Terima kasih teman ucapkan kepada PM atas pelancaran projek MRT sepanjang 60km dari Sg. Buloh ke Kajang yang melibatkan 35 buah stesen. Ini projek prasarana rel ringan yang ketiga untuk Lembah Klang. Yang terakhir siap, mula beroperasi 12 tahun lalu.
Projek ini akan mula dibina pada bulan Julai 2011.
Namun, kita tetap berharap agar Pulau Pinang juga dilengkapi sistem ini. Tetapi penduduk Pulau Pinang dilihat menolak pembangunan dari tangan Barisan Nasional buat masa ini.
Penduduk Johor Bahru juga akan mempunyai MRT yang menghubungkan bandaraya tersebut dengan Singapura pada masa depan. Seberapa depan, kita belum tahu.
Cuma, alangkah bagusnya sekiranya kerajaan pusat dapat menambah lagi rangkaian keretapi konvensional yang selama ini dihidupkan atas jajaran yang disediakan British.
Contohnya membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu melalui negara Brunei.
Projek ini mungkin dilihat sebagai merepek tetapi dalam sebuah negara maju, memang penuh dengan berbagai unsur yang merepek-repek.
Apapun, akhirnya, pembangunan rel transit ketiga di Lembah Klang ini terlaksana. Terima kasih.