Tuesday, February 18, 2014

MAS rugi RM1.17 billion tahun lepas


Kuala Lumpur - syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines mengalami kerugian yang besar. Sepanjang 2013 lalu , syarikat penerbangan itu mengalami kerugian sebanyak RM 1.17 bilion , atau kira-kira Rp 3.5 trilion .

Dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013 , syarikat penerbangan itu mengalami kerugian. Kerugian pada tahun 2013, sehingga 3 kali ganda kerugian pada tahun 2012 yang mencapai RM 433 juta.

Kerugian pada tahun 2013, ini adalah disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar , kos tinggi bahan api, dan juga kenaikan kos syarikat.

" Memasuki 2014, Malaysia Airlines meramalkan persekitaran perniagaan yang masih mencabar untuk diramalkan dengan harga yang tinggi bahan api , turun naik dalam kadar pertukaran , dan persaingan yang ketat, " kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan kepada bursa saham di Malaysia , seperti yang dilaporkan oleh AFP pada hari Selasa (18 / 02 /2014 ).

Pada tahun 2013 itu, syarikat penerbangan itu memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi .

" Dengan pasaran yang semakin meningkat, Malaysia Airlines akan meningkatkan keupayaan, untuk menjadi pemain utama ," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Jauhari Yahya. - DETIKFINANCE

Herman Tino kaji pendapat penduduk Kajang sebelum buat keputusan bertanding PRK DUN Kajang

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.

Beliau yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.

Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.

"Saya akan menunggu isyarat dalam talian daripada pengundi di Kajang dalam masa 10 hari akan datang sebelum membuat keputusan muktamad. Saya mestilah mendapatkan kebenaran pengundi di sana kerana saya tinggal di tempat lain iaitu di Tanjung Karang," kata Herman.

GAMBAR : MSTAR


Beliau adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR telah mencalonkan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.

Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.

"Saya mahu bertanding di Kajang sebagai tanda protes terhadap percubaan Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar," kata Herman, atau nama sebenarnya Masrum Tamsi.

Herman berkata, sebagai anak Selangor, beliau tidak mahu melihat negeri itu menjadi mangsa permainan politik.

"Sudah tiba masanya kita mengatakan tidak kepada pembulian politik. Kita perlukan pemimpin yang berpandangan jauh yang membuat perancangan bagi kepentingan orang ramai, bukannya seseorang yang melakukannya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.

Herman berkata beliau menentang sebarang percubaan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya pasti ramai di Selangor berkongsi sentimen yang sama untuk menghalang Anwar, yang merupakan orang luar yang berhasrat mendapatkan jawatan menteri besar," katanya.

Herman telah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum dan disingkirkan dari Umno tahun lepas. - MStar


TMJ dipanggil polis untuk dirakam keterangan

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Polis akan memanggil beberapa individu, termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung insiden kekecohan membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Kita akan rakam percakapan beberapa individu terlebih dahulu sebelum rakam percakapan TMJ," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik Op Selamat 4/2014 di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi memberitahu, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Larkin, Johor Bahru berlaku apabila pemain import T-Team kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo mendakwa telah dikasari di terowong menuju ke bilik persalinan di stadium tersebut selepas tamat separuh masa pertama.

Laporan polis berhubung kejadian dibuat sehari selepas pasukan T-Team pulang ke Kuala Terengganu, manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut membuat laporan yang sama selepas itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa pada 10 Februari lalu memberitahu, seramai 17 individu telah diambil keterangan berikutan laporan yang dibuat.

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

Ramai pandang ringan ancaman kemarau ke atas bekalan air



Setiap kali tiba musim kemarau di negara ini, bekalan air adalah menjadi masalah utama bagi penyedia perkhidmatan dan konsumer.

Kini pantai barat Semenanjung mengalami musim kemarau di mana ada sesetengah tempat, hujan sudah 1 bulan tidak kunjung turun.

Kebergantungan rakyat negara ini kepada bekalan air paip yang diproses di loji pembersihan air menjadi satu krisis juga rupa-rupanya.

Dengan hujan purata 2,000 mm setahun, rakyat negara ini tetap rawan kepada krisis bekalan air.

Jumlah rumah yang mempunyai perigi jatuh drastik dan kebergantungan kepada air paip naik mendadak.

Keadaan menjadi lebih parah apabila wujud dolak-dalik dari kerajaan pembangkang yang menguasai negeri Selangor dalam isu pembinaan loji pembersihan air dan memberi kesan besar ke atas 7 juta penduduk. Mujurlah akhirnya kesepakatan dicapai antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

Hari ini, cuba kita ingati rumput-rumput kering, tanah-tanah tandus tatkala kita 'flush' tandas selepas kencing. Sekali pam, kita menggunakan tidak kurang 5 liter air. 

