Thursday, March 14, 2013

Kenyataan IGP Tentang Pencerobohan Bersenjata Pada 14 Februari 2013

Ini adalah singkapan kembali laporan mula insiden pencerobohan bersenjatadi Lahad Datu.

Sesiapa boleh boikot apa sahaja asalkan jangan hujung-hujungnya, pemboikotan itu menjadikan mereka BODOH sekejap. Inilah berlaku kepada 'pemboikot Utusan Malaysia' dan 'pemboikot Buletin Utama' apabila menghadapi insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Akhirnya mereka terpinga-pinga ketika berlaku pertempuran dengan puak penceroboh. Pada masa yang sama ada diantara mereka menyebut mengapa pencerobohan ini tidak didedahkan. Mengapa mengambil masa yang lama untuk menghapuskan.

Malaysia negara berdiplomasi dan masa diberikan untuk rundingan lebih dari mencukupi. Tambahan pula mereka bukan melalui jalur rasmi, lebih parah, masuk secara haram bersenjata api.

Ini adalah laporan paling awal yang dikeluarkan di Utusan Malaysia susulan kenyataan rasmi Ketua Polis Negara iaitu pada 14 Februari 2013. Dua minggu sebelum pertempuran bermula dengan penipuan 'bendera putih' oleh penceroboh bersenjata. 

Adakah dengan membaca Harakah dan menonton TV Selangor, segala ini akan disiarkan? Pembodohan pilihan sendiri bah itu .

ARKIB : 14/02/2013

Kenyataan Ketua Polis Negara, pencerobohan kumpulan bersenjata

ADALAH dimaklumkan bahawa pada pagi Selasa 12 Februari 2013, sekumpulan orang asing yang bersenjata api telah menceroboh masuk ke kawasan Lahad Datu, Sabah. Kemasukan ini adalah berikutan daripada masalah yang berlaku di Selatan Filipina.

Pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletakkan senjata serta menyerah diri.

Keadaan kini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang.

(TAN SRI ISMAIL OMAR)
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

James Chin Tuduh Kaitan Pembangkang Dalam Krisis Lahad Datu Hanya Propaganda Kerajaan


James Chin dari Monash University dalam temubual dengan Al Jazeera beberapa hari lalu ketika ditanya apa kebarangkalian persekongkolan pihak pembangkan seperti yang dituduh oleh kerajaan Malaysia tanpa segan silu menyebut "ianya propaganda kerajaan dan pihak pembangkang tidak ada kaitan dalam isu ini".

Soalnya pemimpin politik pemerintah juga tidak menyebut ia melibatkan mana-mana pemimpin parti pembangkang kecuali stesen-stesen TV yang memetik dari blog-blog. Jika ada disebut, pasti sahaja sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan. Si 'tertuduh' masih sahaja bebas. Bermakna, kerajaan secara rasminya tidak pernah mengakui keterlibatan pemimpin pembangkang tersebut.

Sekiranya dia bukan seorang yang BODOH untuk berpihak ke mana-mana pihak, jawapannya tentulah ia berpunca dari persepsi masyarakat menerusi  sumber perisikan Filipina yang tidak disebutnya langsung. Dia tidak menyebut bahawa penilaian keterlibatan pembangkang tersebut adalah hasil dari pemerhatian rakyat yang dihamburkan melalui blog-blog dan dia tidak menyebut soal persepsi yang timbul antara hubungan Anwar dan Misuari serta pertemuan-pertemuan yang telah berlaku antara keduanya selepas Filipina dan MILF mencapai kesepakatan dalam perjanjian damai.

Kita tidak menyuruh James Chin mengiyakan perkaitan pembangkang dalam hal ini. Tetapi kita tentu meramalkan seorang dari institusi pengajian tinggi akan menjawab secara analisa. Bukan secara bias. Jawapannya seperti yang teman ungkap di perenggan 2. Bukan penafian serta merta dan menunduh ia propaganda kerajaan. 

MENYEBUT IANYA SEBAGAI PROPAGANDA KERAJAAN ADALAH SAMA DENGAN MENUDUH ITU KERJA PEMBANGKANG. APA BEZANYA.MAKA APA LAYAKNYA UNTUK DIA MENDAPAT REPUTASI SEBAGAI SEBAGAI PENGANALISIS POLITIK YANG SEHARUSNYA BERSIFAT ANALITIKAL?  

Lihat pula semangat penganalisis Filipina menghentam operasi ketenteraan Kerajaan Malaysia dan lihat pula betapa lembiknya agen pembangkang ini dalam mempertahankan negaranya sendiri. Padahal negara sendiri yang diceroboh celaka-celaka Filipina. Jenis inikah yang bakal mengisi kerajaan jika pembangkang menang?

Sia-sialah instutusi pendidikan tersebut memiliki modal insan yang 'kacau pemikirannya' seperti ini.