Thursday, February 23, 2017

Media Korea Selatan terus menerus ambil peranan menyiasat kematian Kim Jong Nam



Media Korea Selatan semalam sekali lagi mengeluarkan berita yang menambah sensasi ke atas pembunuhan Kim Jung Nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu. Semalam, agensi berita Yonhap memetik kenyataan seseorang yang didakwa mengetahui bahawa institut bioteknologi Korea Utara merupakan pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.

Memetik kenyataan Choi Sung-young, yang menjadi wakil kumpulan yang ahli keluarga mereka diculik ke Korea Utara beberapa dekad lalu, Choi mendakwa terdapat petunjuk bahawa Kim Jong Un pada bulan Disember 2014 telah mengeluarkan perintah supaya Kim Jong Nam ditiadakan.

Menurut Choi, unit 810 tentera Korea Utara yang dikenali sebagai institut bioteknologi yang bertanggungjawab membangunkan kimia pertanian adalah pihak di belakang pembunuhan Kim Jong Nam.

Dia juga mendakwa unit tersebut telah menjalankan ujikaji racun tersebut ke atas 20 tahanan politik yang mempunyai berat badan 80 hingga 90 kg dalam persiapan untuk membunuh Kim Jong Nam.

Walaubagaimanapun, Choi tidak mendedahkan bagaimana dia mendapat maklumat tersebut dan kenyataannya tidak dapat disahkan benar.

Ia merupkan kali pertama institut bioteknologi Korea Utara dikaitkan dengan kematian Kim Jong Nam.

Agensi risikan utama Korea Selatan minggu lalu mendakwa biro risikan dan Kementerian Keselamatan  Dalam Negeri Korea Utara mungkin menjadi tulang belakang kepada pembunuhan tersebut.

N. Korea's biotechnology institute behind Malaysia killing: source

2017/02/22 18:41

SEOUL, Feb. 22 (Yonhap) -- A North Korean biotechnology institute is involved in last week's killing of leader Kim Jong-un's half brother Kim Jong-nam in Malaysia, a person familiar with the matter claimed Wednesday.

"We got a tip that Kim Jong-un issued an order in December 2014 to remove Kim Jong-nam," said Choi Sung-young, who represents a group of South Koreans whose families were abducted to North Korea decades ago.

Choi said North Korea's military unit 810, which is also known as a biotechnology institute in charge of developing agricultural chemicals, was behind the killing of Kim Jong-nam.

He also claimed that the institute appears to have carried out a mock test on some 20 political offenders weighing 80-90 kilograms in preparation for killing Kim Jong-nam.

Kim Jong-nam, the eldest son of the late North Korean leader Kim Jong-il, died on Feb. 13 after being attacked by alleged North Korean agents at Kuala Lumpur International Airport. He had been critical of his family's dynastic control of the reclusive North.

Choi did not provide details on how he obtained the information. His claim was not independently confirmed.

It is the first time a North Korean institute has been cited for involvement in the death.

South Korea's top spy agency said last week North Korea's Reconnaissance General Bureau and the ministry of state security may be behind the poison attack.


Ramai anak muda kita takut dengan Korea Utara?


Pagi 13 Februari 2017, teman masih seronok-seronok bermain angin sejuk kira-kira 5°C di Seoul. Pagi itu, teman pergi ke Namdaemun Market ngantar tourist kita membeli belah. 


Kedai kopi seberang jalan tepi exit subway Namdaemun.

Esoknya teman balik Malaysia. Sampai KLIA2 tak ada yang aneh pun kelihatan. Kisah pembunuhan waris utama takhta keturunan sebuah negara demokratik yang kertas undinya cuma ada satu calon itu tidak pula teman tahu kecuali esok paginya bila ada status di Facebook yang kegamjatan dengan kejadian itu.

Bila anda terdedah terlalu lama kepada kesejukan begini walaupun matahari terik begini, baru anda tahu bahawa cuaca sejuk giler pun boleh buatkan kita cepyat marah. - Tiada kaitan - 

Teman lebih gamjat dengan ketiadaan pihak keselamatan atau skuad pencegah bahaya mengkuarantin rel-rel pemegang tangga bergerak yang dilalui si tukang racun mahupun memasang halangan masuk ke tandas tempat si kena racun mencuci muka.  Malah media tidak ambil pusing kebarangkalian rakyat kita yang tersentuh tinggalan racun itu akan mati tahun depan. Kuat racun tu komer.

Kegamjatan teman berlipat ganda bila baca komen-komen di Facebook yang bagai memanggil-manggil peperangan antara Malaysia dan Korea Utara. Punya lah terlalu aman negara ni sampai rakyat merindukan perang.

Demer mana pernah tahu masa pembinaan Jambatan Pulau Pinang oleh Hyundai dari Korea Selatan dulu, dah ada ura-ura Korea Utara akan sabotaj projek tu. Itu tahun 1982. Padahal Korea Utara dah bangunkan senjata nuklear sejak 1979. 

Punya lah 4600 km Pyongyang susah payah nak bergaduh sampai ke KL sedangkan ibu kota musuh ketat dia Seoul cuma 150 km je dari Pyeongyang. KL ke Tapah je tu kalau nak tahu.

