Menafikan 1Malaysia sama sahaja dengan menafikan kejayaan Sabah dan Sarawak memupuk toleransi dan keharmonian antara suku kaum di sana.
PM Najib menyebut pada awal pelancaran 1Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah ilham terulung yang membuatkan beliau kagum dan ia menjadi panduan dalam mencetuskan 1Malaysia.
DAP khuatir 1Malaysia akan menjadikan rakyat negara ini lebih menerima antara satu sama lain kerana penerangan DAP selama ini atas konsep tersebut, salah belaka.
Seorang nyonya di Ipoh, apabila ditanya mengenai 1Malaysia, menjawab "Tak mau! Nanti tak boleh makan babi, tak boleh sekolah Cina."
Pihak manakah yang mengarahkan pemikiran mereka seserong ini?
Adalah tidak beretika untuk mempergunakan peluang kenaifan sesebuah kelompok rakyat untuk disuntik doktrin yang salah.
Pakatan Rakyat tidak pernah mempunyai inisiatif mendidik bangsa secara menyeluruh dengan dasar-dasar yang meyakinkan generasi depan.
Ujar seorang wanita India di Ipoh, "Saya mau undi Pakatan Rakyat untuk diri saya memang boleh, tapi setiap kali mengundi, saya melihat anak saya. Mereka perlukan masa depan yang meyakinkan."