Thursday, January 01, 2009

Sandaran Resolusi Politik Perak 2009

Selamat menempuh hari-hari dalam kalendar baru tahun 2009 Masehi. 2008 telah berlalu membawa satu kegemparan bukan sahaja ke atas iklim politik negara, tetapi ke atas perubahan tatacara pengendalian manifestasi sesetengah pihak demi memperoleh sokongan walaupun terpaksa menipu penyokong-penyokong sendiri demi sokongan dari penyokong-penyokong pihak yang bersepakat dengan mereka. Resolusi politik 2009 untuk rakyat Melayu Islam Perak haruslah bersandarkan sebab-sebab berikut:

Sebab 1
Lim Guan Eng membayangkan bahawa kerjasamanya dengan PKR adalah tidak ada kena mengena dengan PAS kerana perumpamaan yang diberi ialah : DAP adalah Malaysia. PKR adalah USA dan hubungan Malaysia dan USA tidak mungkin dapat dilihat sebagai Malaysia mempunyai hubungan istiewa dengan Israel semata-mata USA adalah rakan akrab Israel. Hari ini, DAP terpaksa 'fake the whole relationship' dengan PAS demi memerintah Perak.

Sebab 2
Pilihanraya Umum 2008 merubah segala-galanya. PAS bergembira kerana dilantik sebagai MB Perak walaupun on 'puppet basis' kerana DAP tiada pilihan lain. DAP pula memasang strategi bagi memastikan negeri Perak Darul Ridzuan dapat dikawal dari belakang tabir bagi melampiaskan nafsu terhadap dendam mereka kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak membenarkan mereka memegang jawatan MB.

Sebab 3
PAS menempelak Mufti Perak dengan menyatakan bahawa beliau telah diracun oleh UMNO Perak untuk menyeru penyatuan UMNO-PAS sedangkan mereka tahu, selama UMNO memerintah Perak, Mufti Perak lantang menyatakan pendirian yang cenderung ke arah sokongan terhadap PAS. Selang beberapa ketika, dek keberanian PAS, Ngeh Koo Ham ( Menteri Besar Perak sebenar ) telah turut menempelak Harussani dan PAS merestui seorang Mufti di tempelak oleh seorang Kristian Methodist.

Sebab 4
PAS tidak mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak dan terpaksa menjadi 'rubber stamp' dalam pemerintahan negeri walaupun dengan jelas, puak DAP mula membolot peluang-peluang sebagai agen pemerolehan kerajaan negeri.

Sebab 5
PAS membisu dan tidak ambil pusing soal akhlak Exco dari PKR yang dengan bangga menyebut sogokan perempuan PRC untuk kepuasan nafsunya adalah ibarat sedekah. Malah dia diberi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Negeri Perak bagi menaikkan semula martabat seseorang yang buruk moralitinya itu.

Sebab 6
PAS Perak tidak bersikap selari dengan PAS Pusat dalam menyebut tentang isu agama. Contohnya ADUN PAS dari Taiping dengan bangga, merasmikan majlis pecah tanah kuil Hindu sedangkan ianya terang-terang merupakan langkah tidak Islamik yang semata-mata bertujuan memancing undi.

Sebab 7
Pecahan undi Melayu Perak terhadap Pakatan Rakyat membawa mesej buruk kepada masa depan Negeri Melayu Perak sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang pihak istana.

Sebab 8
Kerajaan Negeri Perak terlalu menumpukan kebajikan kaum Cina hingga kaum Melayu Islam semakin terpinggir. Pembinaan masjid-masjid baru dan sekolah-sekolah agama diperlahankan manakala sekolah-sekolah cina diberikan tanah dan kampung-kampung baru yang bersifat sementara dikekalkan.

Sebab 9
Pemberian kelulusan pendudukan tanah secara besar-besarkan kepada pekebun Cina dan pengusaha penternakan di bekas lombong telah mengakibatkan timbulnya sikap menghakmilikkan tanah kerajaan negeri yang telah mencabul peruntukan dalam Kanun Tanah Negara dan semestinya mencabul hak Raja dalam penganugerahan tanah dalam jajahannya.

Sebab 10
Penyatuan Melayu Islam di Perak dalam memberi kemenangan ke atas parti Melayu Islam yang bebas pengaruh penentang Islam dapat memberi satu impak maksimum ke atas pentadbiran kerajaan negeri yang mampu dibina dengan 100% ADUN Melayu Islam.

Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan anak-anak cucu anda.