Setelah menyentuh tentang penumbangan kerajaan secara tidak sah yang tidak wajar yang dilihat membela penyokong Morsi, kali ini teman nak sentuh tentang sikap penyokong Morsi yang wajar tidak dicontohi rakyat Malaysia.
Melakukan provokasi dengan demonstrasi.
Walaupun sistem pengundian memihak kepada mereka, mereka seharusnya sedar bahawa terdapat 75% lagi warga Mesir yang tidak menyokong mereka.
Malah, majoriti senyap masih menyokong Hosni Mubarak.
Pada pilihanraya pusingan pertama, peratusan keluar mengundi adalah 46% menyaksikan kumpulan sekular mendapat 56% undi dari seluruh pemilih. Morsi mendapat 25% undi sahaja.
Pusingan kedua menyaksikan kumpulan sekular terbesar yakni pimpinan Anwar Shafik memperoleh 48.2% undi manakala Morsi memperoleh 51.8% dari keseluruhan peratusan keluar mengundi sebanyak 52%. Pusingan kedua menunjukkan pemilihan Morsi hanya mewakili 25% dari pengundi di Mesir.
Terdapat 75% lagi yang merupakan majoriti senyap dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menangani mereka.
Krisis inilah mencetus kacau bilau kerana terlalu didorong sikap datang dari luar bandar, berkampung dalam kota yang mereka tidak menang di dalamnya untuk berdemonstrasi.
Apabila provokasi demi provokasi dibuat, maka pertempuran pun berlaku.
Bagaimanakah sebuah pihak minoriti bersikap keras untuk kekal memerintah?
Kita akui dasar-dasar Morsi itu baik dan bagus tetapi keengganan partinya bekerjasama dengan lebih ramai pihak agar suara undi terkumpulnya tinggi menjadi ruang yang terbuka untuk kudeta oleh tentera berlaku.
Sementelahan, pengepaman wang dari dana menghancur negara Islam digunakan dengan nama Allah ke jalan kehancuran. Untuk apakah ini semua?
Kita akui tindakan tentera Mesir amat kejam dan menentang perlakuan tersebut. Tetapi nyatakah kepada kita bahawa kumpulan minoriti TIDAK BOLEH MEMERINTAH? Itulah prinsip demokrasi! Tetapi manipulasi politik memperbodohkan orang!
Jika penyokong Morsi tidak bodoh, mereka seharusnya balik dan merancang strategi yang lebih ilmiah. BUKAN MELALUI CARA BERDEMONSTRASI DENGAN TAJAAN DANA KAFIRIN agar negara mereka menjadi luluh lantak.
Morsi hanya dipilih oleh 25% rakyat Mesir. Ini bermakna ia hanya mempunyai mandat dari 13 juta penduduk Mesir yang layak mengundi. Terdapat 37 juta pengundi lagi tidak menyokong Morsi.
Lalu demonstrasi diadakan dengan keras, dengan meninggalkan kampung-kampung dan berkhemah di ibukota yang mendatangkan benci kepada majoriti senyap.
Untuk rekod, Morsi kalah di Kota Kaherah.
Ini kepadatan penduduk di Mesir
Ini pula peta kawasan yang dimenangi Morsi (hijau) dan Shafik (merah) dalam pilihanraya Presiden pusingan kedua yang menyaksikan hanya 52% keluar mengundi. Morsi menang dengan undi popular 51.8%.
Inilah yang dipraktikkan oleh penjahanam Barat ke atas Malaysia dengan menghalau lembu-lembu politik ke ibukota dan berkhemah. Bibit-bibit ini di semai melalui dana-dana yang disalurkan.
Untung Malaysia masih makmur ekonominya buat masa ini. Maka rakyat masih ada kerja untuk diperbuat. Lembu-lembu politik akan berdemonstrasi untuk beberapa jam sahaja bimbang keluarga tidak makan.
Tetapi pavement untuk huru-hara ini telah disiapkan. Berbeza dengan Kaherah,di KL, kawasan bandar dimenangi puak yang pro melahap dana Barat supaya kacau bilau dimulakan untuk dijadikan punca runtuhnya negara.
Terdapat khabar angin bahawa ekonomi Malaysia kini sedang di serang supaya lesu. Apabila pengangguran meningkat akibat kemelesetan ekonomi, lebih ramai lembu-lembu dapat dikerah untuk mengkucar-kacirkan Kuala Lumpur. Kini tukaran wang asing merudum. Perbuatan siapa?
Kita sebenarnya harus berjaga-jaga di semua sudut kali ini. Jika masih belum sedar untuk bersatu, kita akan menghadapi kesusahan pertama selepas 56 tahun merdeka.