Selasa, April 12, 2011

Menteri Indon Mahu Berperang Dengan Malaysia

Lihatlah besarnya kepala menteri Indon seekor ini. Dia tidak memikirkan tentang apa yang wajar didahulukan dalam soal ini melainkan bertempur. Kita mempunyai sebab untuk bersiap dan berasa bimbang. Mungkin Susilo Bambang Yudhoyono boleh disebut pemimpin yang bersikap diplomatik. Tetapi bukan kalangan kabinet mereka. Kalangan pemimpin mereka, masing-masing mahu menurut kehendak rakyat secara melulu. Apa lagi jika rakyatnya mahukan peperangan.

Selasa, 12/04/2011 16:13 WIB
Pemerintah Belum Berencana Bebaskan 2 Kapal Malaysia
Anwar Khumaini - detikNews

Jakarta - Pemerintah belum berencana membebaskan 2 kapal berbendera Malaysia yang saat ini ditahan di Pelabuhan Belawan, Medan. Petugas masih memeriksa intensif awak kapal.

"Tidak (dibebaskan). Kami sedang memeriksa dan sedang memproses. Beberapa waktu lalu saya ke Belawan itu nelayan kita yang ditahan dan dipukuli oleh polisi Diraja Malaysia, kita sudah layangkan surat ke konjennya dan saya sudah bicara ke konjennya," kata Menteri Kelautan dan Perikanan Fadel Muhamamad di Kantor Presiden, Jl Medan Merdeka Utara, Jakarta, Selasa (12/4/2011).

Fadel mengatakan, memang benar ada desakan dari pemerintah Malaysia dan mereka telah melayangkan surat protes kepada Indonesia.

"Sekarang suratnya ada di tangan Pak Menlu. Saya telah bicara dengan Pak Dubes kita di Malaysia, kita akan proses seperti pada masa-masa yang lalu," ucap Fadel.

Fadel tidak setuju dengan sikap pemerintah Malaysia yang mengaku nelayan Malaysia yang ditangkap itu masih berada di wilayah Malaysia.

"Yang saya kecewa dari sikap mereka, mereka mengatakan ini di areal mereka. Kan tidak mungkin, kita punya angkatan laut yang ikut di operasi tadi," kata Fadel kesal.

Menurut Fadel, tidak mungkin angkatan laut Indonesia tidak punya data yang cukup. Saat waktu kapal Indonesia digiring ke pelabuhan di Malaysia, ada helikopter mereka ikut mengintai.

"Saya dapat kabar dari teman-teman di Malaysia, Pak Dubes dan media massa. Tadinya kan mau seperti menyerang juga mereka. Tapi setelah kita siapkan kita punya armada ke atas, mereka telepon saya dan saya bilang kita siap saja berhadapan demi kedaulatan rakyat dan kedaultan bangsa," terang politisi Partai Golkar ini.

Pemerintah Malaysia sebelumnya telah mengirimkan surat keberatan kepada Indonesia. Adapun isi keberatan ada tiga poin.

"Pertama, mereka keberatan dengan sikap kita, padahal itu operasi gabungan. Kedua mereka mengatakan itu areal mereka, bukan areal kami. Ketiga, mereka minta kita segera mengambil sikap kompromi perbatasan," papar Fadel.

Soalnya, benarkah APMM dan TLDM mahu melakukan provokasi sedangkan mereka cukup berhati-hati melayan bangsa pelik itu?

Kita ada sebab untuk menaruh prasangka ke atas bangsa Indon ini. Jakarta mungkin terletak 1,700 km dari sempadan Malaysia. Kuala Lumpur terletak hanya 80km dari sempadan Indonesia!

Bersihkan negara ini dari elemen Indon dengan segera dan tutup pintu peluang untuk bekerja di negara ini untuk mereka. Kita mempunyai banyak pilihan tenaga kerja hari ini.

Artikel sebelum ini : Sebab Untuk Menolak Tenaga Kerja Indon

Sebab Untuk Menolak Tenaga Kerja Indon

Rakyat Malaysia diseru agar menolak pembantu rumah Indonesia dan menolak penggunaan buruh Indonesia mulai saat ini. Ini kerana sentimen anti-Malaysia belum pernah reda sejak ia memanas beberapa tahun kebelakangan ini.

