Thursday, December 30, 2010

'Harimau Malaya' Memang Tidak Sesuai Untuk Malaysia

Teman sependapat dengan pendapat persatuan belia di Sabah yang tersinggung dengan nama Harimau Malaya. Bukan sahaja Sabah, malah, Sarawak juga pastinya tersinggung dengan gelaran tersebut.

Bukan sahaja mereka, malah teman orang Malaya sendiri tersinggung dan malu. Teman hari ini warga negara Malaysia yang berasal dari Malaya. Pasukan negara mewakili Malaysia. Bukan mewakili Malaya (Semenanjung).

Kita sendiri tahu bahawa Malaysia dibina oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura keluar dua tahun kemudian.

Jadi untuk pasukan negara, mengapa kita perlu menggunakan nama Harimau Malaya yang langsung tidak memberi identiti 1Malaysia secara keseluruhannya.

Perkara ini jangan diambil ringan. Ia seolah-olah menunjukkan kita tidak mempunyai pengetahuan mendalam terhadap negara sendiri dan membolehkan anasir-anasir luar mencucuk pinggang supaya kita melatah.

Memang nama binatang yang menjadi maskot itu ialah Malayan Tiger. Tetapi dalam aspek mewakili Malaysia, 'Harimau Malaya' langsung tidak relevan dan mempunyai elemen pecah belah untuk Persekutuan Malaysia.

Jangan jadi bangsa yang cetek ilmu pengetahuan dan rendah sensitiviti.

Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’
30/12/2010 4:15pm

TUARAN, 30 Dis. - Belia di Sabah yang teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

Indonesia Benarkan Perkataan 'Malingsia'

Anda dapat lihat sepanduk biadab di atas? Apakah anda fikir pengurusan stadium dan pihak polis yang mewakili kerajaan Indon tidak mampu memberi apa-apa amaran? Fikir semula! Lihat kenyataan media sehari sebelum perlawanan :
Selasa, 28/12/2010 16:48 WIB
Polisi Akan Sita Spanduk Politisi yang Dipasang di GBK

Polisi menjamin akan melakukan tindakan kalau ada spanduk berbau politis yang terpasang di Stadion Gelora Bung Karno (GBK) Senayan, Jakarta. Bukan hanya spanduk politisi, juga spanduk berbau kalimat provokatif.

"Spanduk-spanduk politisi dan yang provokatif akan diambil dan digulung, kita bekerjasama dengan pengamanan internal," kata Kepala Biro Operasi Polda Metro Jaya, Kombes Sujarno dalam jumpa pers di kantor PSSI, Senayan, Jakarta, Selasa (28/12/2010).

Selasa, 28/12/2010 15:39 WIB
Gelora Bung Karno Harus Steril dari Spanduk Politisi

Laga leg kedua final Piala AFF pada 29 Desember di GBK Senayan diharapkan bersih dari spanduk politisi. Jangan lagi terulang seperti di Stadion Bukit Jalil, Malaysia, di mana spanduk SBY, Hatta Rajasa, Aburizal Bakrie, dan Nurdin Halid terpampang di stadion.

"GBK saat pertandingan harus steril dari spanduk politisi," jelas Wakil Koordinator Indonesia Corruption Watch (ICW) Emerson Yuntho di Jakarta, Selasa (28/12/2010).

Emerson menilai, pemasangan spanduk politisi dan pejabat itu sama saja dengan memasukkan hal berbau politis ke dalam sepakbola.

Jika mereka mengeluarkan kenyataan menyita sepanduk, bermakna mereka berupaya untuk menyekat agen provokasi antara negara seperti gambar di atas. MALANGNYA, mereka menutup mata dengan kebiadaban orang mereka dengan menggelar sebuah negara berdaulat dengan gelaran yang menghinakan.

Bukankah itu menunjukkan Indonesia menghalalkan perbuatan mengutuk Malaysia sebagai 'malingsia'?

Inilah akibat kerana kita terlalu banyak memberi mereka muka. Sehingga pemerintah mereka sendiri naik lemak atas nama nasionalis melulu. Adakah nasionalisma dan patriotisma bermakna kita perlu menghina negara lain sewenangnya?? Itulah budaya Indon.

Ia hanya bolasepak. Tak perlu membawa isu politik. Itu kata mereka. Tetapi hakikatnya lihatlah sendiri.