Isnin, Jun 08, 2009

Guan Eng Resah Dengan Perpaduan Islam

Lim Guan Eng mula keluh kesah dan kerengsaan dengan kekalahan Husam Musa di tangan Nasharuddin. Kini dia mula berkira-kira tentang usaha perpaduan Melayu yang amat-amat ditakuti olehnya. Baginya, apabila Melayu bersatu, musnahlah impiannya untuk memastikan bangsa majoriti ini kekal berpecah belah.

Lim Guan Eng sedar bahawa mimpinya yang berlainan di atas bantal yang sama dengan pemimpin PAS dan PKR tidak akan menjadi kenyataan tanpa terlebih dahulu memastikan umat Islam di negara ini berpuak-puak.

Hanya dengan berpecahnya umat Islam, mereka dapat meraih sokongan sebilangan dari mereka untuk menegakkan doktrin sosialis mereka yang merupakan sekularisma tulen. Hakikat ini menunjukkan, DAP hampir berjaya meraih sokongan 'golongan yang terlalu taksub dalam mempolitikkan Islam' hingga golongan ini tidak menyedari bahawa perjuangan mereka berada di atas jalan sekularisma tulen.

Sebab itulah Lim Guan Eng mula menggeli-gelikan liang bulu roma penyokong taksub PAS dengan meletakkan dirinya sebagai jelmaan pemimpin Islam terdahulu dengan pembayang-pembayang yang ternyata hanya memukau mereka yang leka berhalusinasi.

Disusuli dengan agen-agen mereka di Perak yang merupakan Cina totok, tidak pernah mengenal kalamullah dalam bahasa syurga, meluahkan rapik caca marba mereka membaca surah yang tidak diketahui maksud bunti dan hukum bacaa n yang tiada dari "Surah Aura".

Segalanya merupakan langkah-langkah DAP dalam memastikan umpan yang dipasang kepada ikan-ikan Melayu yang lapar berpolitik, akan sentiasa disambar. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ianya ibarat nasi kangkang yang sedikit sebanyak berjaya menjadikan penyokong-penyokong PAS kampungan berada dalam keadaan hipnotis.

Sebenarnya, Cina, dalam berpolitik, mereka tidak lupakan nasib bangsa dan tuduh menuduh berhubung isu rasuah tidak menjadi bahan membuka aib. ( Mungkin kerana memang rasuah-merasuah tu berasal dari mereka ).

Tetapi, kaum Melayu, yang menganut agama paling syumul di muka bumi ini, menjatuhkan martabat agama itu sendiri apabila memberi gambaran kepada bukan Islam di negara ini bahawa hanya penganut Islam yang kuat bermusuhan padahal orang Melayu lah yang tebal sifat dengkinya. Tiada kena mengena dengan pegangan agama. Ini masalah attitud.

Sabtu, Jun 06, 2009

Hadi Awang Perkenal Vaksin Selsema Dengki

Tahniah kepada Haji Hadi Awang kerana tetap teguh dengan pendirian beraninya untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang dicita-citakan oleh semua manusia beragama Islam yang terpelihara dari sikap busuk hati dan sifat batu api permusuhan.

Yang kekal menjadi perkara yang menghairankan ialah, betapa sunyinya maklumbalas menentang yang datang dari bukan Melayu di dalam Pakatan Rakyat berhubung idea ini walaupun pada mulanya, Maharaja China cawangan Pulau Pinang, Lim Guan Eng ada menunjukkan rasa tidak puas hati berhubung cadangan Hadi Awang.

Tetapi, yang galak memukul rebana permusuhan sudah tentulah dikalangan ahli PAS sendiri. Ini kerana apabila cadangan Kerajaan perpaduan diilhamkan, mereka yang kebanyakannya telah disuntik racun yang menyemarakkan rasa benci dan gemar bermusuh-musuhan terpaksa berada dalam mod 'sawan' apabila terdengar perkataan 'Kerajaan Perpaduan'.

Amat besar harapan bagi umat Islam negara ini amnya, umat Melayu khususnya untuk melihat perbezaan politik menjadi isu kulit sahaja dan penyatuan sebenar umat Islam di negara ini menjadi isinya.

Walaupun politik itu sekadar kulit, namun kulitlah yang melindungi isi daripada tercemar oleh perjalanan dunia politik universal.

Diharapkan agar pucuk pimpinan PAS yang diberi mandat baru ini dapat menyuntik vaksin pencegah penyakit Selsema Dengki yang telah lama berakar umbi dalam ahli-ahli PAS yang penyembuhannya membawa manfaat besar kepada umat Melayu Islam sendiri.

Khamis, Jun 04, 2009

Kembali Berblog : Garapan Beberapa Isu

Bertemu kembali selepas 2 minggu mengikuti kursus ICT. Nampaknya dalam tempoh ini, berbagai isu menarik perhatian umum telah berlaku.

Penanti
46% pengundi yang keluar membuat pilihan mereka menampakkan dua perkara yang mungkin. Pertama, peratusan rendah ini mungkin disebabkan penyokong PKR yang tidak keluar mengundi kerana yakin parti mereka menang dan keduanya, 54% pengundi lagi mungkin bersetuju untuk 'memboikot' PRK tersebut dan bersetuju dengan tanggapan PM bahawa PRK Penanti hanyalah krisis dalaman parti mainan PKR semata-mata. Ini menunjukkan tiada apa yang boleh ditafsirkan melalui PRK ini dan kehadiran BN tetap menjadi kunci kepada persoalan ini.

Komunisme
Amat malang apabila kekecohan tentang isu Chin Peng yang membawa kepada penceritaan keganasan komunis berlaku ketika PM mengadakan lawatan ke China sempena 35 tahun hubungan diplomatik negara ini dengan China. Tetapi, signifikan atas perkara ini ialah, genap 35 tahun jugalah, China, sebagai negara komunis terbesar di dunia, tidak mengiktiraf lagi Parti Komunis Malaya dan sejak itu, PKM digempur habis-habisan hingga menyerah kalah pada 2 Disember 1989. Tetapi pembunuhan berpuluh-puluh ribu orang Melayu wajar dianggap sebagai cubaan pembersihan etnik yang mana, Chin Peng wajar diusahakan untuk dihukum mati.

Cauvinis Cina
Dalam posting sebelum ini berkaitan LTTE, terdapat tukang komen yang ingin menunjukkan bahawa dia dan bangsanya adalah lebih hebat dan pandai dari kaum Melayu. Malangnya, pada peringkat pengenalan sendiri, dia telah menunjukkan kebodohan dirinya (atau bangsanya?) apabila mengemukakan komen yang tidak berkaitan dengan apa yang disiarkan, malah memungut penulisan yang menuntut orang Melayu bangun dan bertempur lalu ditempek ke blog ini. Amat malang bagi sesetengah orang yang menyangka mereka adalah bijak, tetapi ianya hanya pada pandangan mereka sendiri sahaja. Hakikatnya, pada pandangan ramai lagi yang membaca, mereka adalah sebodoh-bodoh manusia.