Wednesday, July 29, 2015

Gempar Bukit Aman terbakar ! [ DIKEMASKINI ]

[Kemaskini]

20:27 Menurut rakan petugas media, api dari puntung tempat merokok berhampiran pantri Tingkat 10 menjadi punca lalu membakar barangan lama yang terlonggok belum dibuang. Api telah berjaya dikawal dan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara ini.


19:57 Gempar petang ini apabila kecoh di laman sosial penampakan bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terbakar teruk.

Kejadian ini tentu sekali menggemparkan rakyat negara ini yang terkesan dengan isu politik semalam, isu keselamatan yang sering diwawarkan.

Semoga pihak bomba dan penyelamat dapat memadam kebakaran ini dari merebak dengan teruk seperti sebuah bangunan 20 tingkat yang hangus dijilat api di Jalan Dang Wangi pada tahun 1976 yang mengakibatkan kerugian 50 juta ringgit dan mengakibatkan kebakaran selama 30 jam dengan meragut 1 nyawa.





Imbasan detik mula jalan Muhyiddin menjadi TPM


Timbalan Presiden 3 penjuru, Naib Presiden rebutan 8 calon.

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2008 12:00 AM

Oleh: G. MANIMARAN
editor@mstar.com.my

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pada hari terakhir persidangan perwakilan bahagian semalam, bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berjaya melayakkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, calon terakhir memperoleh tiket ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim - sekali gus bakal menyaksikan saingan lapan penjuru.

Dengan perkembangan tersebut, jawatan tersebut bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Malah persaingan tersebut dijangka paling sengit selepas pemilihan jawatan Timbalan Presiden tahun 1987 - yang menyaksikan saingan antara Allahyarham Tun Gafar Baba dan Tun Musa Hitam.

NASIHAT ABDULLAH

Bagaimanapun Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap penyokong tiga calon Timbalan Presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac depan.

Katanya, pertandingan dalam parti itu telah mewujudkan tiga kumpulan penyokong dan ia boleh menyebabkan perpecahan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berharap ia bersifat sementara dan penyokong mereka kembali bersatu selepas pemilihan itu nanti.

"Itu adalah kehendak ahli Umno dan ini bermakna ketigatiga calon itu perlu bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas semalam.

Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan Ketua Penerangan Umno pusat memperoleh tiket melepasi had kelayakan tengah hari semalam.

Setakat semalam beliau memperoleh 36 pencalonan.

REAKSI MUHAMMAD

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Muhammad, 63, yang juga anggota Kabinet pusat menyifatkan ia sebagai peluang bagi ahli-ahli akar umbi membuat pemilihan dan penilaian untuk memilih Timbalan Presiden yang dapat membantu Presiden mengetuai parti.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada bahagian dan perwakilan yang mencalonkan saya dan juga mereka bahagian yang tidak mencalonkan.

"Apa pun ini membolehkan wakil-wakil akar umbi membuat pemilihan dan penilaian," kata beliau sambil mengulangi akan tetap bertanding jawatan tersebut.

Jelas beliau, kejayaan memperoleh pencalonan mencukupi menandakan kerusi Timbalan Presiden akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan para perwakilan akan mempertimbangkan kualiti yang diperlukan untuk menyandang kerusi itu, sekali gus membantu Presiden parti kelak.

Semalam Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, 59, melayakkan diri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 61, telah muncul orang pertama melayakkan diri menyaingi kerusi itu yang dikosongkan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

BERKECUALI

Najib telah pun memenangi jawatan Presiden tanpa cabaran Ahad lalu.

Bahagian Pekan diketuai Najib dan Kepala Batas dipimpin tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan Majlis Tertinggi.

Ali dan Muhyiddin merupakan Naib Presiden semasa.

Muhammad pernah memegang jawatan Naib Presiden selama dua penggal dengan kali pertama dipilih pada 1993. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor.

Semalam beliau turut mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya.

Ketika ditemui wartawan selepas merasmikan persidangan bahagiannya, Muhammad turut menyatakan kesediaan beliau untuk bekerja keras dengan turun padang dan menemui anggota di peringkat akar umbi demi memastikan Umno kukuh bukan sahaja di bandar malah juga di kampung.

