Monday, December 03, 2012

Persamaan Bosnia Dan Malaysia Dibawah Pakatan Rakyat

Berikut adalah pecahan agama di Bosnia dan Herzegovina. Negara tersebut merupakan negara yang mempunyai 3 presiden iaitu Nebojša Radmanović yang mewakili Serb Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Ortodoks Serbia, Željko Komšić yang mewakili Croat Bosnia yang sebahagian besarnya menganut Kristian Katolik dan Bakir Izetbegović yang mewakili Bosniak yang sebahagian besarnya menganut agama Islam.    

Dari angka tersebut, pecahan kaum di Bosnia dan Herzegovina ialah, 49.4% Bosniak, 39.1% Serbs, 12.6% Croats dan 1.9% Lain-lain.

Hukum politik jenis bertiga ini cuba ditiru oleh Pakatan Rakyat di negara ini dengan mentiadakan ketua Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, tiada Presiden Pakatan Rakyat sepertimana terdapatnya Presiden Barisan Nasional. 

Sebab itulah mereka hanya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de-facto. Ini kerana, jika mereka menang, hanya satu kerusi Perdana Menteri yang tersedia.

Oleh sebab itu, keterujaan mereka untuk merepublikkan negara ini sangat tinggi kerana dengan cara itulah sahaja, mereka dapat meletakkan ketua de-facto sebagai Presiden negara dengan dibantu oleh tiga Perdana Menteri dari ketiga-tiga aliran komponen parti yang berbeza, DAP, PAS dan PKR.

Cuba kita lihat pecahan terkini dari akumulasi kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di parlimen dalam PRU12 2008. 

Bukankah jelas bagi mereka yang mempunyai otak yang waras bahawa tanpa perlu bersuluh lagi, kuasa politik berada di tangan siapa. Sama ada di pihak sekular bukan Islam yang anti Islam, pihak sekular Islam politik dan pihak fundamentalis Islam politik.

Politik inilah yang dipakai di Bosnia dan Herzegovina yang menghasilkan satu ketetapan yang mengejutkan kita. Bosnia dan Herzegovina mengambil sikap berkecuali dalam undian di PBB bagi menyokong Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli - dibaca berkecuali dalam mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Ini sangat mengejutkan kita kerana negara Serbia sendiri, mengundi YA untuk menyokong Palestin dalam usul tersebut.

Bosnia dan Herzegovina tidak dapat mengundi kerana Presiden dari kalangan Serb Bosnia tidak bersetuju. Kata putus tidak dapat dicapai kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan ketiga-tiga Presiden. 

Kita dapat lihat dengan jelas, bagaimanakah dasar negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Lebih buruk lagi, DAP dengan anti Islamisasi, PKR dengan pluralisme agama dan PAS dengan Islam politik akan menghasilkan sebuah negara yang lebih buruk dari Bosnia Herzegovina hari ini tanpa mengira demografi.

Walau seluruh umat Islam mengundi PAS, corak pentadbiran bertiga ini hanya akan menghentikan terus proses Islamisasi dan dasar sosialis yang anti Islam akan membunuh pula bibit-bibit Islam yang sedang subur bercambah.

Malaysia dibawah Pakatan Rakyat akan menjadi bahan jenaka dunia Islam kerana kebodohan umat Islam negara ini membuat pilihan akibat buta politik dan memilih berdasarkan hasad yang disemai bukan Islam, yang akhirnya meletakkan Malaysia sebagai bukan negara Islam walaupun majoritinya adalah Muslim.

Jika ini yang anda mahukan, undilah Pakatan Rakyat.



Mungkin Ini Calon MCA Untuk Ipoh Timor?


Calon MCA bagi Ipoh Timur bagaikan sudah diketahui. Dia merupakan seorang pemimpin Beliawanis MCA  yang kini sedang heboh diperbincangkan di laman sosial tersebut di kalangan ahli MCA. 

Kunci mula hal ini dijumpai ialah terpaparnya di Facebook teman satu gambar beserta komentar-komentar di dalamnya.

Turut menjadi pembayang ialah nama pemimpin-pemimpin MCA di Ipoh yang diperkatakan bakal menjadi calon pilihanraya di Ipoh Timor dan Ipoh Barat. 

Calon Beliawanis MCA itu ialah Kat Wong yang dikatakan seorang yang sangat bekerja keras, tiada musuh, bersih dan mempunyai imej yang baik.

Teman tak kisahlah siapa pun pilihan MCA. Tetapi bagi parlimen Ipoh Timor yang mempunyai lebih 100,000  pengundi, di mana lebih 85% daripadanya merupakan kaum Cina, mungkin sahaja ada yang hendak diperkatakan.

