Friday, November 21, 2014

Dua kejadian aneh Jumaat 14 November 2014. Langit siang jadi gelap di Arab Saudi, langit malam jadi terang di Russia

Dua kejadian aneh berlaku pada hari yang sama iaitu Jumaat 14 November 2014 yang lalu dalam Zon Waktu yang sama. Ribut pasir luar biasa yang melanda Makkah dan sinaran luar biasa yang menerangi langit wilayah Svredlovsk di Russia.

Ribut pasir yang melanda Makkah menutupi siang di sana sehingga awal petang bertukar menjadi kegelapan seperti waktu malam sementara beberapa jam kemudian, satu sinar cahaya terpancar di langit wilayah Svredlovsk di Russia yang sehingga hari ini, pihak Russia tidak dapat menjelaskan misteri di sebalik fenomena tersebut.

Kejadian sinar cahaya itu dirakam oleh penduduk di wilayah tersebut menerusi dashcam dan baharu sahaja tersebar semalam. Tiada bunyi letupan yang kedengaran  mahupun impak gelombang yang dirasakan oleh saksi-saksi berkait kejadian selama 11 saat itu.

Tidak seperti kejadian langit siang jadi gelap di Arab Saudi yang terdapat jawapan ribut pasir atas kejadian tersebut, langit malam jadi terang di Russia masih tidak ditemukan jawapan sebab ianya terjadi.

Kejadian langit malam menjadi terang di Russia pada Jumaat 14 November 2014 jam 6:40 petang (+3 GMT)







Kejadian langit siang menjadi gelap di Makkah pada Jumaat 14 November 2014 jam 1:30 petang (+3 GMT)