Mulai Mei ini, Indonesia membenarkan semula kemasukan pembantu rumah warganya ke negara ini setelah disekat lebih dari setahun. Media dan rakyat Indonesia membayangkan bahawa lemahnya rakyat Malaysia apabila mereka terpaksa merayu-rayu untuk mendapatkan semula tenaga kerja Indonesia. Apakah hasil jenis pembantu rumah yang bakal masuk nanti jika mereka telah disuntik fahaman bahawa rakyat negara ini terhegeh-hegeh mendapatkan perkhidmatan mereka?

Teman pernah cuba meninggalkan komen di berita Indonesia yang kononnya bersifat terbuka walhal tidak. Berita tersebut ialah berkenaan sekatan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia yang ditarik balik setelah syarat gaji minimum RM600 sebulan dipenuhi.

Teman memberi komen seperti ini :
Apa benar minim RM600 belum terpenuhi selama ini? Jika gaji sebelum ini RM400, kamar diberi gratis, makan diberi gratis, matematika mudahnya, ngekos di KL aja RM200 per kamar. Makan di KL aja minim RM300 per bulan. Selama ini PRT anda telah dibayar minim RM900!

(Benarkah selama ini gaji pembantu rumah anda cuma RM400, sedangkan bilik percuma dan makan percuma. Kira-kira mudahnya, menyewa bilik di KL ini minimum sebilik RM200. Belanja makan pula minimum RM300 sebulan, maka selama ini pembantu rumah warga anda telah dibayar RM900 sebulan!)

Komen tersebut tidak disiarkan oleh media hipokrit 'bebas' Indon yang dipuja-puji Anwar. Sikap inilah yang dicontohi Anwar dalam melaksanakan keterbukaannya ala Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada kekhuatiran akan sikap besar kepala pekerja Indon di negara ini yang diduga bakal terjadi termasuk dengan sentimen jelik masyarakat mereka ke atas negara ini yang sentiasa mahukan negara mereka menyerang negara ini bagi menunjukkan kekuatan negara mereka, tidak mustahil keselamatan negara Malaysia tercinta akan terancam.

Umum telah mengetahui, sebahagian besar rakyat Indon kini menganggap Presiden mereka sebagai pengecut dan tidak berani terhadap Malaysia. Kita pula masih menganggap Indon tidak akan bertindak luar batas hanya dengan melihat kepada pimpinan Presiden mereka sekarang. Ia benar-benar satu kepercayaan yang hakikatnya senipis kulit bawang! Bayangkan jika Susilo Bambang digulingkan dan persepsi Indon ke atas negara ini ditelanjangkan oleh sikap-sikap rakyat mereka yang biadap ke atas Malaysia, apa jaminan keselamatan untuk negara ini andai tali barut-tali barut penjunjung slogan Ganyang Malaysia telah sedia berada di negara ini, berkhidmat di rumah-rumah menteri dan pegawai-pegawai tentera tertinggi.

Ironik sekali apabila kita dipaksa untuk menyedari bahawa hakikatnya musuh negara ini sebenarnya adalah bangsa yang sewarna, sebahasa malah seagama dengan kita.

Kita belum mendengar seruan supaya tentera sesebuah negara didesak oleh rakyatnya supaya menyerang negara ini kecuali Indonesia. Tidak di Thailand, Filipina, malah Singapura yang kita dipaksa untuk gusar selama ini!

Perlu kita ingat bahawa Indonesia adalah sebuah negara apologetik yang terlalu mengikut suara rakyatnya. Atas sebab itulah sifat diplomasi Susilo Bambang ke atas Malaysia dalam isu yang panas sebelum ini dikecam hebat bukan sahaja oleh rakyatnya, malah pemimpin politik dan agensi ketenteraan.

Kita mungkin mempunyai perjanjian-perjanjian tertentu dan hubungan-hubungan tertentu atau sekurang-kurangnya mempunyai seorang Menteri Pertahanan berketurunan Jawa, tetapi bersediakah kita untuk menerima dampak seandainya tampuk pimpinan Indon dirampas oleh golongan berjiwa Sukarno yang tumbuh bak lalang yang dibaja di negara tersebut?