Muhammad yakin bahawa usahanya itu sedikit sebanyak dapat membantu pemimpin negara memimpin dengan lebih efektif.

Ketika mengulas mengenai jumlah pencalonan yang paling rendah diperolehinya berbanding dua calon lain iaitu Muhyiddin dan Ali, beliau berkata, kadang kala pencalonan itu dipengaruhi faktor tertentu dan ketua bahagian Umno itu sendiri.

Namun begitu, Muhammad berkata, perwakilan mempunyai citarasa sendiri dan inilah yang akan menentukan pemilihan pada Mac kelak.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Muhammad sehingga semalam mendapat 35 pencalonan sebelum menambah sembilan lagi daripada bahagian Kelana Jaya, Ampang, Tanjong Karang, Kuala Lipis, Tenggara, Sungai Siput, Hulu Selangor, Kota Marudu dan Bayan Baru semalam.

Ali semalam menambah enam pencalonan, menokok kepada 47 keseluruhannya, hasil sokongan daripada Bahagian Pasir Puteh, Ipoh Timur, Rembau, Lembah Pantai, Bukit Bendera dan Batu Sapi.

Muhyiddin, yang terus mengungguli pencalonan, mendapat sokongan daripada Bahagian Pengerang (Johor), Putatan, Putrajaya, Libaran (Sabah), Bukit Bintang, Temerloh dan Arau (Perlis) semalam menjadikan jumlah pencalonan yang diperoleh pada hari terakhir sebanyak 91 pencalonan.

Minggu terakhir persidangan perwakilan bahagian dikejutkan dengan pelbagai insiden apabila persidangan Umno Bahagian Larut ditangguhkan selepas mendapat kebenaran daripada Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Hasbullah Osman berhubung penolakan pencalonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainudin bertanding jawatan ketua bahagian Larut.

Bahagian Tanah Merah kelmarin juga ditangguhkan atas arahan mahkamah manakala mesyuarat Bahagian Seremban semalam pula terpaksa ditangguhkan akibat kejadian tumbukmenumbuk dan membaling kerusi menyebabkan dua perwakilan cedera.

Sebelum ini, persidangan perwakilan ditangguhkan bagi tiga bahagian iaitu Seputeh, Pengkalan Chepa dan Tenom.

Sementara itu, Rais memperoleh sokongan daripada Bahagian Putatan dan Kudat (Sabah), Ampang, Kelana Jaya (Selangor), Rembau (Negeri Sembilan), Putrajaya, Tenggara (Johor) dan Temerloh (Pahang) menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya untuk jawatan Naib Presiden menjadi 26 manakala Jamaluddin dicalonkan oleh bahagian Ampang (Selangor), Kuala Lipis dan Temerloh (Pahang), Lembah Pantai, Kota Marudu(Sabah), Hulu Selangor dan Sungai Siput (Perak) menokok kepada 25 pencalonan.

Lain-lain calon yang sudah melepasi had kelayakan bertanding jawatan naib presiden ialah Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (152 pencalonan); Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (105); Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (72); Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (79); Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar (32) dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad (26).

Bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pula menyaksikan sekurang kurangnya 68 calon layak bertanding selepas masing-masing melepasi had kelayakan minimum iaitu 10 pencalonan.

Dalam saingan jawatan Ketua Pemuda Umno, anggota Exco Pemuda Datuk Mukhriz Tun Mahathir terus mengungguli pertandingan itu dengan kekal memperoleh 74 pencalonan. Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memeperoleh 52 pencalonan manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menambah satu lagi pencalonan semalam daripada bahagian Ampang (Selangor) menjadikan jumlah pencalonan sebanyak 62.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menarik diri pada 23 Oktober lepas memperoleh satu pencalonan daripada bahagian Padang Besar.

Bagi jawatan naib Ketua Pemuda, anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim yang memperoleh satu lagi pencalonan daripada bahagian Ampang, masih mendahului persaingan dengan 99 pencalonan.

Pesaingnya, anggota Exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican kekal dengan jumlah keseluruhan 75 pencalonan.

