Guan Eng arah henti kerja landasan berkembar, bimbang banjir
12/11/2010 5:42pm
GEORGETOWN 12 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengarahkan MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi membuat keputusan agar kerja projek itu dihentikan sehingga syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dipenuhi.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kerajaan negeri meminta MMC-Gamuda JV bersedia untuk memecahkan apa-apa landasan yang dibina supaya air tidak akan bertakung dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kos kewangan akibat banjir.
"Kami berharap MMC-Gamuda JV dapat memberikan satu jaminan bertulis kepada pihak kerajaan negeri untuk memenuhi dua syarat baru yang ditetapkan,” katanya.
Guan Eng berkata, arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa dengan serta merta dan wakil daripada MMC-Gamuda JV seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan negeri untuk berbincang tentang syarat baru itu. - Bernama
Ini "Perdana Menteri Pulau Pinang" Lim Guan Eng a.k.a Tiu Nia Seng sedang berusaha membuatkan pembinaan landasan berkembar di Pulau Pinang menjadi antara yang mahal dalam sejarah.
Tindakan menyuruh kontraktor memecahkan landasan yang baru dibina adalah BODOH, TIDAK EKONOMIK, MERUGIKAN WANG dan penuh dengan citra politik bolak-balik pembangkang yang sememangnya menghalalkan cara demi matlamat.
Mereka berfikir bahawa jurutera pembinaan adalah setolol mereka, seperti tololnya MB Kedah menuduh pembinaan landasan keretapi berkembar menjadi punca banjir di Kedah sehingga MMC Gamuda menjelaskan bukti ianya tidak bersangkut paut.
Pihak kontraktor projek mega seperti ini tidak pernah lalai dari memastikan aliran semulajadi dikekalkan dan berbekalkan peralatan dan perisian canggih, mereka mampu mengadakan laluan air untuk menampung aliran air saat hujan paling lebat sekalipun.
Masalah Pulau Pinang Darul Sampah belum pernah selesai dan Guan Eng masih lagi menutup mata atas sikap rakyat yang memenuhkan parit dan tali air dengan sampah.
Jangan merosakkan harapan sebahagian besar penduduk di utara untuk menikmati perkhidmatan tren elektrik selewat-lewatnya hujung 2013.
Tolak DAP di Pulau Pinang kerana bajingan ini memudaratkan rakyat atas topeng kebajikan.