Tinggal kurang 24 jam sebelum perlawanan final timbal balik Malaysia Indonesia bagi merebut juara baru Final Piala AFF Suzuki 2010.Disebalik ugutan bunuh, santau, tembak, letupan mercun dan bermacam lagi ugutan yang tidak masuk akal, termasuk ugutan membelasah penyokong Malaysia, tidak ada lain dari kekuatan mental fizikal yang dituntut oleh rakyat Malaysia buat pasukan kebanggaan negara ini.
Bukan sekadar seri atau kalah tipis, KAMI MAHUKAN KEMENANGAN dicipta di Stadium GBK Senayan dan ugutan nakal penyokong Indonesia dan ancaman serangan bertubi-tubi pasukan Indonesia bukanlah sesuatu yang baru dan perlu ditakuti.
Kami yakin dengan kekuatan mental dan fizikal pasukan kebangsaan didikan K. Rajagobal ini dan kami mahu melihat hasil cemerlang dari Sekolah Sukan Bukit Jalil menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Kami juga mahukan ranking FIFA untuk Malaysia naik, jauh meninggalkan tangga ke 144 hari ini.
Selamat berjuang buat para perwira kebanggaan negara.










