udah lupa? tak kesahlah siapapun memerintah. yang penting kita semua hidop dalam aman selamat dan berkebajikan. apa guna kalaupun 1000 tahun lagi umno a.k.a BN memerintah tapi bangsa sendiri pun tak terbela. UMNO=korup bela perut dan bawah perut je.



Melihat komennya, saya membuka profilnya. Sebab saya pernah baca komen ni dulu. Tapi profilnya tak membantu apa-apa. Tapi kali ini :

Sama ada penyakit atau trend? Idak la teman sior nak siasat dah. Pertama, kecewa. Kedua, _______ (isi tempat kosong).

Resolusi BPN 1 / 2010 : Nizar Perlu Ditangkap Akta Hasutan !!!

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini. (video klik sini )

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.


Mohon resolusi ini diedarkan oleh Blogger BPN !!!


Yang benar,


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam

Rabu, April 28, 2010

Sejarah Berulang: "Malay Leftist" Diperbodohkan Kafir.

Jika politik 1930an banyak dibawa oleh elemen mengindonesiakan jajahan British oleh orang Melayu dan mendapat sokongan besar orang Melayu pada ketika itu, hari ini, PKR dan PAS berada dalamperahu DAP untuk menyerang kolek orang Melayu.

Jika niat jahat British yang ditentang oleh orang Melayu pada ketika itu ialah niat menjadikan negara ini sebuah republik bernama Malayan Union atau United States of Malaya, sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat hakikatnya membawa kepada arah yang sama.

Hasil usaha orang Melayu menolak sistem republik telah mengekalkan survival Islam di negara ini untuk 80 tahun, sehingga hari ini.

Nampaknya kali ini, orang Melayu yang bodoh, masih lagi berani memilih untuk mengikut aliran ciptaan "British" yang dipakaikan pada DAP dan PKR.

Yang menjadi mangsa ialah makcik-makcik, pakcik-pakcik, aya-aya, aci-aci, apek-apek, nyonya-nyonya yang tak tahu apa. Buat masa ini, pertimbangan Bumiputra Sabah dan Sarawak adalah yang paling rasional berbanding Melayu, Cina dan India semenanjung yang telah dijangkiti virus politik jahat.

Maksud jahat ialah apabila kita dapat melihat dengan jelas ketegaran orang yang memperjuangkan Islam, bersemeja sebantal dengan orang yang cauvinis yang merupakan assabiah totok dan bertolong-tolong pula sesama mereka dalam menentang hukum Islam. Malah bukan mereka yang memimpin, malah dipimpin pula oleh orang yang meperolok-olokkan agama mereka.

Syaitan apakah yang merasuk mereka sehingga begitu tuli dan buta?

Tukang Ugut Pakar Forensik Wajar Ditangkap Segera


Ugutan yang diterima oleh pakar forensik Britain yang mewakili SPRM menunjukkan unsur komunisme yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Pengganas komunisme hanya membuat kekacauan dan kerosakan nyawa serta hartabenda apabila propaganda mereka tidak diterima.

Dalam iklim politik negara, Pakatan Rakyat sedang dalam fasa propaganda. Ini sama dengan saat Parti Komunis Malaya hendak diperkasakan di tanah air kita 80 tahun lalu.

Pihak polis perlu mengesan dan menangkap individu yang bertanggungjawab dalam membuat ugutan ini.

Jika ianya berlaku dari luar negara, maka elemen merbahaya seperti ini perlu dipantau kerana ia melibatkan parti politik yang sah di negara ini dan ianya mampu menjadi titik tolak kepada campurtangan luar.

Namun, dipercayai, individu yang tidak bertanggungjawab dalam membuat ugutan ini dipercayai berada di negara ini.

Tahun 1930an Berulang! Adakah Kita Menanti "Penjajahan Jepun"?

Politik tidak sihat bawaan Pakatan Rakyat terus berlaku. Kali ini dengan pembabitan tunggul PAS dari Perak, Nizar Jamaluddin. Dia dirakam membuan ceramah berunsur hasutan kepada masyarakat Cina di Hulu Selangor.