Golongan ini tumbuh mendadak setelah menilai bahawa Susilo Bambang adalah pemimpin yang menjadikan negara tersebut lemah, lembik, malah 'menjadikan Malaysia, jiran kecil yang kini berani ke atas Indonesia."

Fikirkan jika mereka bersedia menghantar perisik yang menyamar sebagai tenaga kerja import, dan tampuk pemerintahan negara tersebut diganti oleh sebuah revolusi dan rampasan kuasa, apa jaminan keselamatan untuk kita?

Kita tidak perlu berperang dengan mereka hari ini. Cukup dengan menolak apa juga elemen dari negara tersebut dari masuk termasuk muzik, sinetron dan tenaga kerja. Kebergantungan kita terhadap mereka selama ini melemahkan kita dan membolehkan bendera kita diinjak, kedutaan kita dilempar tahi.

Berbeza dengan zaman di mana ratusan penunjuk perasaan Malaysia yang dikepalai Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dengan berani memijak-mijak lambang Garuda di depan Kedutaan Indonesia Kuala Lumpur semasa Sukarno melancarkan konfrontasi.

Dari kelemahan itu sepatutnya mereka telah lama berjaya menakut-nakutkan kita. Mujurlah pemimpin mereka bersifat diplomasi. Fakta menakutkan ialah sebahagian besar rakyat mereka kini sedang membenci pemimpin diplomatik mereka itu kerana sifat diplomasi yang dimiliki olehnya. Lebih menakutkan lagi, Presiden mereka mungkin sahaja berganti sebelum tamat tempoh pada 2014.

Kita mempunyai sebab untuk berhati-hati, sehinggalah masa menentukan bahawa ianya tidak berasas sama sekali. Buat masa ini, tutup pintu kita, jaga sempadan kita, anggaplah mereka sebagai tiada. Indonesia? Apa itu Indonesia?

Introducing Free Sarawak Radio DJ

Peter John JAMBAN.


Ladies and gentleman! Introducing the 'family man' and God fearing soul that is fighting for Justice for the Dayaks in Sarawak.
















Our records show that at last count he had married SEVEN local women and has TWENTY THREE children, most of them school dropouts now.

The number of illegitimate children he had fathered is anybody's guess but friends and ex-colleagues from the Sarawak Land&Survey Dept and Cats Radio claim he could have more than TEN illegitimate children born out of wedlock.


Before his escape to London, this god-fearing man was operating an illegal pub and drug joint in Kuching which also doubled as a front for his ILLEGAL MONEY LENDING business.

Source :
thebenchmark

Ini Rupanya DJ Radio Free Sarawak. Free For Vices

Panas!!! Seks in radio free Sarawak....



Ini ke Peter John Jaban. DJ Radio Free Sarawak yang kerjanya menyebarkan berita-berita politik untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sarawak.

Khabarnya, dia sering memperlekehkan Ketua Menteri, Taib Mahmud. Dia juga komited dengan Sarawak Report yang sangat banyak mempersoalkan perkahwinan Taib Mahmud yang dikaitkan sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak buruk.

Siapa sebenarnya Peter John a.k.a 'papa orang utan'. Adakah dia papa ayam hutan atau papa ayam belanda yang sekarang ini berjuang bersama papa jahat di bawah...

Berita lanjut di RajahMas

Kesilapan Dalam Melapor Isu Nelayan Yang Ditangkap Indon?

Pemberitaan Detiknews sekali lagi mendatangkan kekeliruan ke atas pembacanya di Indonesia mahupun Malaysia. Ia mendedahkan tentang pembebasan nelayan yang di tangkap pada 8 Mac dengan menyebut drama penangkapan tersebut diwarnai adegan 4 helikopter APMM di acu senjata oleh penguatkuasa perikanan Indonesia. Mereka yang ditahan pada 8 Mac terdiri dari nelayan warganegara Malaysia berasal dari Johor.

Padahal, kejadian acu senjata itu melibatkan bot-bot nelayan Hutan Melintang dan di tahan di Medan. Kejadian tersebut berlaku Isnin lalu. Bot-bot ini menggunakan nelayan Thailand dan Myanmar. Penangkapan pada 8 Mac (8 Maret) berlaku pada hari yang sama APMM menangkap lanun warga negara mereka ketika sedang merompak sebuah kapal Rusia di perairan Pengerang, dan di bawa ke Riau.

