Ayat sesetengah orang kanan Pemuda UMNO Bahagian Tambun berhubung kenyataan 'mengguris hati nurani sombong mereka' yang bertepatan dengan situasi sekarang, menunjukkan mereka enggan ditegur.
Sebenarnya, lemahkah parti yang telah berjasa berpuluh tahun seluruh negara sekiranya sesebuah organisasi peringkat Bahagian dihentam dengan niat merubah ianya menjadi lebih hampir kepada masyarakat?
Mulut yang berkata bahawa kritikan yang begini bakal meruntuhkan parti ialah mulut-mulut empunya diri yang tidak yakin untuk berubah, malah, mampu berpaling sekiranya nasib tidak menyebelahi parti mereka dengan harapan bahawa, menjadi katak lompat parti lebih mulia dari menjadi ahli parti yang tewas. Siapakah yang lebih merbahaya di sini?
Mereka juga beranggapan bahawa tanpa mereka parti akan runtuh. Mengkritik mereka, parti akan lemah. Siapa mereka? Besar sangatkah? Terlalu parah angan-angan besar diri mereka. Terlalu kritikal! Memalukan!!
Hakikatnya, ahli PAS PKR dan DAP dikenali dengan kata-kata tidak mempunyai 'telur' untuk menegur pemimpin sendiri. Nasi yang pemimpin mereka makan, nasilah yang mereka makan. Jika pemimpin mereka makan tahi, tahilah yang mereka makan. Tapi semangat inilah yang mahu dicontohi UMNO Tambun. Keji sungguh!
Saya sebelum ini pernah menyindir bloggers yang hanya berkata-kata diruangan blog. Menjatuhkan parti sendiri. Mungkin saya tidak 'berada dalam kasut' mereka terutamanya melihat kepada sekatan bersuara di dalam UMNO itu sendiri. Saya mohon maaf. Sebenarnya saya bersetuju bahawa kebenaran itu terlalu sukar diterima oleh makhluk buta dan tuli.
Tetapi, saya sangat optimis bahawa penguasaan golongan 'bodoh' dan 'belagak hebat' dengan pengetahuan zero yang perut bergetar membuat ucapan walaupun sekadar membaca teks, akan berakhir.
Tetapi fasa untuk ianya berakhir tidaklah mudah. Sedangkan UMNO yang terhakis popularitinya pada PRU 12 tidak dapat menyedarkan puak ini, diskredit wajar diberikan kepada Ketua Bahagiannya sendiri.
Jika padi dibakar untuk ditanam lalang, itu adalah kerja sang ketua yang mempunyai agenda tersembunyi. Jika sang Ketua Bahagian 'menelan air liur' atau memakan 'nasi kangkang' sang ketua pemuda, itu teman tak boleh nak campur.
Jangan menyebut bahawa saya menulis untuk mendedahkan kebobrokan. Apa yang saya dedahkan ini adalah 'open secret' yang telah diketahui oleh ramai orang di Tambun,malahan di negeri Perak sejak berbulan-bulan yang lalu. Apakah mereka menyekat saya untuk menyampaikan hanya kerana mereka seronok dengan kebrobokan tersebut?
Terus-terang, hanya mereka yang duduk dalam tembok perimeter UMNO yang dibina bagi menyelamatkan diri dari serangan dengan penuh bacul, akhirnya akan mati tertimpa tembok yang mereka bina sendiri.
Mungkinkah penguasaan golongan 'belagak bijak' di dalam UMNO Tambun itu akan berakhir setelah KONSENSUS BEBAS memenangi kerusi Tambun? YB Zulkifli Nordin wajar mengambil berat saranan ini.
Sesungguhnya, UMNO Tambun bukan milik Ahmad Husni Hanadzlah dan bukan milik Suhaimi Din, Nasir Ismail, Mazlan Abdul Rahman dan beberapa nama yang terlalu asyik bersendaloka di pentas UMNO. Pentas perjuangan pejuang bangsa yang semakin kotor. Siapa yang akan mencucinya nanti?
Sudah tentulah kami ini. Itupun jika kami sudi. Ini kerana, kami tidak sayangkan mereka. Kami sayangkan parti. Parti mengajar hormati ketua. Baiklah. Ketua kami ialah Presiden UMNO. Matlamat kami menegur ialah kerana kami bersama agenda Presiden. Bukannya badut sarkas peringkat bahagian.