Api dalam sekam perkauman di Amerika Syarikat tidak pernah terpadam sejak rusuhan besar-besaran pada tahun 1992 apabila undang-undang memberi kelebihan kepada beberapa orang anggota polis yang didapati memukul seorang lelaki kulit hitam.
Rusuhan kali ini tidak melibatkan 100% kaum kulit hitam kerana turut disertai kaum kulit putih yang bersimpati dengan nasib remaja kulit hitam yang mati ditembak selepas cuba ditahan atas kesalahan merompak pada 9 Ogos lalu.
Namun perang mulut penuh benci dan perkauman mula tercetus di media-media sosial dan barah ini sentiasa disorok oleh para neo liberal di negara ini yang menjadikan negara Pakcik Sam itu sebagai kiblat.
Di negara ini dahulu mereka cuba mengangkat Barack Obama sebagai lambang runtuhnya sempadan perkauman, lalu menuntut jawatan Perdana Menteri di negara ini. Tetapi mereka diam kerana Barack Obama terpaksa bermati-matian mengaku Kristian demi mendapat undi, sesuatu yang mereka tidak mampu lakukan di negara ini, mengaku mereka adalah Islam.
Terbaru mereka cuba mengangkat Chong Mak Yip atau Basuki Cahaya Purnama atau Ahok yang berjaya menjadi Gabenor kota Jakarta yang dihuni 10 juta penduduk dengan 70% orang Islam. Tetapi mereka diam kerana Ahok cukup kental nilai kebangsaannya dan merupakan seorang yang tak akan memburukkan negaranya sembarangan apatah lagi menjadi ejen asing, sesuatu yang mereka yang tebal sifat pendatang ini, tidak mampu lakukan di negara ini.
Berbalik kisah di Amerika Syarikat, satu komen di Youtuba yang menjadi perbualan hangat telah dipetik seperti berkata dengan fakta berikut seperti di bawah. Fakta tersebut tidak dibuktikan kesahihannya, kononnya disorok oleh media dan pemerintah Amerika Syarikat. Antara lainnya,
- 1 juta warga kulit putih dibunuh / dirompak / diserang / dirogol oleh kulit hitam pada rusuhan 1992
- Sepanjang 30 tahun, 30 juta kesalahan keganasan / bukan keganasan dilakukan oleh kulit hitam ke atas kulit putih.
- Kulit hitam bawah 18 tahun adalah 12 kali ganda berkebarangkalian untuk ditahan kerana kes bunuh berbanding kulit putih.
- 90% mangsa jenayah perkauman adalah kulit putih.
- Kulit hitam melakukan 7.5 kali ganda jenayah perkauman berbanding kulit putih.
- Secara purata, seorang kulit hitam melakukan 50 kali ganda jenayah berbanding kulit putih