Thursday, March 21, 2013

Indonesia Lindung Pengganas Sulu ?

Baca laporan ini betul-betul. Sama ada tersalah lapor, atau sememangnya laporannya sebegini. Jika laporannya benar-benar sebegini, bermakna kenyataan tersebut ditujukan kepada siapa? Kawalan sempadan diperketatkan untuk menghalang siapa?

Sudah tentu jika Malaysia mendapati ada pengganas yang menyusup ke wilayah Indonesia, maka pihak Indonesia yang akan diminta mengesannya. Jadi maksud berita tersebut sebenarnya apa? Indonesia melindungi pengganas Sulu dari ditangkap oleh Malaysia???


Rabu, 20/03/2013 13:18 WIB

Cegah Rembesan Konflik Sabah, Perbatasan di Kalimantan Diperkuat



Jakarta - Konflik bersenjata antara militer Malaysia dengan pasukan kerajaan Sulu di Sabah, Kalimantan. Untuk mencegah dampaknya terhadap keamanan RI, perbatasan Indonesia-Malaysia di Kalimantan semakin diperketat penjagaannya. 

"Jarak perbatasan kita dari titik konflik Sabah sejauh 150 km, dan kita sudah lakukan koordinasi dengan Mabes TNI. Kita sudah perkuat pos perbatasan," ujar Menhan Purnomo Yusgiantoro saat jumpa pers di acara JIDD di Jakarta Convention Centre, Senayan, Rabu (20/3/2013).

Pengamanan dilakukan untuk mencegah adanya pihak Malaysia ataupun Kerajaan Malaysia yang masuk ke Indonesia secara ilegal. Purnomo mengaku, Indonesia juga menaruh perhatian pada konflik tersebut.

"Kita sudah perkuat perbatasan supaya jangan sampai ada satu kebocoran, supaya tidak terjadi rembesan-rembesann," ungkapnya.

Purnomo mengatakan, Menlu Indonesia Marty Natalagewa akan bertemu dengan Menlu Filipina untuk membicarakan masalah tersebut. "Termasuk saya yang akan bertemu dengan kawan saya Menhan Malaysia," paparnya.

Baca sendiri di SINI  


Majlis Peguam Sedia Khidmat Guaman Kepada Pengkhianat

Bagi memenuhi tuntutan undang-undang negara ini dan undang-undang antarabangsa, Majlis Peguam berbesar hati menawarkan bantuan guaman kepada mereka-mereka yang ditahan di bawah Ops Daulat kerana didapati terlibat membantu Sultan Sulu palsu dalam pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan negara ini.




KUALA LUMPUR — Majlis Peguam Malaysia akan menemui Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Persatuan Undang-undang Sabah berhubung kerjasama untuk memberi bantuan guaman kepada semua tahanan di bawah Ops Daulat.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata hari ini, majlis itu menyambut baik tawaran Peguam Negara kepada Badan Peguam Malaysia dan persatuan itu untuk memberi bantuan guaman kepada tahanan berkenaan.
Jumaat lepas, Abdul Gani berkata, Majlis Peguam dan Persatuan Undang-undang Sabah akan bekerjasama ke arah usaha ini.
Leong berkata langkah itu selaras dengan obligasi Malaysia untuk mematuhi keperluan undang-undangnya dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan standard hak asasi manusia.
Lebih 100 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berikutan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini. - Mynewshub

PapaGomo Ditawar Wang Ringgit ?



Ada pihak menawarkan sogokan? Apakah yang dimaksudkan oleh PapaGomo ini? 

Nampaknya politik wang begitu subur di pihak sebelah sana. 

Di sebalik saman RM100 juta yang dikemukakan terhadap PapaGomo oleh Anwar Ibrahim, nampaknya ada imbuhan yang hanya PapaGomo sahaja yang mengetahui amaunnya berapa. 

Berhadapan dengan tawaran yang entah berapa angka, tentu sekali ia menguji seseorang. Maka kita tunggu dan lihat sahajalah. 

Keberanian PapaGomo seharusnya tidak mungkin dipadamkan begitu sahaja dengan tindakan korupsi oleh pihak yang kononnya 'bersih'.

Masa terus berlalu. Tempoh 48 jam yang diberi semakin suntuk. 

Emmm emmm emmmm bukak harga nampaknya.... Emmmmm kuatkan iman... Kepala Agong jadi tawaran.... Fuh...