Saturday, January 15, 2011

PAS Sokong Kacau Bilau Tunisia, Mahu Ia Terjadi Di Malaysia

Kebangkitan rakyat Tunisia menentang Presiden mereka bermula dengan peningkatan kadar pengangguran dan rasuah yang berleluasa. Hasilnya, kekacauan mula meletus, kedai-kedai dirompak, dan premis-premis dijarah sesuka hati.

Berita terbaru dari AP beberapa minit lalu menyebut, stesen keretapi utama di Tunis telah hangus dibakar golongan yang menggerakkan anarki.

Sementara itu, Serakahdaily menyebut :

PAS doakan kemenangan rakyat Tunisia
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jan: “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'.

“Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali.

“PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya.
Baguslah. Bagus sangat untuk diperlihatkan bahawa PAS adalah penyokong tindakan anarkis, merosakkan harta awam, merompak premis-premis dan melumpuhkan negara.

Bukanlah menyokong Presiden Tunisia, teman cuma nak orang hamPAS ni berfikir, berbaloikan menyokong anarki? Sedangkan anarki merupakan senjata utama dalam Protocol of Zion, bagi Yahudi menakluk dunia.

Lebih haram jadah, PAS menyebut seolah-olah Malaysia juga seperti Tunisia yang bakal mengalami kebangkitan.

Teman nak tanya, berapa ramai ulamak-ulamak di Malaysia ni dipenjara ? Sedangkan penipu agama dalam PAS masih dibiar berleluasa, mengapa perlu disamakan Malaysia dengan Tunisia.

Anda boleh menilai.

Utusan Dedahkan Sikap Hipokrit DAP Pulau Pinang

Teman baru jer rasa nak ambil gambar peniaga-peniaga Cina yang berniaga di pinggir jalan di Pulau Pinang sebab memang teman tahu, DAP meranapkan perniagaan yang bercirikan makanan Islam dan menyuburkan perniagaan makanan Cina dan dibiar bermaharajalela ke tengah jalan. Bukti ini memang teman dah lama nampak.

Untung Utusan Malaysia, akhbar yang kononnya penipu bagi orang PAS dan PKR, hari ini mendedahkan perihal ini. Siapa yang dituduh menipu, dan siapa yang biasa menipu? Orang tua-tua kata, orang yang kentutlah akan mula-mula menuduh orang lain bagi menyelamatkan diri dari cercaan akibat bau yang mengganggu orang sekeliling.

TINDAKAN ‘PILIH BULU’


Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas perkakasan dari Restoran Nasi Kandar Aliyar kerana dikatakan bersalah meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan, dianggap sebagai ‘pilih bulu’ kerana tiada tindakan diambil ke atas peniaga lain yang melakukan kesalahan serupa.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Georgetown mendapati masih banyak gerai meletakkan kerusi meja mereka di tepi jalan sehingga menganggu pengguna jalan raya.

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik yang bertanggungjawab mengetuai operasi MPPP ke atas Restoran Nasi Kandar Aliyar itu telah memohon maaf semalam, tetapi beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum bertindak dan tidak mengamalkan ‘peraturan berpilih.’

Gamaknya, hidangan orang PAS dan PKR di Pulau Pinang satu hari nanti ialah Bak Kut Teh 'halal' dan 'babi halal orang Melayu potong punya'.

Kalau ketidakadilan seperti ini masih terus mendapat sokongan, eloklah orang PAS dan PKR di Pulau Pinang terjun jambatan sambil ikat batu besar di kaki kerana hidup mereka memalukan bangsa dan agama.

Sejarah Melayu Ipoh 3

Perlantikan Datuk Panglima Genta Pertama, Tok Tambak, berlaku selepas kisah Datuk Panglima Kulop Genta berlalu kira-kira 3 generasi lebih tepat pertengahan abad ke-18 (1740 - 1760). 'Genta' (tulisan jawi ک dan ن dan ت ) yang mewakili 'Genta' telah lama-kelamaan dibaca sebagai 'Kinta' oleh orang Cina dan Inggeris. James Low menyebutnya 'Kantar' .

Dalam Misa Melayu , sebuah riwayat negeri Perak yang ditulis dalam abad pada zaman Tok Tambak, ditemukan fakta di bawah. Menurut riwayat tersebut, di bawah arahan Sultan Muzafar Syah III (1728 - 1752), Datuk Bendahara berjaya menangkap gajah yang besar di Kampar dan mempersembahkannya kepada Sultan, selepas itu, Raja Muda Muhammad Shah, adik Sultan pergi 'bermain' di Kinta bertemankan Raja Taha dan Raja Kecil Muda dan tinggal di sana selama dua bulan. Sepulangnya mereka ke Pulau Tiga (di Kg Gajah), mereka membawa bersama bijih timah yang sangat banyak.

