Tiupan angin Tenggara pada imej Jabatan Meteorologi Malaysia melalui satelit FY2C menunjukkan atmosfera kering ( dihitamkan ) telah mula tiba di Johor dan Sarawak. Keadaan iklim ini adalah sama seperti di gurun pasir Australia Tengah dan kelihatan ianya datang dari benua tersebut jika tiupan angin Tenggara diambil kira.
9.10 pagi 21.05.08Menurut skala BRITS yang mengukur kandungan air dalam atmosfera, zon hitam ini mempunyai nilai antara 25 hingga 45 GMS, berbeza dengan atmosfera normal bagi Malaysia iaitu antara 65 hingga 100 GMS pada cuaca panas dan kering yang normal.
Amaran telah dikeluarkan oleh jabatan berkaitan di Indonesia berhubung langkah waspada terhadap ancaman musim kemarau di Sumatera Barat dan Selatan, Jawa dan Kalimantan. Namun, Jabatan Meteorologi Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung fenomena lazim pertengahan tahun yang biasa melanda ini.
Lebih daripada itu, perubahan iklim dunia yang mendadak dikhuatiri akan menjadikan musim kemarau kali ini lebih buruk dari tahun-tahun sebelumnya memandangkan ia mampu untuk menyebabkan musim tengkujuh berlaku secara luar biasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kebarangkalian fenomena jerebu akibat kebakaran hutan yang mungkin berlaku sepanjang musim kemarau yang dijangka telah bermula dan di ramal berakhir menjelang September.
Sesungguhnya Semenanjung Malaysia telah terlangkau musim kemarau selama beberapa tahun. Musim kemarau kali ini diramalkan memberi kesan yang agak besar dan sedikit ekstrim.
Di sini, ingin penulis nyatakan bahawa, malang sekali apabila di Malaysia terdapat pemimpin yang tidak cerdik dan buta geografi, yang menjanjikan pemberian air secara percuma kepada pengguna sebagai manifesto pilihanraya dan menjadikannya sebagai langkah terkebelakang, membuta tuli dan membabi buta dalam mendidik rakyat untuk menghargai sumber air negara terutamanya apabila krisis bekalan air mungkin kembali menghantui Lembah Klang tahun ini. Wallahualam.