Calon lain untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Umno ialah Ketua Pemuda Umno bahagian Kota Kinabalu, Bahrul Razha Chuprat (tiga), Ketua Pemuda bahagian Bagan, Marzuki Yahaya, Ketua Pemuda bahagian Subang, Megat Firdaus Megat Junid, Khairy dan Ketua Pemuda bahagian Kapar, Faizal Abdullah, masingmasing masih tidak berganjak dengan satu pencalonan.

Sehingga malam tadi, kesemua 189 Pemuda Umno bahagian di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor telah selesai mengadakan persidangan perwakilan masing-masing yang bermula 9 Oktober lepas.

Bagaimanapun dua lagi bahagian Pemuda di Sabah iaitu Batu Sapi dan Semporna masih belum ada keputusan berikutan terdapat bantahan terhadap keduadua persidangan yang akan diumumkan keputusannya oleh Badan Perhubungan Negeri Sabah.

Penyandang Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz semalam menerima satu lagi pencalonan daripada Wanita Umno Bahagian Penampang sementara Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menambah tiga lagi pencalonan (Bukit Bendera, Beluran dan Sipitang) bagi pertandingan jawatan Ketua Wanita Umno.

Shahrizat yang semalam menyatakan kesediaannya untuk membincangkan semula tarikh peralihan kuasa bersama Rafidah mengumpul keseluruhan 73 pencalonan. Rafidah pula mengumpul 117 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, Shahrizat serta Exco Wanita Pusat Datuk Kamilia Ibrahim layak melepasi kuota kelayakan dengan masingmasing mengumpul 114 dan 55 pencalonan untuk pertandingan dua penjuru.

Pemimpin lain yang turut menerima pencalonan pertandingan jawatan Naib Ketua Wanita, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengumpul 16 pencalonan; Naib Ketua Wanita ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan (dua pencalonan); Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Mohamad Sadique (dua pencalonan) dan Exco Wanita Umno Datuk Dr Norraesah Mohamad (satu pencalonan).

Kesemua 190 Pergerakan Wanita Umno Bahagian telah menamatkan persidangan masingmasing kecuali Wanita Umno Bahagian Pokok Sena yang masih belum menetapkan tarikh persidangan.

Sementara itu, kesemua 190 bahagian Puteri selesai bersidang semalam tidak termasuk Puteri bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang yang digantung kerana memiliki tujuh cawangan tidak berdaftar.

Keputusan itu menyaksikan pertandingan tujuh penjuru untuk merebut jawatan Ketua Puteri antara penyandang Naib Ketua Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Penerangan Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi biro keahlian Puteri Umno Datin Ismalina Ismail; setiausaha pergerakan Bibi Sharliza Mohd Khalid; Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq; pengerusi tetap Puteri bahagian Petaling Jaya Utara Ida Rahayu Mohd Noor dan bekas Ketua Puteri Umno cawangan Taman OUG, Bahagian Seputeh, Saarah Ali Bashah.

BERITA TERDAHULU (SEMALAM):

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berupaya memperoleh tiket untuk muncul sebagai pemimpin ketiga layak bertanding jawatan Timbalan Presiden?

Ia bakal diketahui dalam beberapa jam lagi dengan peringkat terakhir bahagian mengadakan persidangan perwakilan hari ini.

Jika Muhammad layak, yang berulang kali telah menyatakan bahawa akan tetap bertanding jawatan Timbalan Presiden jika dicalonkan, bermakna kerusi itu akan menjadi rebutan tiga penjuru.

Ketika dihubungi mStar Online malam tadi, Muhammad yang juga Ketua Penerangan Umno yakin tetapi menyerahkan kepada bahagian untuk membuat keputusan.

"Saya memerlukan tiga lagi pencalonan, kita tengok esok," kata beliau.

Semalam Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam - pemimpin kedua yang berjaya melepasi garisan kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Berdasarkan perkembangan petang semalam, beliau telah memperoleh tujuh pencalonan hari ini, sekali gus melepasi had minimum.

Setakat ini kedua-dua Naib Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ali - telah memperoleh tiket untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Muhyiddin memperoleh 84 pencalonan, Ali (41) dan Muhammad pula 36.