Dia juga menyebarkan kebencian dengan peluang yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa hatta pengganas komunis , al-maunah, dan jemaah islamiah.

Apakah trend ini sihat? Adakah pengganas melalui politik sentiasa terlepas untuk berbuat apa sahaja?

Adakah kita hanya diam? Seharusnya kita tahu bagaimana mengekalkan kesetiaan rakyat pada negara dengan cara mendidik dan mengawal.

Jika Malaysia mengamalkan sikap terlalu terbuka dalam membiar pengganas politik yang mungkin diangkat oleh masyarakat yang dibiarkan kebodohan akibat kesombongan mereka mereka berleluasa, Parti Komunis Malaya seharusnya di beri peluang sejak dahulu lagi.

Jika itu berlaku, demografi penduduk Malaysia mungkin berubah dan asimilasi total akan berlaku.

Namun, oleh kerana KEISLAMAN yang dipertahankan survival sebuah bangsa yang kononnya "MALAS" ini, PKM ditolak. Hari ini siapakah yang menunjukkan tanah semenanjung ini diketuai oleh parti orang-orang Islam dan memimpin Islam dan bukan Islam? UMNO atau PAS? ADAKAH PAS MENGETUAI PAKATAN RAKYAT? NIZAR SEBENARNYA ADALAH SYAITAN BESAR DALAM PERMAINAN SOSIALIS.

Hari ini kita melihat orang Melayu, sedang berubah lebih buruk sekali berbanding 1930an ketika penjajahan British, untuk memeluk 'agama' sosialis dan komunis. 'Penganut' agama ini akhirnya memerintah dengan kuku besi dan mempunyai diktator sendiri malah hingga berleluasa penghapusan puak seperti Vietnam, Yugoslavia, Chile, Argentina, Kemboja, China.

Politik hari ini kembali kepada politik Malaya sekitar tahun 1930an. Jika kita terus berada dalam kekalutan politik seperti saat tersebut, sejarah telah berulang. Sekuensnya, adakah kita sedang menantikan "Penjajahan Jepun"?

Selasa, April 27, 2010

P212: Agenda Oportunis Semenanjung Akan Ditolak?

Sibu merupakan kayu ukur bagi transformasi bawaan PM Malaysia ke 6, Najib Razak. Gagasan ini mengekalkan sistem sedia ada dalam perkongsian tenaga tiga 'negara' yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Namun teknik Anwar dan DAP yang lebih mementingkan kesamarataan dalam segala segi hakikatnya mengancam Sabah dan Sarawak sebagai dua buah entiti yang eksklusif. Sekiranya undi orang Cina berpihak pada DAP, ia membawa mesej bahawa mereka mahu keseragaman ini membolehkan berlaku banyak campurtangan orang luar Sarawak ke dalam isu dalaman negeri terutamanya berhubung pemilikan tanah yang sangat luas dan murah.

Tangan tangan PKR dan DAP pusat hanya membawa gejolak nafsu menjarah yang mereka ada dari semenanjung yang kian sempit. Tetapi ada juga parti anak Sarawak yang mahu bekerjasama dengan oportunis dari Semenanjung ini dan mereka pasti akan mengeksploitasi sekali lagi Slogan 1Malaysia yang mereka cemuh sebelum ini, demi undi.

Rakyat Sarawak hakikatnya lebih bijak membuat percaturan dalam memastikan masa depan negeri mereka tidak jatuh ke tangan orang luar Sarawak.

Sik nyaman lalu....

Mengapa Dikesahkan Cina Hulu Selangor?

Tahniah kepada pengundi Cina di Hulu Selangor kerana menghalalkan sikap bermuka-muka dan hipokrit dalam kempen pilihanraya kerana menegakkan kembali hukum dulu-dulu bahawa undi itu rahsia.

