Wednesday, August 16, 2017

Menipu soal ekonomi bukti pembangkang tahu kebodohan penyokong sendiri

Sejak 2009 lagi, pembangkang memainkan sentimen ekonomi kerana mengetahui ternakan-ternakan mereka tidak akan faham. Bila tidak faham, tentu saja semata2 menjadi lidah mereka tanpa otak yang wajar bagi seorang manusia.

Setiap hari, ekonomi teruk, negara muflis, negara hancur, menjadi 'zikir' penternak dan ternakan-ternakan mereka. Masa tu teman malas lah nak belek-belek indikasi penting ekonomi sebab teman tak merasakan pentingnya pengetahuan tentang hal yang begitu.

Lama kelamaan, apabila jumlah barua pendoa kemelesetan ekonomi bertambah ramai, keperluan kian mendesak untuk tampil memerangi dakyah ini. 

Selesai satu meja makan teman bercerita, tiada satu soalan yang wajar pun keluar. Ye lah kan, lagi orang tanya, lagi kita penasaran nak menjawab. Lagi kita cari maklumat. Maklumat demi maklumat yang diperolehi jelas sekali bertentangan dengan momokan pembangkang.

Dek kerana tanpa perlu ditabur dedak dan bercakap sesuatu yang sekadar didengar, teman memilih untuk bercakap sesuatu yang ditemui sendiri. Baik, seburuk mana ekonomi negara kita? Anda boleh bandingkan sendiri. Itu pun kalau bukan jenis otak lesu ketagih ceramah hentam kerajaan untuk menambah keimanan ahli fitnah wal jamaah lah.


Nilai ringgit yang meningkat sehingga RM2.90 berbanding 1USD pada tahun 2011 menyumbang kepada angka GDP dalam USD mengecil sedangkan ekonomi berkembang. Ia menunjukkan bahawa tiada yang apa membimbangkan berhubung kejatuhan ringgit ke atas ekonomi negara. Kecuali urusan di liar negara yang sebenarnya, kau tak terlibat pun sebab urusan tersebut bukanlah penentu kelangsungan hidup anda. Kemandirian Malaysia dalam penghasilan domestik sudah cukup membuatkan kenaikan dollar tidak memberi kesan kepada 9 dari 10 orang rakyat negara ini. Malah ia membantu melonjak nilai GDP dalam ukuran USD sekiranya ringgit kembali ke paras normalnya iaitu antara RM3.00 hingga RM4.00 bagi setiap US dollar.


Singapura merasakan kelesuan ekonomi yang lebih jelas berbanding Malaysia tetapi corak tadbir urus ekonomi pemerintahnya tidak disentuh dalam euforia kebodohan seperti di Malaysia. Walaupun Temasek Holdings mencatat kerugian RM72 billion tahun lalu dengan CEO nya merupakan isteri PM Singapura sendiri, jelas rakyat Singapura tidak sebodoh 52% rakyat negara ini dalam memilih sentimen yang hendak dimainkan.


Pengukuhan Baht tidak membawa kesan positif pun terhadap perkembangan ekonomi Thailand dan selama 4 tahun kebelakangan ini, pertumbuhan yang dicatat terlihat berada di bawah Malaysia.


Walaubagaimanapun, Indonesia berjaya memastikan ekonominya tumbuh pada kadar agak pesat di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Kejatuhan nilai rupiah berbanding dollar dipulihkan dengan langkah-langkah yang merangsang pertumbuhan ekonomi dan kadar upah yang rendah masih menjadi tarikan pelabur.


Vietnam merupakan antara negara yang pesat berkembang ekonominya dan hari ini, Vietnam telah berada pada saiz ekonomi Malaysia pada tahun 1997. Siapa kata negara tanpa pilihanraya tidak mampu berkembang pesat.


Filipina kekal menjadi jaguh pertumbuhan ekonomi di rantau ini kesan langkah-langkah mesra pelabur, upah murah dan dasar-dasar Presiden Benigno Aquino yang menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan ke atas Filipina. 


Seperti biasa, tak sah kalau tak melihat Korea Selatan. Ye lah. teman pun dah 8 kali pergi Seoul. Secara amnya, pertumbuhan ekonomi Korea Selatan dilihat berada pada paras yang sama dan konsisten namun kekal pragmatik dengan bentuk ekonominya yang bersaiz 5 kali ganda ekonomi Malaysia.


Dan terakhir, oleh kerana ekonomi dijadikan senjata politik bagi menumbangkan kerajaan yang sah hari ini,  tak sah kalau kita tak bandingkan sejarah pertumbuhan ekonomi di zaman pemerintahan Tok Kunun dahulukala. Pendedak jangan butthurt lah yer. Jangan bandingkan dengan yang dah lepas kata dia. Dia tak tau kalau betul jalan yang lepas tu, nasib kita tentu sekali berbeza hari ini.  

