Sabtu, Januari 22, 2011
Kemusnahan Islam Di Malaysia Akan Berlaku Dengan Menyokong PAS
Pengerusi DAP Sarawak Remehkan Pengundi Sarawak
KUCHING, Saturday 22 January 2011 (Bernama) -- The possibility of a concurrent state and parliamentary election will give the Sarawak Barisan Nasional (BN) an edge over the opposition during the campaign period.Sarawak DAP chairman Wong Ho Leng said the concurrent election would affect opposition parties in Sarawak as the move would limit resources available for the opposing political parties."It's a ploy to ensure Pakatan Rakyat resources from Peninsula Malaysia will not come to Sarawak," he told Bernama here today.Wong, who is also Bukit Assek assemblyman and Sibu member of parliament (MP) claimed that if the prime minister and chief minister decided to proceed with such an idea, it would lead to confusion among Sarawak voters.The last time Sarawak held concurrent election was in 1974, and went ahead holding its own state election in 1979, and the general election was held a year earlier.Sarawak Parti Keadilan Rakyat (PKR) information chief See Chee How said PR would be ready to face any eventuality while state PKR women chief Nurhanim Mokshen, while echoing similar sentiments, said it would have minimal impact on opposition parties.Chief Minister and Sarawak BN chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud was quoted as saying he would discuss with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on the possibility of concurrent polling.In an immediate reaction yesterday, Najib said the possibility of a state and parliamentary election was not being ruled out. - MySinChew
Penamaan Calon DUN Tenang : Lim Kit Siang Pun Datang Maa..
Antara Perarakan Para Pengundi Dan Perarakan Orang Luar Di Tenang

Rujuk posting Ular Menyusur Akar yang berjaya merungkai mana datangnya penyokong PAS di Tenang tadi.
PAS Dalam Kesesatan Yang Nyata

Gayus Tambunan Dipenjara 7 Tahun. Anwar Bila Lagi?

AnonymousIjab Kabul Nurul Tercemar ?????Sat May 10 14:13:00 2003161.142.102.130Benarkah majlis itu tercemar seperti yang didakwa oleh sdr Jamil????Sebenarnya Jamil yang tidak mendapat perhatian dari reformis sendiri yang mencemar majlis tersebut dengan gelagat sumbangnya sendiri !!!!!Perlu diingat, bahawa semalam adalah majlis ijab kabul yang diraikan oleh keluarga kedua-dua mempelai. Ia bukannya majlis terbuka untuk reformis dan orang ramai. Malam ini adalah majlis untuk tetamu kehormat Datin Seri Wan Azizah. Dan Esok, hari ahad adalah majlis terbuka kepada orang ramai.Pihak penjara dan mereka yang berkenanaan telah bermurah hati membenarkan Dato Seri Anwar untuk 'bercuti' dari hukuman penjara untuk mengawinkan putri sulungnya. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkenanan kerana memberikan kebenaran tersebut, kerana kami menyedari 'cuti' tersebut bukanlah hak 'banduan' tetapi 'keistimewaan' yang diberikan kepada Dato Seri Anwar. Keistimewaan tersebut diberikan dengan beberapa syarat dan salah satu syarat supaya suasana majlis tersebut hendaklah dibuat sebagai majlis akad nikah bukan "majlis reformasi". Pihak yang berkenanan telah pun membuat 'permohonan' supaya majlis petang tersebut hanya dihadiri oleh pihak keluarga dari kedua-dua pasangan pengantin. Kehadirian sekitar 100/150 orang yang 'tidak berkenaan' di luar rumah DSAI menunjukkan penyokong DSAI telah memberikan kerjasama. Mereka yang hadir 'dianggap' tidak memberikan kerjasama termasuk Sdr Jamil. Kami tidak menghalang kehadiran mereka tetapi tidak dapat membenarkan mereka memasuki 'perkarangan' rumah DSAI sebagai langkah keselamatan yang dikehendaki oleh pihak polis/penjara. Kami telah diingatkan, bahawa DSAI akn terus dibawa balik ke penjara sekiranya didapati terlalu ramai penyokong DSAI atau keadaan penyokong tidak terkawal. Alhamdulillah, penyokong yang hadir telah memberikan kerjasama yang baik, tidak timbul keadaan yang tidak terkawal. Mereka berkesempatan untuk menonton majlis yang berlaku di dalam rumah melalui litar tertutup melalui beberapa peti TV yang ditempatkan di luar kawasan rumah.
Bilalah Nizar Ni Nak Mam........pu Berfikir Dengan Waras?


