Thursday, April 18, 2013

Ronnie Liu Digugurkan Dari Senarai Calon DAP Di Selangor

PETALING JAYA: DAP hari ini mengumumkan senarai calon untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman parti itu bagi calon Selangor mencetuskan kejutan apabila Ronnie Liu digugurkan sebagai calon DAP di negeri terbabit. 

Liu adalah Exco Kerajaan Tempatan dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran.


Selain itu, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara dan hanya bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh.


Kok adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor. 

Senarai calon DAP:

Selangor 
Kerusi Parlimen

1. Ong Kian Ming (Serdang) 

2. Gobind Singh Deo (Puchong)

3. Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

4. Charles Anthony A/L R. Santiago (Klang)

Kerusi DUN

1. Ng Suee Lim (Sekinchan)

2. Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu)

3. Tiew Way Keng (Teratai)

4. Ng Sze Han (Kinrara)

5. Lau Weng San (Kampung Tunku)

6. Yeo Bee Yin (Damansara Utama)

7. Ng Tien Chee (Balakong)

8. Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan)

9. Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya)

10. Rajiv A/L Rishyakaran (Bukit Gasing)

11. Teng Chang Khim (Sungai Pinang)

12. Tan Pok Shyong (Pandamaran) 

13. Ganabatirau A/L Veraman (Kota Alam Shah)

14. Loh Chee Heng (Teluk Datuk)

15. Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek)

Juanda tidak tanding tiket PKR di Perlis


KANGAR 18 April - Teka teki mengenai Dr. Juanda Jaya yang dikatakan bakal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding kerusi Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), akhirnya terjawab apabila parti tersebut tidak mencalonkan Mufti Perlis itu di kawasan berkenaan.

Keputusan itu bertujuan memberi ruang kepada rakan PKR dalam pakatan pembangkang, Pas yang awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa kawasan itu akan ditandingi calonnya, Baharuddin Ahmad.

Pengumuman calon PKR Perlis dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Mohammad Fisol Abdul Rahman di sini hari ini.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan bahawa Juanda akan menyertai PKR untuk bertanding pada PRU-13 di Perlis dan antara kawasan yang sebut-sebut menjadi tumpuannya ialah Parlimen Kangar. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130418/px_64/PRU-13-Juanda-tidak-tanding-tiket-PKR-di-Perlis#ixzz2QnesVY00
© Utusan Melayu (M) Bhd