Tak kisah la, lu tolong gua , gua tolong lu ka, atau tak payah tolong gua, nanti lu tipu ka.. PRK P94 telah berlalu dan kedudukan Hulu Selangor dalam Dewan Rakyat telah beralih.

Ternyata, jual mahal orang Cina terhadap BN telah diramalkan dan lebih buruk, setelah Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA?

Ini bukan tuduhan melulu kerana ianya hanyalah kebetulan yang tak disangka-sangka. Bak kata sesiapa juga yang berbangsa Cina yang masih mengibar panji bintang kuning atas kain biru itu.

Bunyinya mungkin begini : " Kita tak tau ma.. orang boleh cakap dia suka kita sebab dia tak mau kita benci dia... tapi yang betul mereka suka ialah, orang yang kita tak suka.. sebab mereka kasihan kepada mereka... mereka kasihan kepada orang yang dibenci oleh golongan yang berkuasa.. mereka sudah kaya.. mereka undi ikut suka-suka hati mereka."

Ahh! Atau relevankah untuk kita menyalahkan orang Cina yang hanya sekelumit dari keseluruhan penduduk?

Mengapa tidak diperkatakan tentang keengganan orang Melayu mengundi BN sedangkan kemeriahan kempen, tahap konfidensi, tahap kemeriahan sangat jelas berpihak kepada BN.

Tetapi, ketika seorang sahabat singgah untuk sembahyang maghrib di sebuah masjid, Zaid Ibrahim juga ada di sana. Alu-aluan penduduk di situ ke atasnya membuatkan dialah orang pertama yang berani menyebut keputusan adalah 50-50.

Dan jika melihat pada und, PKR memperoleh 47.86% undi manakala BN 52.14%. Bukankah hampir-hampir sahaja 50-50?

Jangan konfiden seperti ini lagi. Akibatnya amat memeritkan dan merosakkan semangat para bloggers yang berjuang selama 2 tahun kebelakangan ini demi memastikan BN benar-benar mampu berubah. Namun, seburuk-buruk BN, Pakatan Rakyat adalah seburuk perikatan.

Mungkin Raja Putar Alam telah dianugerahi kelicikan yang tinggi hingga meletakkan leher Zaid Ibrahim di tempat sembelihan bagi memperoleh undi protes orang Melayu yang dijangka enggan mengundi calon MIC.

Ini kerana Zaid Ibrahim dipilih ketika BN dalam dilema antara meletakkan calon UMNO sebagai usaha berpijak di bumi nyata dan MIC atas semangat setia kawan walaupun kadang-kadang digigit bak haiwan.

Mungkinkah dengan mendengar nasihat bloggers pembela negara, BN hakikatnya mampu menang dengan lebih cemerlang?

Walau apapun, analisis dari PRK P94 banyak memberi jawapan untuk diformulasikan dalam kempen PRU13 akan datang. Namun, sekali silap, bila-bila masa sahaja boleh silap lagi.

Isnin, April 26, 2010

P94: PKR Kalah Tapi Menang 85 Undi?



Dulu mereka dapat 23,177 undi. Semalam mereka peroleh 23,272. Saguhati 85 undi itu bukanlah trend yang sihat. Masalah ini jika dikaji, datang dari mana? Jelas, ianya melambangkan undi orang Melayu yang berubah corak 'from bad to worse'.

Tetapi laporan Bernama menyebut bahawa undi kaum Cina tidak bertambah. Sokongan mereka terhadap penguasaan DAP atas negeri Selangor semakin kukuh dan 85 undi itu mungkin saki-baki yang dahulunya belum mendaftar.

Jika trend ini diambil kira, ini bermakna sokongan orang Cina terhadap pembangkang semakin utuh di saat sokongan orang Cina meningkat dari 12% kepada 25% mengikut kata Koh Tsu Koon?

Mana satu yang betul ni? Jika nelihat melalui kempen-kempen dan pendedahan media, sokongan kaum Cina dan India dikatakan beralih menyokong BN.