Kerajaan Negeri Kedah Tipu Orang India

Rakyat kesal Kedah tidak tunai janji isytihar Thaipusam cuti umumSUNGAI PETANI 21 Jan. - Masyarakat India di negeri ini melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan pakatan pembangkang pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak yang gagal menunaikan janji politik mereka untuk menjadikan Thaipusam sebagai hari cuti umum di Kedah.Rata-rata mereka mendakwa sudah 'tawar hati' dengan Azizan dan barisan kepimpinannya yang tidak melaksanakan janji yang telah ditaburkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.Pengerusi Kuil Sri Subramaniya Swami Devastanam, S. Duraisingam berkata, rata-rata masyarakat India di negeri ini, tidak yakin lagi dengan perjuangan pakatan pembangkang yang sebelum ini hanya pandai berjanji namun gagal menunaikannya.Lebih dikesalkan, katanya, kerajaan negeri gagal mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum di negeri ini meskipun sudah mendapat sokongan daripada masyarakat India pada PRU lalu.
Anwar Ajak PM Debat Ibarat Babi Teringin Jadi Rendang

Sebab Najib tidak layan Anwar berdebat
Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my"SIBUK sungguh Perdana Menteri. Urusan domestiknya ketat, itu belum lagi soal di luar negara."
Memasuki bulan tahun baru Januari sahaja sudah bermula urusan membabitkan soal 'hidup mati' kemakmuran ekonomi negara. Bercampur-aduk pasal transformasi kerajaan, perayaan kaum, isu perpaduan dan keharmonian sehinggalah aspek pelaburan.
"Ya, perkataan 'rehat' tiada dalam kamusnya saat ini," ujar seorang pegawainya kepada Utusan Malaysia ini kelmarin.
Mengakhiri bulan ini sahaja iaitu pada 28 dan 29 Januari, Najib akan ke Sabah termasuk meninjau Lembangan Maliau atau Maliau Basin dekat pertengahan jalan Tawau-Keningau.
Setelah membuat 'pusingan' di lembangan yang kaya dengan ekosistem flora dan fauna 'yang mana sehelai daun pun tidak boleh dicabut atau dibawa keluar' dari situ, Perdana Menteri pada petang 29 Januari kemudian akan bergegas ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Di sana nanti beliau melancarkan Laporan Invest Malaysia serta memeterai beberapa memorandum persefahaman serta menemui ahli-ahli perniagaan negara tersebut.
Sebab itu, benar kata Perdana Menteri, beliau bukannya tidak mahu melayan isu-isu remeh seperti berdebat pasal 'Pelan 100 hari' pakatan pembangkang -- soalnya, apakah hasilnya, apakah manfaatnya? Sedangkan masalah negara di depan mata banyak lagi yang perlu diselesaikan.
Khususnya bagaimana hendak menguar-uarkan lagi kemakmuran dan potensi negara dengan faktanya sekali dalam usaha memikat pelabur luar sekali gus merancakkan lagi Pelaburan Langsung Asing (FDI).
Semalam, Anwar Ibrahim sekali lagi tidak puas hati dengan Perdana Menteri dan tetap mahukan debat terbuka pasal 'Pelan 100 hari' tersebut. Namun diyakini Najib tetap berpegang pada asas rasional akan hasil yang dilihatnya tidak membawa sebarang makna itu.
Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beliau percaya Perdana Menteri tidak akan terikut-ikut dengan rentak Penasihat PKR itu. Meskipun suatu ketika pihak daripada kementerian itu pernah melayan permintaan Anwar, Rais yakin debat yang dirancang bertujuan bukan untuk negara. Sebaliknya bagi menghindarkan fokus awam terhadap proses keranapan PKR yang sedang berlaku.
