Khamis, September 27, 2012

Ngeh : Minum White Coffee Tak Perlu Sijil Halal

Bekas Menteri Besar Perak (Sebenar), Ngeh Koo Ham sekali lagi mencetus polemik di Twitter. Kali ini isu kopi Old Town White Coffee yang diketahui ramai sebagai sumber niaganya selain perniagaan perhotelan Tower Regency Hotel Ipoh.

Katanya minum kopi mana ada isu halal atau tidak. Ini tentulah sama maksudnya jika kopi digoreng dengan minyak babi sekalipun ianya sekadar kopi menurut pemahamannya.

Mungkin Ngeh tahu, yang mungkin dimaksudkan ialah makanan di OTWC. Sebagai pembelit, dia menuju ke kisah kopi putih mengetahui ada sijil halal yang dikeluarkan untuk beberapa sumber dalam penghasilan kopi putih tersebut. 

Ini soal individu yang kurang ajar mempersendakan umat Islam dan tidak reti respect kepada agama lain. Malaysia sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan dan rakyat hidup harmoni serta tiada masalah antara kaum. Tetapi makhluk biadap ini cuba mencetuskan suasana kurang enak di kalangan rakyat yang berbilang kaum di sini.


Semalam, si Pengerusi DAP Perak ni sengaja menimbulkan spekulasi yang kurang enak berhubung isu halal di Malaysia. Lihat di bawah, pendebatan antara Saudara Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PJU, Armand dan Ngeh Koo Ham biadap.






Bacaan lanjut : KLIK SINI

Pegawai KPDNKK Abai Solat Jumaat


Di saat protes penghinaan ke atas junjungan besar umat Islam dilakukan di seluruh dunia, terdapat umat Islam di negara ini menghina Islam itu sendiri. Lebih memalukan, ia dilakukan oleh penjawat awam.


Perbuatan mengabaikan solat Jumaat demi mesyuarat kerap kali berlaku di jabatan-jabatan kerajaan di Putrajaya terutamanya mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai atasan yang membawa persepsi 'diragui status pegangan akidah mereka'.

Jika waktu rehat hari Jumaat pada 12.15 tengahari dipanjangkan ke pukul 1.00 tidak menjadi masalah kecuali pada akhir bulan Oktober dan awal November kerana waktu Zohornya sebelum jam 1.00 petang. Tetapi, meneruskan mesyuarat ketika azan Zohor untuk solat Jumaat berkumandang oleh orang Islam sendiri, itu sememangnya melampau.

Jika ia membabitkan dirinya sendiri lain cerita. Ini boleh terlihat dari lelaki-lelaki bermuka tebal yang bersidai di Alamanda pada saat orang lain bersolat Jumaat. Tetapi dalam kes ini, ia membabitkan orang lain sama. 


Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.