Jika bangsa pada kertas undi boleh diketahui, wajar diletak nama nombor kad pengenalan hatta cap jari. Rumusan analisis tersebut pastinya hanya mengikut peti-peti undi yang bercampur baur.
Sentimen lama berkenaan isu yang sensitif sedikit masa lalu mungkin menjadi senjata puak PAS tempatan yang memainkan isu kaum.Tambahan pula Zaid berkempen dari masjid ke kuil. Kamalanathan kurang satu.

Jadi, kesimpulannya, Melayu Kuala Kubu perlu dipujuk kembali dan kekecewaan mereka perlu diubati. Mereka tahu PKR itu hampas namun mereka sanggup juga pangkah. Perlu diberi perhatian ialah dakwaan pengundi Cina semakin menyokong Pakatan Rakyat.

Jika ramai orang Melayu menyokong BN nescaya orang Cina terpaksa mengundi BN demi periuk nasi mereka. Kajilah guna logik akal dan intelegensi.

Ahad, April 25, 2010

P94: Unsur Sabotaj Masih Ada?

Analisis pilihanraya dari blog ini merumuskan bahawa terdapat sabotaj yang agak besar dalam PRK P94: Hulu Selangor oleh masyarakat Melayu. Ini kerana terdapat desas-desus bahawa majoriti senyap penentu undi telah dihasut dengan jayanya melalui cakap-cakap berimbuhkan fitnah dan rekaan semata-mata tentang gerakan protes atas PRK tersebut kerana kehendak majoriti dinafikan.

Namun segalanya nyaris menjadi kekalahan buat BN kerana imbangan sokongan yang diperoleh, dan wajarlah kerajaan bersikap apologetik dalam memujuk pemilih bagi menghadapi PRU13.

Mudah. Senaraikan semua janji dalam pilihanraya tersebut untuk dizahirkan dalam bentuk senaraian yang disasarkan perlaksanaannya, agar bersesuaian dengan pencapaian diutamakan yang telah memalapkan seruan rakyat didahulukan pada pemilihan calon yang lalu. Pendeknya, jadikan ia KPI dalan NKRA. Atau apa saja.

Tak mengapalah. Ini mungkin untuk memberi peluang kepada MIC menunjukkan sokongan undi mereka.

Melihat iklim politik nasional dan kecaca-marbaan Pakatan Rakyat, blog ini yakin bahawa BN mampu menang sekurang-kurangnya 3000 undi majoriti jika calonnya dari UMNO. Mana baki 15,500 pemilih? Mengapa hanya 75% yang mengundi. Maksimum pembuang undi rata-rata 85%. Ini bermakna 6,000 undi purata yang mampu hadir mengundi secara rawaknya telah hilang.

Segelintir rakyat tidak mahu berfikir panjang dan lebih suka berita datang kepada mereka dan bukannya untuk mencari berita. Mungkin kempen tanpa fitnah tidak lagi menjadi pilihan pengundi di sini?

P94:Kemenangan Bawa Erti

Tahniah kepada P Kamalanathan yang menewaskan Zaid Ibrahim dalam PRK P94 Hulu Selangor yang telah diumumkan tadi. Kemenangan dengan majoriti lebih 1700 ini tidaklah membanggakan langsung jika dilihat sejarah kawasan Parlimen Hulu Selangor, sebuah kawasan yang dahulunya kubu kuat BN.

Ini menunjukkan protes orang Melayu di Parlimen Hulu Selangor, perlu diambil kira. Namun yang berlaku telah berlaku.

Calon MIC ini wajar bertugas sebagai wakil rakyat kawasan itu dengan baik seperti yang dijanjikan dan bukannya untuk mengejar jawatan dalam kabinet seperti yang dibayangkan oleh Presiden parti itu sebagai pra-syarat pengunduran awalnya.


A photo courtesy of Fariz Faizal Mohd Nazri

Jumaat, April 16, 2010

Ipohmalay Berkabung

Ipohmalay menggantung posting blog hingga keputusan PRK Hulu Selangor diumumkan sebagai penghormatan atas matinya harapan untuk melihat calon UMNO bertanding.