PKR sedang mengalami kerosakan dalaman yang amat tenat lantaran krisis kepercayaan yang kian meruncing dan membinasakan Anwar. Malah dia mahu kes peribadinya yang dalam proses penghakiman diletakkan di luar pemerhatian umum.
"Lakonan pentas Anwar akan berterusan kerana beliau seorang yang gemar dan berkebolehan menghafal skrip baru lakonannya. Manifesto 100 harinya sama sahaja dengan janji 16 September yang dicanangnya dua tahun lalu.
"Kini dia mengula-gulakan 10 umpan pembaharuan yang bukan sahaja 'menggulungtikarkan' negara tetapi juga akan meletakkan Malaysia di ambang keaiban ekonomi yang nanti melibatkan tindakan badan seperti IMF (Dana Kewangan Antarabangsa)," kata Rais.
Apa pun alasannya, rasional Perdana Menteri tidak melayan perkara-perkara remeh bertepatan dengan kesibukan beliau yang sedang menggerak dan merencanakan misi transformasi negara.
Parlimen adalah tempat terbaik untuk berhujah ekonomi atau politik. Sesiapa Ahli Parlimen pun harus bersabar menunggu Mac ini apabila sidang Parlimen dimulakan semula. Di situlah sidang debat yang terbaik, bukan di arena luaran.
Sejarah Melayu Ipoh 10
British dengan licik mendakwa hanya membenarkan Raja Asal mengusahakan lombong peninggalan Sultan Ismail dan bukannya membuka lombong-lombong baru. Ini kerana British menyedari bahawa kawasan Papan merupakan kawasan deposit bijih timah terkaya di Tanah Melayu pada waktu itu.
Kehadiran orang-orang Mandailing di Malaysia meledakkan peperangan di tiga negeri yang berlangsung selama 30 tahun. Dari Melaka, pelarian Mandailing mengungsi ke Sungai Ujong (Seremban), melombong/menambang mas sebelum terlibat dalam Perang Rawa, 1848. Mereka kemudian mengungsi ke tambang/lombong mas di Pahang, di mana mereka terheret dalam Perang Orang Kemaman (Perang Pahang, 1857-1863). Kemudian mereka coba menguasai tambang bijih timah di Selangor yang menjadi rebutan, sebelum mengepalai Porang Kolang (Perang Selangor, 1867-1873). Menjadi buruan orang Melayu Pahang, Bugis dan British, mereka melepaskan diri ke negeri Perak dan menjadi askar-askar upahan British dalam Perak War (1875-1876) menentang orang Melayu Perak. Sampai ke hari ini, keturunan "pengacau-pengacau" Mandailing masih dapat ditemui di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan di Perak. Mulanya sebagai pelombong, pedagang/peniaga dan askar upahan, mereka kemudian menjadi pentadbir (penghulu), pendidik dan forester.
Raja Bilah menjual lombongnya pada tahun 1889 walaupun harga timah naik mendadak kerana kerugian masih tidak tertanggung akibat hutang yang banyak. Raja Bilah menumpukan hanya pada kegiatan mengutip cukai, dan meninggal dunia pada tahun 1909.
Laluan ini juga dikatakan laluan purba dan telah digunakan sejak abad ke 6 lagi semasa zaman Srivijaya dan juga laluan darat pendalaman untuk ke selatan Semenanjung di zaman penguasaan Siam.
Kewujudan orang Melayu Perak di kawasan Hulu Kinta seawal itu sudah tentu diperkukuhkan dengan penempatan Datuk Panglima Kinta Ngah Ghafar pada tahun 1820an. Kira-kira 60 tahun kemudian, penguasaan Tok Lembang, dikenali saudagar kelian Tambun, ke atas laluan aktiviti perlombongan dan penempatan dari Tanjong Rambutan hingga ke Ipoh pada tahun 1880an membuktikan kawasan ini telah lama dihuni Melayu Perak. Tanjong Rambutan telah dikenali sebagai sebuah perkampungan orang Melayu sejak tahun 1870an lagi.