Keprihatinan teman adalah semata-mata atas dasar Ipoh Timor adalah jiran kepada parlimen tempat teman membuang undi, yakni Tambun, manakala penyandang kerusi parlimen Ipoh Timor sekarang ialah kuda tua DAP,  Lim Kit Siang.

Walaubagaimanapun, jika berita ini benar, tahniah Kat Wong dan semoga berjaya merampas kerusi Ipoh Timor dan sila turun padang mulai sekarang.



Ahli MCA Kaki Sabotaj, MCA Perak Perlu Waspada Pilih Calon PRU13

Lihat sahajalah ugutan dari ahli MCA sendiri yang teman jumpa. Sikap 'khianati' perjuangan parti mungkin tabu dalam UMNO, tetapi tidak di dalam MCA.

Hakikatnya, MCA bukanlah lemah di Ipoh. Tetapi perseteruan antara mereka dalam mempertikaikan pemilihan calon, yang tidak mungkin kita fahami mengapa, menjadi punca kalahnya MCA di Ipoh. Itu menandakan DAP bukanlah sekuat mana pun.

Masakan tidak, dengan Kulasegaran di Ipoh Barat dan Lim Kit Siang di Ipoh Timor, dua wakil rakyat ini sememangnya bukan merupakan wakil rakyat yang bagus melainkan hanya jaguh bertengkar di Parlimen yang bukan berkait isu pengundinya.

Lebih bagus wakil-wakil dari MCA yang sentiasa turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat.

Teman bukanlah nak menyibuk hal MCA. Tetapi teman juga bukan ahli UMNO. Maka, teman wajar juga menyentuh isu ini agar menjadi peringatan kepada pucuk pimpinan MCA dalam menilai calon-calon yang bakal mereka cadangkan kepada Perdana Menteri untuk PRU 13.

Dengan bersahaja dan terbuka, 'ugutan' dibuat untuk tidak mengundi - dibaca mengundi parti lawan - sekiranya calon yang terpilih itu, tidak seperti yang di duga. Politik mereka sungguh pelik. 

Yang menjadi mangsa tentulah si Perdana Menteri sendiri yang memimpin Barisan Nasional dan hanya menyerahkan kepada pucuk pimpinan MCA sendiri dalam soal memilih calon.



Soalnya, mengundi seseorang itu untuk melantiknya bekerja , atau untuk memanjangkan 'visa kerja' ? Jika tidak dilantik muka baru , maka orang luar muka kedut nak mati macam Kit Siang lah tetap diundi. Walaupun habuk pun tarak untuk si pengundi. Maka, jangan busuk hati sangatlah.

Orang Luar Sambut Anwar Di Taman Perpaduan

Teman dah agak. Seperti yang diulas oleh Facebook Taman Perpaduan di Facebook Penyair Hitam, rata-rata yang datang ke Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim di Taman Perpaduan petang semalam adalah orang luar. 

Tapi memang ada la satu dua muka PAS tegar yang termenyih-menyih apabila Bapa Pluralisma merangkap Bapa Korupsi Nasional ni sampai ke kawasan tu. Tak ke ironik fundamentalis Islam memuja Bapa Pluralisma? Itu biasa bagi penganut Islam politik.

Untuk rekod, jumlah pengundi di DUN Hulu Kinta pada PRU 12 2008 ialah kira-kira 23,000 dengan 19,000 yang keluar mengundi. Dari jumlah tersebut, 6,000 orang mengundi PKR walaupun diletakkan calon India di DUN yang mempunyai 63% pengundi Melayu itu.

Namun, petang semalam, kurang dari 500 orang yang datang mendengar sembahan agung puak pluralis agama ini menyampaikan dakyah. Bicaranya berkisar tentang fitnah yang kononnya dilontarkan ke atasnya. Fitnah dia atas orang lain dia lupa nak cerita.

Jika ditolak dari mereka yang datang semata-mata hendak melihat aksi kelibat serta bas mewah yang dipimpin sebuah Toyota Camry yang bukan calang-calang, hanya 200 hingga 300 sahaja penjilat totok Anwar yang mahu hadir.

Menurut Facebook Taman Perpaduan, Taman Perpaduan mempunyai 12,000 orang penduduk dan menurut teman, dari jumlah itu, sudah tentulah tidak kurang dari 5,000 pengundi berdaftar ada di sana.

Walaubagaimanapun, PM Najib tak teringin kah nak datang Taman Perpaduan? PM Mahathir pernah dah datang dulu. Setahun selepas diterajangnya Anwar keluar kabinet. Pun begitu ketika itu, 10,000 orang dari berbagai pelusuk kawasan menyambutnya.

Teman petik kata-kata seorang penduduk Taman Perpaduan. "Belum jadi PM dah semewah itu, kalau jadi PM habislah duit rakyat". 


Foto dipinjam dari Facebook Penyair Hitam - Back to Album