Jumaat, April 02, 2010

Malaysian First Chinese Second? Hipokrit!

English version attached below

Apa masalahnya jika orang Cina di negara ini menyebut mereka Cina kemudian baru menyebut mereka rakyat Malaysia bila mana mereka ini hendak membuat pantun dengan rima yang sempurna pun tidak berupaya, menolak asimilasi, mendaftar nama-nama Cina dan berlumba-lumba mempamerkan tulisan Cina di mana-mana.

Sesetengah pihak sangat bodoh kerana mempermainkan isu lapuk ini semata-mata untuk ditempelak bagi diserlahkan kebodohan mereka. Satu masa dahulu, mereka membantah penggunaan frasa "Bahasa Melayu" dan mahu ianya ditukar kepada "Bahasa Malaysia". tetapi dalam bahasa Malaysia, tiada elemen kecinaan wujud dan secara logik akal orang terpelajar, bahasa tersebut perlu disebut Bahasa Melayu. Mereka ini keliru dengan istilah Malaysia tetapi menyebut mereka Malaysia dulu, Cina kemudiannya.

Ingatlah yang kita tidak mungkin boleh menunda tanahair ini ke Asia Timur. Jadi sila bersikap regionalistik. Ya, Cina di Thailand, Filipina, Vietnam, Cambodia, Myanmar dan Indonesia adalah Cina yang benar-benar negarawan yang layak berbangga dengan frasa ' negara dahulu, barulah bangsa'.

Di negara ini, orang Cina lebih kuat mempertahankan kebudayaan, tatabicara, kesusasteraan dan amal ibadat dan ini telah dibolehkan dengan ihsan Melayu. Jika orang Melayu bersikap ultra-nasionalis seperti negara di sekeliling Malaysia di atas, nescaya mereka mendapat padah yang serupa dengan Cina di negara-negara tersebut. Jadi apa yang membuatkan mereka lebih kemalaysiaan dari sifat kecinaan mereka?

Namun tiada siapa yang dapat mengubah kebodohan DAP.


Whats wrong of being Chinese first Malaysian second when most our Chinese can,t compose a beautiful fun rhyme of pantun, reject assimilation, registrating chinese name and having zhong wen charachter everywhere. Some people are wandering on the lane of cheap old hypocrism just to get a hard hit right on their face. Previously, they wanted Bahasa Melayu to be called Bahasa Malaysia but it seems like they are chronically confused what Malaysia is at the very first place! There is no Chinese element in Bahasa Malaysia so it should be called Bahasa Melayu logically.

Remember, we can't tow this piece of land to somewhere in East Asia. So those enlightened Chinese should be sane enough to see that for Thailand, yes, they are Thailand first and Chinese the next. So do Chinese in the Philipines and Indonesia.

Here, in this country, while they are proud to retain much of their cultural pheriperal and paraphernalia, they are in fact, Chinese first, Malaysian second. Read that twice. Being in racial segregation without assimilation is a fact of race first, nation the next.

But nobody can stop DAP's stupidity.

Khamis, April 01, 2010

Tugu Negara Tidak Lagi Menjadi Kontroversi?

English version attached below

Tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang berusaha mengubah sambutan Hari Pahlawan supaya sesuai dengan garis sempadan syarak.

Kementerian Pertahanan mengambil langkah untuk mendapatkan garis panduan bersesuaian dari Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung tatacara penghormatan simbolik di Tugu Peringatan Negara yang dikecam sesetengah pihak sebelum ini.

Kecaman itu antara lain menuduh pemberhalaan telah berlaku dengan tunduk hormat simbolik dan meletak kalungan bunga menghadap patung gangsa yang dibina bagi memperingati perajurit negara yang gugur ketika menentang pengganas komunis.
Akhirnya sambutan Hari Pahlawan ditetapkan akan dibuat di Putrajaya.


A good move my Mindef as per said by Defense Minister that they will seek guidelines from the scholars and authorized Islamic bodies so that the Warriors Day ceremony will not turned unislamic.

