Friday, November 21, 2008

Ahli MPT DAP Kantoi Proses CD Haram!

The Star Online, Friday November 21, 2008

Town councillor held over production of pirated CDs

TAIPING: A Taiping municipal councillor from the DAP has been detained on suspicion of producing pirated CDs and VCDs at his home in Taman Seri Hijau.

A team from the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry enforcement division were seen taking out about a dozen boxes from the house in Jalan Kucing, including two computers and bottles of printing ink, into a van before detaining the councillor yesterday.

The handcuffed councillor covered his face with a towel and was accompanied by two officers into a car at about 7.15pm.

State enforcement chief Mohd Shahar Othman confirmed the arrest.

Ulasan

Lihatlah dunia. Ahli Majlis Perbandaran Taiping dari DAP ditangkap kerana disyakki menjadikan rumahnya markas memproses CD dan VCD cetak rompak. Ahli parti sahsiah apa ni? Apa kriteria untuk dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran di negeri Perak? Cukup dengan berpihak kepada perkenan Menteri Besar sebenar negeri Perak, mewakili DAP dan mencari makan secara haram? Apa kena semua ni?

Inilah dia kerajaan negeri yang 'baik' yang 'progresif' yang 'telus' dan yang 'lebih bersih dari kerajaan dulu'. Hinggakan tauke VCD cetak rompak yang ternyata tidak mempunyai rasa hormat terhadap undang-undang pun boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran. Moraliti tak ada. Pemikiran selekeh dan memilih rezeki haram.

Siapa pula yang akan dilantik selepas ini? Bapa ayam rumah pelacuran? Tauke judi haram? Tauke disko yang mempunyai berpuluh-puluh pelayan dari PRC? Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang memerintah Perak kerana memulakan tradisi memilih tanpa mengkaji. Asalkan roket, mampu sampai ke bulan penuh dan bulan gerhana, bubuh sajalah. Tahniah!

Tahniah jugalah kerana berita sebegini tidak akan pantas mendapat tempat dalam media aliran pembangkang seperti Malaysiakini yang lebih gemar menyelak kain orang lain dan mencari 'button' untuk menaikkan rasa tidak senang bukan sahaja pemerintah, malah kaum majoriti.