Dalam pada itu, ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Ali berkata, apa yang dicapai hari ini merupakan cabaran fasa pertama dan menjangkakan peringkat seterusnya lebih mencabar lagi.

"Saya melihat fasa akan datang lebih mencabar," katanya.

Beliau sekali lagi mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian yang telah mencalonkan saya," kata beliau.

Seorang bakal calon perlu memperoleh 39 pencalonan untuk layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Bahagian yang mencalonkan Ali hari ini ialah Ketereh, Tumpat, Kubang Kerian, Pasir Salak, Kuala Nerus, Pendang, Sungai Petani dan Sandakan.

Mohd Ali, 59, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka dilahirkan di Kampung Bukit Katil, Melaka dan mendapat pendidikan awal dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Katil (1956 1960) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Semabok, Melaka pada 1961.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Melaka.

Bapa kepada tiga orang anak itu memiliki Ijazah Sarjana Muda bidang Sains Sosial (Pembangunan Ekonomi), daripada Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984-1986. Jawatan Timbalan Presiden Umno akan menyaksikan pertandingan selepas 21 tahun, kerana selama ini jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dengan restu majlis tertinggi parti.

Jawatan nombor dua Umno menyaksikan pertandingan terakhir pada 1987, apabila Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba memenangi jawatan itu dengan kelebihan 40 undi mangalahkan penyandang Tun Musa Hitam ketika itu.

BERITA TERDAHULU:

Saingan Timbalan Presiden fokus hari ini, Pekan penentu sokongan Najib

PETALING JAYA: Tinggal 49 bahagian lagi mengadakan persidangan perwakilan masing-masing menjelang tengah malam esok, tumpuan beralih kepada jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Selepas Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memenangi jawatan Presiden Ahad lalu tanpa cabaran, fokus semasa ialah sama ada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib akan memperoleh pencalonan minimum untuk layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Salah seorang Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun melayakkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dua minggu lalu.

Muhyiddin kini menguasai 79 pencalonan.

Jawatan itu memerlukan minimum 39 pencalonan.

Bagi membolehkan Muhyiddin menang tanpa bertanding, rekod yang dicapai Najib pada Ahad lalu, beliau memerlukan 43 lagi pencalonan.

Ali, Ketua Menteri Melaka dan Muhammad yang juga Ketua Penerangan Umno dan anggota Kabinet masing-masing telah memperoleh 32 dan 30 pencalonan.

Ali dan Muhammad masing-masing merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Melaka dan Selangor.

Pemimpin keempat dicalonkan bagi jawatan itu ialah Datuk Shahrir Abdul Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau yang sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk tidak merebut sebarang jawatan tertinggi parti hanya memperoleh satu pencalonan setakat ini.

Hari ini 26 bahagian dijadual mengadakan persidangan masing-masing.

Ali memerlukan tujuh pencalonan lagi manakala Muhammad perlu memperoleh sembilan.

Kedua-dua Ali dan Muhammad sebelum ini berulang kali menegaskan tidak akan menarik balik tawaran untuk bertanding jawatan tersebut.

Satu lagi bahagian yang menarik untuk diperhatikan ialah Pekan yang diketuai oleh Najib.

Sokongan bahagian itu dilihat sebagai satu pengesahan kepada calon kerusi Timbalan Presiden.

Esok Bahagian Kepala Batas, yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengadakan persidangan perwakilan.

Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden.

Melalui sistem kuota, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan (daripada 191 bahagian Umno kini), timbalan presiden (20 peratus atau 39 pencalonan), naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan dan majlis tertinggi (5 peratus atau 10 pencalonan).

Dalam pada itu, bagi kerusi Naib Presiden tiga calon 'utama' iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik terus memburu pencalonan minimum daripada bahagian-bahagian yang bersidang hari ini dan esok.

Setakat semalam Jamaluddin sudah mengumpulkan 18 pencalonan, kurang dua untuk melayakkan diri bertanding jawatan tersebut, Rais memerlukan lima lagi manakala Rahim pula perlu mencari 10 pencalonan tambahan.

Enam calon sudah pun memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Naib Presiden.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (115), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (83), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (64), Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (61), Datuk Seri Syed Hamid Albar (24) dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (21).