Guidelines sought from JAKIM and National Fatwa Council to overcome accusation that putting the ceremony at National Monument as an idolazation alike act when respect was paid by bowing head down and garlanding.

The monument was built to commemorate the armed forces personel who had died in protecting the country during the battle against the Communist terrorist.
Zahid Hamidi confirmed that this year celebration will be held at Putrajaya.

P94: Desas Desus Calon MIC Dipertandingkan

Desas desus mengatakan telah pasti bahawa MIC akan dipertaruhkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor telah bertiup kencang. Belum pun ada kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut, telah kedengaran suara untuk memboikot undi dari pengundi Hulu Selangor yang mendambakan wakil pemerintah dari UMNO.

Tedapat 54% pengundi Melayu di Hulu Selangor yang kurang 13% dari peratusan nasional, atau sama dengan peratusan kaum Bumiputra pada tahun 60an.

Tetapi, pernahkah pemimpin kita berani untuk mencalonkan bukan Melayu atau lebih tepat, wakil dari kaum India untuk mengepalai pemerintah sepanjang negara ini merdeka dan berdaulat? Sudah tentu alasan yang diberikan, majoriti tetaplah majoriti.

Itu sekadar logika tua yang boleh terpakai.

Tetapi logika muda yang tidak mampu terpakai jika benar calon MIC yang akan diturunkan ialah, frasa RAKYAT DIDAHULUKAN. Dalam memberi muka kepada MIC, nampaknya RAKYAT KINI DIBELAKANGKAN. Adakah itu kebenarannya?

Sebelum mereka yang galak merenyam untuk bertanding ini turun padang, para bloggers lah yang telah membuat kerja tanpa upah untuk menilai kemahuan penduduk setempat. Dengan UMNO sebagai calon, tampak jelas, kemenangan berpihak ke atas BN. Tetapi kekalahan menanti seandainya bukan UMNO yang dicalonkan.

Itu adalah isu konstituensi tersebut. Ia bukanlah trend nasional. Namun trend nasional sendiri meletakkan wakil majoriti sebagai Perdana Menteri. Apa kecelaruan sebenar yang telah berlaku?

Tidak hairan bagi penganalisis politik dan para bloggers untuk mencela kesilapan langkah yang awal-awal ditempa andai BN kecundang di Hulu Selangor.

Tiada apa yang dimahukan oleh para penyokong kerajaan selain dari kemenangan BN yang telah kami pertaruhkan seluruh kepercayaan yang ada. Jika BN sendiri yang mahukan kekalahan dengan menjadikan wakil MIC sebagai kertas litmus atau residu penguji air kencing, kami hanya menggelengkan kepala.

Idham Lim Barua Mengeksploitasi Warga Emas


Lihatlah lakonan yang disediakan untuk sang boneka Nizar semalam 31.3.2010, yang amat disukai oleh wartawan-wartawan bodoh yang mencari sensasi.

1. Dia tiba di hadapan pejabat DAP Perak

2. Dia bertemu seorang warga emas di tepi pintu naik ke pejabat DAP. Di bawah pejabat DAP terdapat sebuah restoran mamak.

3. Dia menunjukkan keprihatinan ke atas warga emas tersebut setelah diberitahu bahawa warga emas tersebut dan anaknya sanggup datang dari Johor untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat di Perak (Sebab orang Perak tak ada yang dah nak sokong!)

4. Setelah warga emas dan anaknya menghilang, muncul dajjal bertudung memberi penjelasan panjang lebar kepada wartawan jenis bodoh pencari sensasi mengenai kemunculan warga emas tersebut.

HAKIKATNYA

Jam 8.05 pagi - berada di restoran bawah pejabat DAP sambil bersarapan bersama sahabat bloggers.

- Sebuah teksi berhenti menurunkan penumpang. Seorang warga emas dan anak perempuannya usia lebih kurang awal 40'an.