Mengetahui empangan-empangan bekalan air utama di Lembah Klang susut parasnya semua, belum ada pihak yang prihatin tentang mendidik masyarakat dalam menggunakan air secara berhemah.

Adakah kita menjimatkan air pada musim hujan sukar untuk turun ini?

Apa lagi bekalan air dari loji pembersihan itulah yang digunakan untuk kegiatan basuh kereta, mandi setengah jam dan siram tanaman hiasan domestik yang kering.

Empangan Sungai Selangor yang susut teruk ini tidak mampu menyedarkan warga kota soal rasa bertanggungjawab untuk menggunakan air secara berhemah.

Penduduk panik, lereng gunung berapi Merbabu, Jawa Tengah pula bergegar

Penduduk lereng Gunung Merbabu iaitu di Desa Sumogawe, Kecamatan Getasan, Kabupaten Semarang , Jawa Tengah dikejutkan dengan dentuman diikuti gegaran selama seminit yang membuatkan sejumlah rumah rosak. Lebih panik, penduduk melihat ada kilat memancar dari Gunung Merbabu.

Kejadian menyusul selepas Gunung Sinabung di Sumatera Utara meletus pada 1 Februari lalu disusuli letusan kuat Gunung Kelud pada 13 Februari lalu yang meliputkan abu ke separuh Pulau Jawa.

Seorang penduduk, Suparman ketika dihubungi DETIKCOM menyatakan terdengar dentuman yang diikuti gegaran selama seminit yang menyebabkan gambar-gambar di dinding berjatuhan dan ada rumah yang atapnya berguguran.

Namun pihak berwajib belum dapat memastikan apakah benar kejadian tersebut berpunca dari Gunung Merbabu yang berketinggian 3,145 meter itu. Gunung Merbabu kali terakhir meletus pada 1797.






Senin, 17/02/2014 19:00 WIB
Dentuman dan Getaran Disertai Petir Kagetkan Warga Lereng Gunung Merbabu
 
Angling Adhitya Purbaya - detikNews 
Semarang - Warga lereng gunung Merbabu tepatnya di Desa Sumogawe, Kecamatan Getasan, Kabupaten Semarang dihebohkan getaran disertai dentuman yang terjadi selama sekitar satu menit yang mengakibatkan sejumlah rumah rusak. Warga semakin panik karena ada yang melihat kilatan dari gunung Merbabu.


Namun pihak berwajib khusus bencana di Indonesia mengesahkan ia bukan dari aktiviti vulkanologi Gunung Merbabu yang disahkan selamat bersama Gunung Merapi yang terletak berhampiran.

Senin, 17/02/2014 20:34 WIB
Getaran Disertai Dentuman di Lereng Gunung Merbabu, Ini Kata BPBD
 
Angling Adhitya Purbaya - detikNews 
Semarang - Getaran disertai dentuman yang terjadi di lereng gunung Merbabu, tepatnya di Desa Sumogawe, Kecamatan Getasan, Kabupaten Semarang, dipastikan bukan karena aktifitas gunung Merbabu. 
Hal tersebut diungkapkan Kepala BPBD Jawa Tengah, Sarwa Pramana. Ia mengatakan pihaknya sudah berkoordinasi setelah mendengar informasi tersebut. 
"Saya hubungi mas Bandriyo dari pos pemantauan Merapi. Merapi Aman, Merbabu juga aman," kata Sarwa saat dihubungi detikcom, Senin (16/2/2014).


PR dan fitnah berpisah tiada


Tabiat mencari sensasi pemuka-pemuka Pakatan Rakyat cukup pelik jika dibandingkan dengan khalayak awam dan arus semasa. Contohnya menyebarkan berita tanpa verifikasi. Kerana terlalu leka memasak fitnah selama ini dan menjajanya pula, tentulah sifat gopoh luar kendali seperti di atas akan  menyebabkan berita besar seperti di atas disebarkan dengan gelojoh juga.

Begitu jugalah dengan yang di bawah ini. Kelakuan pelik luar kendali mereka semakin menjadi-jadi dan agak menakutkan kerana meletakkan intelektualiti sesetengah orang Melayu Islam di negara ini sangat rendah dan diinjak pula untuk kepentingan pihak lain tanpa kerelaan mereka sebenarnya.


Dengan cubaan edit imej yang telah diketahui palsu, imej Pakatan Rakyat sebagai kilang fitnah terbesar negara ini semakin menyerlah dan apapun, kita pasti, sokongan ke atas Pakatan Rakyat tetap kuat kerana kebodohan, perkauman dan dendam lama ramai rakyat Malaysia walaupun mengetahui mereka ibarat para khalayak yang buta matanya tetapi dipimpin oleh seorang celik yang telanjang bogel.

FOTO : THE MALAYSIAN INSIDER