Ramalan krisis air 2014 telah dibuat sejak 2004 lagi. Maka Loji Air Langat II dirancang. Krisis air sehalus tali rafia di paip-paip pada 1998 dijadikan iktibar.
Hari ini, kecoh di Twitter dampak krisis air mula dirasakan. Tetapi polemik akibat pertukaran pemerintahan negri Selangor dari BN ke PR menjadikan masyarakat naif menunding jari ke atas pihak-pihak yang mereka sebenarnya tidak pasti siapa.
Empat tahun lalu, selepas mengambil alih Selangor, tanpa mempedulikan implikasi kewangan penyedia bekalan air, tanpa memberi bantuan kewangan sewajarnya kepada penyedia bekalan air, kerajaan Selangor memberi air percuma sebanyak 20 m³ kepada pengguna di Selangor setiap bulan.
Jumlah tersebut memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor mahu melingkupkan SYABAS, sebuah agensi yang dihidupkan oleh kerajaan Persekutuan usai krisis air 1998.
Bukan itu sahaja, keengganan Kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Loji Air Langat II menjadikan situasi semakin parah. Krisis air 2014 diramal berlaku lebih awal. Nampaknya telahpun mula mengambil tempat.
Ulah kerajaan Selangor ke atas SYABAS ternyata memberi implikasi kepada penduduk Kuala Lumpur juga. Ini kerana SYABAS turut menjadi pembekal air kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di mana justifikasi air percuma dengan apa yang telah berlaku sekarang.
Rupa-rupanya, Kerajaan Selangor sangat bijak! Air percuma tetap dinikmati. Tetapi bukan di rumah, mengalir dari pili. Air percuma mereka adalah dari lori tangki.
Mungkin selepas ini mereka akan membeli ribuan lori tangki sama seperti isu pembelian lori sampah sebelum ini, demi memberi 'air percuma'.
Dari sebuah negeri maju, Selangor mundur setapak demi setapak ke belakang. Puaslah hati penganut fahaman PR Selangor hari ini. Semoga Selangor menjadi negeri termundur sedikit masa lagi. Hasil apabila si tua kutuk menjadi penasihat ekonomi. Menjadi pengajaran bagi yang mahu mempelajari.