Thursday, December 29, 2011

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak IV


AHAD, JULAI 20, 2008

Terjajahnya Melayu Perak

Lihatlah peta taburan penduduk di Perak ini. Betapa kaum Melayu yang melata menjadi majoriti di pelusuk kawasan aktiviti manusia yang bermula sejak beratus tahun di Perak, telah jatuh di perintah di bawah rejim DAP dengan hanya meletakkan Menteri Besar boneka dari PAS untuk menggula-gulakan orang Melayu di Perak.


Alangkah hinanya apabila lebih banyak tanah yang dirampas dari orang Melayu pada satu ketika dahulu di zaman British untuk tujuan melombong timah, telah diserahkan kepada kaum-kaum Cina yang bermestautin secara haram di tanah tersebut sejak puluhan tahun lalu seandainya kelak, kegiatan pertanian mereka dikawasan tersebut diiktiraf.

Melihatkan kepada senario ini, apakah rakyat Perak berketurunan Melayu telah tersumpah oleh satu hakikat bahawa di negeri inilah bermulanya detik kejatuha orang Melayu apabila Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani?

Lebih malang sekali ialah apabila fanatik penyokong PAS telah menjilat semua ludahan mereka dilantai-lantai demi menegakkan matlamat mereka memerintah walhal tiada persefahaman yang utuh dicapai dalam pimpinan kerjasama mereka dengan kafir sosialis, DAP.

Seterusnya, nasib orang Melayu di Perak hanya dikhabarkan baik-baik sahaja di kawasan 6 orang ADUN Pas ini sedangkan nasib orang Melayu Perak di 53 DUN lain seluruh negeri, tidak diketahui.

Semoga datanglah hari kesedaran kepada "Pemimpin Islam" ala PAS ini supaya mereka dapat melihat yang perbuatan mereka mengkhianati bangsa adalah sangat tidak beretika dan cukup menjijikkan.

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak III

JUMAAT, MEI 02, 2008

Sultan Tempelak MB Nizar



May 02, 2008 18:03 PM

Sultan Azlan Shah Orders Transfer Order On JAIP Director Retracted


IPOH, May 2 (Bernama) -- The Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, today ordered Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to immediately retract the 24-hour tranfer order issued to Perak Islamic Religious Department director Datuk Jamry Sury on Tuesday.

The Sultan had also asked the state government to formally present to him if there was any breach of procedures and offenses committed by Jamry against the state government administration for him to order for further legal process.

The order to withdraw the transfer order was contained in a three-page press statement issued on the instruction of the Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, after Mohammad Nizar was summoned to have an audience with him at the Istana Raja Muda Perak at 11am today to explain the transfer order issued to Jamry.

The press statement signed by Sultan Azlan Shah's private secretary Toh Raja Diraja Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor explained that Raja Nazrin issued the order in his capacity as president of the Perak Islamic and Malay Customs Council.

According to the statement, Mohammad Nizar was told that work relations that respected the Sultan was the convention and work culture that had been always practised and respected by every Mentri Besar with the palace all this while.

Nga Kor Ming Konon Diugut Dengan Peluru!

28 Disember 2011, Nga Kor Ming membuat aduan menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Ini bukan ugutan yang pertama diterima oleh kalangan wakil rakyat DAP. Sebelum ini mereka pernah hadapi ugutan bila menghadapi sesuatu masalah. Di penghujung masalah pasti akan ada ugutan diterima (baca sini).

Menariknya, dalam setiap ugutan pihak yang akan dituduh adalah entiti politik yang bertentangan. Apakah ini salah satu cara yang dibuat untuk divert masalah "lounge suit" yang dianugerahkan kepada isterinya? Ini taktik menagih simpati rakyat?

ADUN Malim Nawar Dedah 'Ketelusan Cara DAP'


Thursday, December 29, 2011
NGA KOR MING, LU PUNYA KARIER POLITIK SUDAH HABIS LAH !

trojan horse umno, iaitu malaysiakini sekali lagi buat kejutan.

malaysiakini siarkan kenyataan adun malim nawar keshvinder yang mengesahkan nga kor ming ada memberi arahan mulut kepada majlis bandaraya ipoh dan adun pakatan perak untuk untuk menempah kot di butik milik bini nga kor ming.

habislah lah ko nga kor ming.
pas ni boleh jual kerbau pendek la.

tahniah malaysiakini, anda untuk kesekian kali berjaya melaksanakan tugas dengan jaya sebagai trojan horse.

Posted by GAP KEMBALI at 1:09 PM





Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak II

SELASA, MAC 18, 2008

Kebiadapan Kit Siang Ditentang

Lim Kit Siang dengan gah membelakangkan institusi beraja di negara ini dengan kebiadapannya menggesa 18 ADUN DAP memulaukan majlis angkat sumpah Ir. Mohammad Nizar, ADUN PAS Pasir Panjang yang dipilih sebagai Menteri Besar Perak oleh DAP Perak sendiri kononnya kerana mahukan wakil DAP menjadi Menteri Besar.

Namun, Lim Kit Siang memohon maaf selepas itu kepada Sultan Perak dan Raja Nazrin atas keterlanjurannya itu. Menurut Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chan Ko Youn, tindak-tanduk DAP itu semata-mata melepaskan diri dari mata masyarakat Cina bahawa DAP merestui calon PAS menjadi Menteri Besar Perak.

Tindak tanduk dolak-dalik DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu di Perak yang menganggap DAP menghina Sultan Perak dan institusi beraja khususnya. Bantahan dengan permit telah diadakan sehingga emosi mereka memaksa polis bersurai. Terima kasih KJ ngajar benda-benda macam tu pada masa itu.

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak I

Utusan Malaysia, 30 April 2008
Arah tukar serta-merta - MB Perak mahu Pengarah JAIP keluar pejabat 24 jam

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 29 April – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pagi ini.

Menurut sumber kerajaan negeri, arahan Menteri Besar berkenaan melanggar tradisi di negeri ini dan mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam.

Difahamkan, Jamry telah dihubungi melalui telefon supaya mengosongkan pejabatnya.

Perselisihan Pengarah JAIP itu dengan Menteri Besar dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

“Jamry diarah keluar tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa untuk membela dirinya,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.

Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.

“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.

“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.

Arahan Menteri Besar Perak supaya Jamry mengosongkan pejabatnya boleh mencetuskan kontroversi kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pula merupakan Pengerusi MAIAMP.

MAIAMP sepatutnya mengadakan mesyuarat pada 15 Mei ini untuk membincangkan senarai baru jawatankuasa masjid di seluruh Perak yang dibuat dengan mengambil kira nasihat Istana Perak.

Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu, Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar mendakwa pertukaran serta-merta Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Jamry diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, Mohammad Nizar terdiam seketika.

Beliau kemudian sekali lagi menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.

“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.

“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.

Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.