Mungkin rasuah yang diminta oleh petugas perikanan Indon tidak dilayan oleh pihak keluarga mahupun pihak berkuasa Malaysia menyebabkan nelayan-nelayan Johor ini ditahan di Riau lebih dari sebulan!

Semalam, Menteri Luar menyebut, nelayan-nelayan ini akan segera dilepaskan. Namun Detiknews dan Utusan menyebut nelayan tersebut adalah mereka yang ditahan di Medan. Kedua-duanya jelas peristiwa yang berbeza. Atau apakah Menteri Luar kedua-dua negara dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan? Atau Anifah Aman kurang peka sebenarnya?

Atau apakah pihak Indon ingin membantu pihak berkuasa perikanan negara mereka mencuri enjin bot dan peralatan moden yang ada pada kapal yang di tahan baru-baru ini, dan menutup cerita? Kita wajar melihat dengan halus tentang perkara ini. Ini kerana Utusan Malaysia sendiri melaporkan perkara yang sama!

Walhal malam tadi, berita di TV3 dengan jelas menyebut bahawa "Nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia LEBIH SEBULAN akan dibebaskan". Soalnya kini terdapat dua kes. Mengapa hanya satu yang diperhalusi?

Selasa, 12/04/2011 09:02 WIB
Nelayan Malaysia yang Ditahan Indonesia Segera Dilepas
Nurul Hidayati - detikNews

Bangkok - Sekelompok nelayan Malaysia yang ditahan oleh otoritas Indonesia sejak 8 Maret akan segera dilepaskan. Penangkapan mereka sempat diwarnai ketegangan karena aparat Indonesia mengarahkan senjatanya kepada 4 heli Malaysia yang berusaha mengejar. Menlu Malaysia Datuk Seri Anifah Aman menyatakan, dia mendapat informasi dari Konjen Malaysia di Medan bahwa para nelayan dan kapal mereka akan segera dilepaskan. "Mungkin dalam satu atau dua hari," katanya pada Bernama edisi 11 April setelah menghadiri Pertemuan Informal Menlu ASEAN di Bangkok. Dia berterimakasih kepada koleganya, Menlu Marty Natalegawa, atas perkembangan terakhir tersebut. Mereka mendiskusikan masalah itu di Jakarta malam sebelumnya setelah menghadiri pertemuan khusus ASEAN-Jepang pada hari Sabtu. Indonesia menangkap para nelayan itu karena beroperasi di wilayah Indonesia di Selat Malaka, namun Malaysia bertahan bahwa mereka berlayar di perairan Malaysia sendiri. Sebanyak 10 nelayan dan dua kapal itu diamankan di Lantamal Belawan, Medan, Sumut.

Nelayan Malaysia dibebaskan tidak lama lagi

(Utusan) KUALA LUMPUR 11 April - Tujuh nelayan tempatan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sejak Isnin lalu kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu akan dibebaskan tidak lama lagi. Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatnya dari republik itu, Dr. Marty Natelegawa baru-baru ini. "Kementerian telah dimaklumkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan bahawa nelayan dan bot mereka mungkin dibebaskan dalam sehari dua lagi," kata beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini. Beliau mengulas isu penahanan tujuh nelayan yang didakwa menceroboh perairan Indonesia di Riau tetapi pihak berkuasa Malaysia melaporkan bahawa bot penguat kuasa Indonesia telah menceroboh ke dalam perairan Malaysia semasa insiden itu. Menurut Kohilan, Anifah dan Marty membincangkan perkara berkenaan dalam pertemuan di Jakarta selepas Menteri Luar itu menghadiri Mesyuarat Khas Asean-Jepun. Katanya, pertemuan diplomatik tersebut berjaya membuahkan keputusan yang positif dalam hubungan kedua-dua buah negara terutama dalam isu sempadan yang mencetuskan banyak konflik. Tambahnya, pihak kementerian akan terus memantau perkara itu bagi memastikan proses pembebasan nelayan terlibat berjalan lancar.