Thursday, September 19, 2013

China Press Berkeras Anggap Chin Peng 'Wira'

Sudah dikatakan sejak dulu, akhbar Cina adalah antara pencetus masalah utama di negara ini. Tidak hairanlah kewujudannya diharamkan di beberapa negara Asia Tenggara yang mempunyai populasi PENDATANG CHINA. Akhbar China Press , mahu menonjolkan diri sebagai akhbar komunisme tersisa di masa ini dengan menyalahkan kerajaan Malaysia berhubung isu abu bangkai Chin Peng.


MALAYSIA HUTANG MAAF KEPADA CHIN PENG?

AKHBAR China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.

Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.

"Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng," katanya.

Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.

"Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang," katanya.

Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.

"Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130919/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2fJmsRYVM 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AFF Cup U19 : Reaksi Di Indonesia Berhubung Kegagalan Kalahkan Malaysia

Indonesia yang berjaya ke pertandingan separuh akhir dengan mengikat Malaysia pada kedudukan seri 1 - 1 Piala AFF bawah 19 tahun seperti masih belum berpuas hati kerana gagal 'mengerjakan' Malaysia. Malang sekali kita telah mendahului dengan 0 - 1.

Imbang 1-1 dengan Malaysia, Indonesia Lolos ke Semifinal

Mohammad Resha Pratama - detikSport
Rabu, 18/09/2013 21:56 WIB

Foto : Detiknews

Sidoarjo - Timnas Indonesia berhasil melangkah ke semifinal Piala AFF U-19. Hasil imbang 1-1 melawan Malaysia di laga pamungkas sudah cukup meloloskan 'Garuda Muda' sebagai runner-up Grup B.

Halaman: 12345678910»
Urutkan berdasarkan 

  • opung_lawyer_napitulu_tahun @opung_lawyer_napitulu_tahunabout an hour ago
    dikandang plus sporter CUMA IMBANG...Kapan ya indonesia bisa ngalahin malaysia????
  • opung_lawyer_napitulu_tahun @opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
    KAPAN MENANG???SERI aja bangga...LIHAT BESOK DI KORAN MALAY PASTI DIHALAMAN depan berjudul...HARIMAU MALAY masih belom kalah...MASIH SERI....sedih coy....
  • opung_lawyer_napitulu_tahun @opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
    gak puas..CUMA SERI...seharusnya MENANG donk....
  • opung_lawyer_napitulu_tahun @opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
    kalo gak imbang ya kalah...kapan menang lawan malaysia???....coba buka FB timnas malaysia, mereka katakan...malaysia takkan pernah kalah dari indon...kalo gak imbang pasti indon kalah....sedih bacanya......takdir
  • opung_lawyer_napitulu_tahun @opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
    gak butuh juara AFF..tapi kapan menang lawan malaysia???? cuma imbang gak enak
  • opung_lawyer_napitulu_tahun @opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
    kalo gak imbang ya kalah...kapan menang lawan malaysia???....coba buka FB timnas malaysia, mereka katakan...malaysia takkan pernah kalah dari indon...kalo gak imbang pasti indon kalah....sedih bacanya..
  • Mas_sakit_pelan2_ochhabout 2 hours ago
    sipppppp
  • Rudy Van Frosfect @rudy.frosfectabout 2 hours ago
    Sepak bola bukan merupakan salah satu cabang ilmu matematika PASTI,akan tetapi PASTI JUARA harus benar-benar jadi target untuk merengkuh impian kita impian bangsa Indonesia.jangan jadikan beban target JUARA ketika saat bertanding melawan musuh-musuh kalian...nikmati alur permainannya,fokus dan rileks saat pertandingan adalah kunci sukses PASTI JUARA. INDONESIA BISA,INDONESIA JUARA Bravo Garuda Muda!!!
  • Zayyad Abi Azel @zayyad999about 2 hours ago
    tim Maling5hit aliasKucing Malaya, mengeong-ngeong hnya mampu di pringkat 3.
  • Batrings United @batringsabout 3 hours ago
    R.I.P MAFIA PSSI

PENGAJARAN SEPANJANG 50 TAHUN USIA MALAYSIA



JIKA diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan. Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.

Demikianlah juga dengan Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai lebih 50 tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa. Telah sedemikian banyak liku yang dilalui. Sudah banyak pula onak dan duri yang ditempuh. Dengan kata-kata lain, kita telah mengenal dunia dan mengetahui permainannya. Ibarat kata pepatah, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ranjau dan jurang hidup.

Resam kehidupan, ujian yang datang tidak mungkin ada noktahnya. Seperti diungkap al-Imam al-Syafi’‘ r.h.,: Ujian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti. Maka tidak hairanlah jika kita melihat semakin berusia negara ini semakin banyak dan hebat ujian yang melanda.

Antaranya termasuklah bentuk-bentuk ajaran dan pemikiran tertentu daripada Timur dan Barat yang tibanya bersilih ganti. Sekadar menyebut sebahagiannya cuma; sekularisme, pluralisme, liberalisme, dan yang sedang diberikan perhatian kini, iaitu ajaran atau doktrin Syiah. Pemikiran atau doktrin yang tersasar jauh daripada landasan sebenar dan menyesatkan itu hakikatnya tidak mudah disekat hanya dengan menutup punca kemasukannya atau juga dengan menamatkan hubungan siasah yang telah sedia terjalin.

Hal ini mengambil kira hakikat dunia kini telah tiada sempadan atau batasannya. Manusia bebas berkomunikasi, menyampaikan pandangan dan menyebarkan pemikiran serta doktrin yang dianuti melalui pelbagai wadah seperti portal berita, blog, e-mel, web, dan media sosial.

Dengan yang demikian, matlamat memelihara masyarakat daripada musibah yang dibawa pemikiran-pemikiran seumpama itu harus terlaksana melalui tindakan yang tepat, berhikmah, dan berkesan. Dengan kata-kata lain, segala aspek dikaji dan diteliti terlebih dahulu sebelum langkah menangani atau membendung penularan sesuatu pemikiran diambil. Dalam hubungan ini, pemerkasaan akidah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pemurnian kefahaman, pemantapan akhlak di samping pembudayaan sepenuhnya prinsip menyeru kepada kebaikan serta menghalang kemungkaran dilihat sebagai lebih utama dan berkesan.

Tindakan ini tidak lain selain bertujuan membina perisai atau benteng diri yang teguh dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman yang melanda pada masa kini. Jika dikiaskan pada tubuh, daya ketahanan tinggi yang dimiliki seseorang akan melindungi dirinya daripada dilanda sesuatu penyakit dengan mudah. Begitulah pula sebaliknya.

BACAAN LANJUT : PAHANGKU