Ternakan-ternakan reban Bunga Raya suka membanggakan zaman kununnya Mahathir membuatkan ekonomi kita pesat pada dekad 90an. Mereka sekali lagi menganggap khalayak terdiri dari bangang-bangang seperti mereka kerana bukan orang tak tau zaman tu bukan Malaysia sahaja yang mengalami pertumbuhan pesat. 

Thailand yang berhadapan kudeta, penggulingan Perdana Menteri, rusuhan pelajar pada hujung tahun 80an juga mampu memperlihatkan perkembangan ekonomi 10%. 

Mahathir hanya PM Malaysia. 'Jajahannya' tidak termasuk Thailand dan Indonesia. Jangan menghidupkan pendewaan tanpa asas.


Singapura bukan 'milik' Malaysia satu masa dulu

Ramai rakyat Malaysia hari ini menyangka Singapura adalah serpihan Malaysia dan dahulunya 'milik' Malaysia.

Hakikatnya, sebelum pembentukan Malaysia 1963, Singapura bukan sebahagian Malaya. Ia telah berdiri sebagai negara asing sejak Thomas Stamford Raffles membelinya dari Sultan Ali, anak Sultan Hussin, Sultan Singapura yang diiktiraf Inggeris.



Penyertaan Singapura dalam penubuhan negara baru bernama Malaysia mengekalkan  undang-undang buruhnya dan kuasa autonominya dalam bidang pendidikan.

Ini menjelaskan lagi pengakuan Tengku Abdul Rahman pada awal 1980an menerusi temubual beliau dengan Abdullah Ahmad, bahawa dia mahukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana hasrat Brunei yang enggan dijadikan persekutuan bersama Sabah dan Sarawak seperti rancangan British jika Malaya tidak bersama.

Namun sejarah mencatatkan, British mensyaratkan supaya jika itu mahunya Tengku, Singapura haruslah diterima bersekali. Tengku menerima syarat tersebut dengan berat hati dan Brunei tidak jadi menyertai Malaysia. 

Faktor kepada hal tersebut mungkin Brunei tahu bahawa Singapura mempunyai agenda untuk berdiri sebagai negara sendiri dan Brunei juga lebih dari mampu.

Selepas PBB ditubuhkan pada tahun 1948, semua koloni telah dijanjikan kemerdekaan dari penjajah mereka.

Tetapi fakta jelas ialah kemerdekaan Singapura dicapai atas pemberian Malaysia setelah Singapura sukar untuk mendapat kemerdekaan dari British.

Ia juga dilakukan atas dasar rakan-rakan yang tidak sependapat dalam sesetengah perkara tetapi saling bantu membantu dalam sesetengah perkara.

Namun, hubungan antara rakyat tetap seperti hidup senegara. 

Hal ini disebut adalah disebabkan pemisahan Singapura dan Malaysia bukanlah atas kehendak rakyat Singapura sedangkan kemasukan Singapura dalam perjanjian menubuhkan Malaysia dibuat melalui Referendum tahun 1962 dan disokong hampir 80% penduduknya.

Apa yang jelas, anak-anak kita harus diingatkan bahawa persepsi Singapura dahulunya 'milik' Malaysia adalah tidak benar.



Ini membantu mengubah persepsi rakyat Singapura hari ini yang menganggap pada pemikiran rakyat Malaysia, melalui lidah pemerintahnya, Singapura bertindak keluar dari Malaysia.

Permainan ini juga disebarkan dari puak pro pemisah dari Sabah dan Sarawak  bahawa tindakan Singapura keluar dari Malaysia menyebabkan Singapura maju seperti hari ini tanpa menceritakan bahawa Singapura itu hanya sebuah bandaraya.

Kedudukannya di dalam Malaysia hari ini jika tidak dipisahkan menjadi duri kepada sistem federalisme yang diamalkan sekarang kerana perjanjian ke atas mereka adalah berbeza dari apa yang dipersetujui pemimpin dan kepala kaum dari Sabah dan Sarawak pada ketika itu.

Biarpun usaha mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak telah semakin diusahakan untuk dikembalikan mengikut perjanjian asal, hak Singapura tentu sekali lebih lagi dituntut kerana niat Lee Kuan Yew untuk mencampuri urusan pribumi dengan mengubah perlembagaan negara  Malaysia adalah jelas.

Justeru, jangan disebar pemikiran bahawa Singapura adalah 'milik' Malaysia satu ketika dahulu. Begitu juga pemikiran bahawa Sabah dan Sarawak adalah 'milik' Malaya.

Lembu berpegang kepada tali. Manusia berpegang kepada janji.


Harga minyak diramal turun.


Harga minyak di pam bagi mingguan bermula esok diramalkan turun 1 hingga 3 sen atau tidak berubah.

Kemungkinan untuk harga minyak naik adalah rendah berdasarkan trend harga minyak mentah mingguan berakhir hari ini.

Jika ada kenaikan, kerajaan perlu jelaskan rasional di sebalik kenaikan tersebut selewat-lewatnya lusa.

Untuk rekod, harga minyak di pam hari ini adalah RM2.12 seliter bagi RON95.