Di Perak, gajah ditemui di kawasan pergunungan dan di dataran Lembah Kinta. Sultan menjadikan pemburuan gajah sebagai sukan diraja semasa melawat Kinta. Gajah merupakan perniagaan raja-raja. Ia dijerat untuk dijual kepada pedagang Chulia yang kaya yang kemudiannya dijual oleh mereka kepada tentera Raja-raja Moghul di India. Dengan kejatuhan Empayar Moghul pada abad ke 18, permintaan gajah menurun dan Sultan kehilangan sumber pendapatan paling utamanya.

Walaupun Orang India, Arab, Portugis, Belanda dan British ada menjalankan perdagangan bijih timah, tetapi mereka tidak menjadi pihak pengeluar. Pada ketika ini pengeluaran bijih timah sangat rendah, kira-kira 500 tan setahun.

Dalam tahun 1746, Sultan Muzafar Syah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda dan ini memberi peluang Belanda memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan membina sebuah kilang dibawah kawalan residennya. Semua pengeluaran akan dijual kepada Belanda dengan harga tetap seperti yang dijanjikan, dua rial dari pembayaran akan diambil Sultan sebagai cukai. Perjanjian ini bertahan selama hampir 50 tahun dan membawa kemakmuran kepada negeri Perak. Saat kegemilangan Perak inilah yang diriwayatkan dalam Misa Melayu.

Perjanjian ini juga disokong oleh pewarisnya, Sultan Alauddin Syah yang berkuasa dari tahun 1773 - 1792, demi kebergantungan kepada tentera Belanda dalam menjaga keselamatan negeri dan memperteguhkan monopoli candu. Akibatnya banyak hasil bijih diseludup keluar dari Perak ke Selangor dan lain-lain kawasan.

Seperti sultan sebelumnya, Sultan Alauddin mengerah pekerjanya yang terdiri dari orang-orang Melayu. Didapati orang-orang Melayu hanya mengusahakan lombong pada ketika-ketika tertentu sahaja. Mereka tidak ke lombong di bulan puasam musim menanam padi, musim menuai, hari-hari kebesaran Islam dan ketika musim memburu gajah.

Ketika berlaku kebuluran pada tahun 1776 akibat kemarau yang buruk, Sultan Alauddin menerangkan kepada Belanda bahawa adalah mustahil untuk mengerah rakyat yang kebuluran untuk ke lombong. Belanda mencadangkan agar buruh Cina di bawa masuk berdasarkan kejayaan mereka berbuat demikian di Pulau Bangka, dan mensyaratkan pelombong Cina mesti dibenarkan membuka lombong di kawasan pendalaman. Sultan Alauddin bukan sahaja bersetuju, baginda juga menggalakkan skim tersebut. Zaman ini amat penting kerana ia merupakan saat mulanya buruh Cina diperkenalkan di negeri Perak.

Dalam awal bulan Disember 1776, Sultan Alauddin membenarkan Kapitan Cina untuk melombong di tiga batang sungai di kawasan Kinta. Dia memberikan sepenuh sokongan dan mengarahkan Raja Bendahara menyelia projek tersebut. Para buruh Cina juga diberi surat keizinan bertulis untuk melombong tanpa gangguan mana-mana pegawainya baik berpangkat tinggi mahupun rendah.

Selepas buruh-buruh Cina berjaya membuka lombong baru pada tahun berikutnya, Sultan Alauddin memohon antara 50 hingga 60 tenaga kerja Cina yang muda dan kuat supaya dihantar dari Melaka bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh. Dia menggalakkan pengimportan pekerja Cina tetap dengan gaji dan persekitaran kerja yang baik. Semua keluhan mereka boleh ajukan terus kepada Belanda dan Sultan menitahkan agar mereka yang mengapa-apakan pekerja Cinanya agar dihukum. Kapitan Cina di Perak itu dilantik menjadi ketua kawasan melombong di Kinta. Kerja membuka lombong Cina pertama dimulakan sebaik sahaja tenaga kerja Cina dari Melaka diperoleh dan pada bulan Mac 1778, dua sampel bijih timah dari lombong di Kinta dan Sungkai dihantar ke Melaka dan ia didapati merupakan bijih timah berkualiti tinggi.

Buruh-buruh Cina membawa masuk teknik melombong yang baru , penyusunan buruh dan pasukan bekerja dan menghabiskan masa di lombong timah. Untuk kali pertama, Sultan telah berjaya memenuhi permintaan timah dari Belanda tanpa kekacauan seperti melalui teknik kerahan tenaga orang Melayu dan ini menjadikan baginda berhadapan dengan penurunan populariti dikalangan orang Melayu.

Bersambung esok.

Sumber rujukan : Kinta Valley (2005) Khoo Salma Nasution, Abdurrazaq Lubis