- Warga emas tersebut duduk di restoran sambil kerusi mengadap ke bangunan SUK.

- YB Idham Lim bertemu warga emas dan anaknya dan sejurus mereka berbicara, warga emas dan anaknya berlalu keluar dari restoran dan menuju ke pejabat DAP.

- Warga emas diberi kerusi duduk di pintu masuk ke pejabat DAP, seperti pengemis meminta simpati. Para wartawan dan bloggers tertanya2 siapakah warga emas tersebut.

- Setiap YB Pakatan Rakyat yang hadir akan bergambar bersama warga emas tersebut.
- Setibanya YB Nizar, maka bermulalah episod sebabak Pakatan Rakyat.

- Kisah bermula apabila anak kepada warga emas tersebut menyatakan bahawa ibunya datang dari Johor semata-mata untuk memberi sokongan kepada ADUN Pakatan Rakyat bersidang. Namun persoalannya kepada bukan makcik itu yang bercakap? Kenapa perlu ada jurucakap bagi pihak beliau?

- Sejurus YB Nizar naik ke Pejabat DAP, dengan tergesa-gesa anak warga emas tersebut berlalu dengan alasan teksi telah lama menanti.

- Setelah warga emas dan anaknya berlalu pergi, muncul seorang gadis dalam usia pertengahan 20'an menceritakan tujuan mengapa warga emas itu hadir. Persoalan : Siapa pula gadis tersebut? Beliau bukan anak kepada warga emas tersebut, tetapi kenapa beliau bergitu berani menceritakan pula.

Sandiwara masih belum habis lagi.

Sumber : Selamatkan Perak

Pengundi PR Di Perak Patut Menyesal

English version attached below

Betapa buruknya kelakuan orang-orang yang tersalah pilih oleh sebahagian orang Melayu, orang Cina dan India yang bosan dengan ketenteraman, ketertiban dan kesusilaan.

Mereka menghantar monyet-monyet sarkas ke DUN Perak agar wakil rakyat mereka boleh meletakkan mereka ke tepi dan dengan demikian, agenda peribadi wakil diri sendiri ini dapat mencetus pesona huru hara secara berkumpulan.

Patutkah mereka dari jenis ini dipilih untuk ke DUN hanya untuk memperoleh pengabaian yang serius?

Apakah kuasa yang mereka mahukan itu akan memberi manfaat besar buat pengundi mereka seperti 11 bulan pemerintahan mereka yang lalu?

Terserlah sudah tindakan kemonyetan mereka apabila kerajaan BN Perak kini lebih proaktif dalam mengembalikan kekuatan ekonomi negeri.

Adakah kekayaan tiba-tiba dari hasil mahsul negeri yang diputarbelit menerusi rundingan terus dengan kroni masing-masing satu ketika dahulu memberi manfaat kepada pengundi mereka?

Hakikatnya, mereka berkelakuan seperti beruk adalah disebabkan kekusutan akibat penjarahan yang terhenti tiba-tiba.


The ugly part of civilized society is to have morons being elected to represent the society. Few Malay, most Chinese and large number of Indian that tired living in a polite, humble and tranquil conditions is happy on supporting uncivilized, uncool and useless representatives.

They voted monkeys just to have these animals forming a group that jeering, boycotting and humiliating in the state assembly sitting for the agenda of their own. It looks like their voters is just heads provided for them step on to ensure they could stand higher.

Is it worth it to vote for a person that fixed with such thought? If they aren't such, why they are wasting the precious time to represent the voice of their constituency? They are deliberately put the people in negligence.

What kind of accomodation that these monkeys ever provided for Perakians during their 11 month old reign beside a state treasury ransacking activities?

These unwelcomed tribes are now dealing with the fact that BN is working hard to cure the state enonomic illness which was an unforgiven negligence of the previous regime.

For 11 month awarding contracts for kin and clan, none had benefited anyone that vote them up.

The truth is, these idiots is having a primate like attitude that caused by their own greediness when their plunder on state treasury was put to sleep by the justice.