Bukan tu saja. Korea Selatan juga berusaha memasang pembesar suara berhampiran sempadan Korea Utara yang terletak 40 km dari Seoul bagi menyebarkan berita pembunuhan Kim Jong Nam ke wilayah Korea Utara kerana penduduk Korea Utara rata-rata tak tahu Presiden mereka ada abang.

Malah latihan tentera Amerika dengan Korea Selatan di perbukitan berhampiran Korea Utara mampu didengari dentum bomnya sayup-sayup dari Bukit Namsan di tengah-tengah Seoul masa teman di sana pertengahan Disember lepas.

Sementelahan di sudut lain, sebenci-benci Korea Utara pada Barat, tahukah demer matawang asing yang diterima di Korea Utara hanya tiga. Reminbi China, Euro dan US Dollar. 

Kita tidak memahami banyak perkara dalam sepak terajang politik dunia ni. Bagaimana Korea Selatan tiba-tiba tahu kes bunuh Jong Nam ketika teman belum berlepas dari Incheon lagi. Sedangkan rakyat Malaysia pun tak tahu.

Sudahlah begitu, dari hari pertama kematiannya sampai ke hari ini, Seoul masih belum habis-habis menuduh komplot pemerintah Korea Utara sehingga desas-desus mereka menguasai hebahan media sedunia dan media dalam negara macam biasa, ikutlah rentak media dunia. 

Ketika Korea Utara menuduh Malaysia berkomplot dengan Korea Selatan, dengan segera Korea Selatan menjawab, kenapa perlu bawa-bawa negara mereka sedangkan masalah timbul antara Malaysia dan Korea Utara. Sungguh tak seromantik drama Korea bila si mulut besar dengan segera tak nampak peranannya dalam isu tersebut yang ternyata mengganggu proses siasatan polis.

Itulah hakikat kepalsuan yang dilangsiri babak indah drama-drama negara ginseng sehingga anak dara kita melopong depan TV, kumpul duit nak pergi ke Korea Selatan dan pakej-pakej pelancongan ke Korea sentiasa laris.

Korea Utara mahupun Selatan tetap bangsa yang sama. Ketegar mereka telah menyaksikan Perang Korea 1950 dahulu membunuh ratusan ribu sesama mereka. 

Kemajuan Korea Selatan hari ini bukan semata-mata usaha mereka sahaja.  Jika tidak kerana Amerika Syarikat, sekutu hidup matinya itu membiar rakyatnya membeli produk Samsung dan LG, komer rasa, bolehkah Seoul kelihatan maju berjaya? 

Orang kita? Sekadar membanding-banding kenapa dulu Korea tak maju sekarang lebih maju. Padahal dorang lupa, jangankan Samsung dan LG, periuk nasi di dapur pun kita tak ada jenama sendiri. Belum kira kecenderungan kita meyahudi dan mengiluminatikan segala yang kita tak paham.

Hakikatnya kedua-dua Korea bergantung kepada Amerika Syarikat. Korea Selatan dengan perdagangan manakala Korea Utara dengan bantuan kewangan. Kalau tak dibantu, itu yang acah-acah lancar peluru berpandu. 

Itu yang kita nampak. Apakah ada kepalsuan lain yang kita tidak nampak? Contohnya, siapa penyiasat antarabangsa yang pernah memasuki Korea Utara untuk mengesahkan terdapatnya senjata nuklear di dalam negara tersebut?

Yang penting dalam menghadapi Korea Utara, ternyata apa yang dikatakan 'kecil' milik orang Korea itu ternyata besar sebenarnya berbanding milik anak muda negara ini yang seram sejuk kecut tanpa asas.

S. Korea begins loudspeaker broadcasts to inform N. Koreans of Kim Jong-nam's murder

2017-02-22 10:12

SEOUL, Feb. 22 (Yonhap) -- South Korea's military began loudspeaker broadcasts over the weekend to inform ordinary North Koreans of the murder of the communist state's leader Kim Jong-un's half brother, military officials said Wednesday.

   The move aims to underscore the brutality of the dictatorial ruler in Pyongyang, whom Seoul believes masterminded the assassination of Kim Jong-nam at an airport in the Malaysian capital of Kuala Lumpur on Feb. 13.

 "We have made broadcasts through 34 loudspeakers along the inter-Korean border to inform North Korean soldiers and civilians that their leader Kim Jong-un was behind the killing of his elder half brother Kim Jong-nam," a military official told Yonhap News Agency.

   Kim Jong-nam, the eldest son of the late North Korean leader Kim Jong-il, was allegedly assassinated by two women under directions from North Korean agents. He had spoken out publicly against his family's dynastic control of the reclusive North.


   The propaganda broadcasts using loudspeakers installed near the heavily fortified border have been Seoul's crucial means of psychological warfare.

   Past broadcasts highlighted the South's economic achievements and the benefits of liberal democracy, and brought attention to the importance of human rights -- a reason why Pyongyang called them a "threat" to its communist system.

   kyongae.choi@yna.co.kr

Kota Seoul, ibu negara musuh utama Korea Utara aman sentosa je walaupun jaraknya KL ke Tapah je. Orang KL yang 4600 km dipulak yang over. Haha.



P/s : Nak ke Seoul? PM teman. Dari RM1800 je. Hahaha.