Saturday, March 08, 2014

Gambar sedih sang ibu dan anak

Gambar meruntun perasaan ini tersebar di media sosial ketika seorang ibu menghantar satu-satunya anak lelakinya menaiki pewasat malang MH370 tujuan Beijing.

Gambar terkemudiannya menunjukkan sang ibu bergegas ke Lapangan Terbang setelah dimaklumkan tentang tragedi yang menimpa penerbangan tersebut.

16 Jam Hilang , Pesawat Boeing 777-200 MH370 MAS tujuan Beijing masih belum ditemui


Pesawat Boeing 777-200ER MH370 Malaysia Airlines yang disebut hilang 246 km di luar pantai Tho Chu, Vietnam, menjadi tanda tanya memandangkan kawasan berlakunya kejadian hilang dari radar itu tidak bercuaca buruk. Malah rantau itu seperti di negara ini sedang mengalami kemarau.

Jika berlaku faktor cuaca tentulah berpunca dari angin manakala hilangnya dari radar pernah berlaku kepada pesawat Adam Air di Indonesia pada 1 Januari 2007 apabila keseimbangan pesawat hilang dan juruterbang mengendalikan pesawat secara manual sebelum terhempas dan bersemadi di dasar laut sedalam 2000 meter tanpa seorang mangsa pun ditemui.

Maklumat lain dari pihak berkuasa Vietnam menyebut pesawat hilang dari radar pada kedudukan 153 batu ke selatan Phu Quoc di lingkungan yang hampir sama.

Kawasan tersebut terletak dalam Teluk Siam  dengan kedalaman laut antara 70 hingga 100 meter dan sehingga kini selepas 16 jam dilaporkan hilang, pesawat tersebut belum ditemui.

Spekulasi tersebar pagi tadi bahawa kononnya pesawat tersebut telah mendarat di Nanning, China jelas tidak benar apabila tiada maklumbalas dari penumpang dan kapten pesawat.

Pesawat Boeing 777-400 tidak pernah mengalami bencana penerbangan sepanjang operasinya sehiggalah pada Julai 2013 apabila pesawat tersebut milik Asiana , Korea Selatan mendarat dengan ekor melanggar tebing hujung landasan di San Francisco yang menyebabkan 3 penumpang warga China, terbunuh. 






Semoga kaum keluarga mereka yang terbabit akan sentiasa tabah dalam melalui saat-saat sukar ini. Seperti mana juga tragedi yang telah melanda penerbangan tersebut, ia adalah detik hitam yang amat menyedihkan dalam sejarah negara.