Isnin, Februari 22, 2010

Sisters In Islam Wajar Tutup Kedai

Jelas dan terang. Sisters In Islam ditempelak oleh PAS dan Puteri UMNO. Jadi atas dasar apakah relevannya Sisters In Islam untuk kekal menggunakan perkataan 'Islam' pada pertubuhn tersebut.

Tetapi kita tidak juga dapat menentang salahguna perkataan Islam bagi sesebuah perjuangan kumpulan yang hakikatnya berjuang untuk kepentingan serndiri. Contohnya PAS. Terlalu banyak yang PAS 'pusing' demi kepuasan sahabat kafirnya.

Tetapi, SIS telah jelas merupakan kumpulan yang tidak Islamik tetapi berjuang menegakkan agenda liberal dengan kononnya memihak kepada wanita-wanita Muslim.

Mereka tidak pernah mencetuskan polemik yang menguntungkan Islam dan mereka sebenarnya kelihatan lebih munafik lagi lebih kafir dari golongan kafir zimmi di negara ini kerana cuba menjadi jaguh dalam isu-isu berkaitan islam dengan menunjukkan penentangan mereka ke atas hukum-hukum islami.

Sisters In Islam wajar dimalukan dengan protes agar kumpulan ini dibubarkan kerana agenda masonik mereka terlalu jelas kelhatan. Malah dewasa ini, mendengar nama Sisters In Islam sahaja sudah cukup memberi gambaran bahawa ianya merupakan sekumpulan orang 'jahat' yang berpura-pura membela Islam tetapi hakikatnya cuba merosakkan susunatur ketertiban dan keluhuran ajaran Islam itu sendiri.

Hari ini, ramai orang Islam yang membenci SIS dan SIS hanya didokong oleh pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang mempunyai agenda untuk menghakis pengaruh Islam di negara ini.

Mereka juga kelihatan seperti tidak memerlukan sokongan orang Islam selama ini kerana mereka telah hanyut dan asyik kerana disokong oleh golongan anti-Islam di negara ini.

Maka untuk apa Sisters In Islam terus wujud? Bubarkan sahaja pertubuhan yang 'membawa sial' ini. Ia tidak relevan lagi. Ramai yang sudah tahu agenda pertubuhan ini.

Atau mungkin 'kebangkitan' fizikal yang mereka nantikan? Itu semua tidak perlu. Cukup sekadar dengan perang saraf yang menunjukkan kita orang Islam membenci SIS. Seperti menulis di ruangan-ruangan majalah dan akhbar, mencetak dan mengedarkan poster dan risalah butir-butir fakta dan hujah yang menghentam SIS barangkali?

Selasa, Februari 16, 2010

Antara Masjid Ko Phi Phi Dan Masjid Kinrara

EDISI BALIK KEMBARA

Anda pernah mendengar Ko Phi Phi? Terletak dalam wilayah Krabi dan kedudukannya antara Ko Lanta, Pekan Krabi dan Pulau Phuket, Ko Phi Phi sangat indah diciptakan Allah untuk menzahirkan kehalusan definisi pantai yang indah bagi citra selera manusia.

Di Ko Phi Phi Leh, yang merupakan 'anak' kepada Ko Phi Phi Don, iaitu Ko Phi Phi yang lebih besar, Leornado Di Caprio telah diambil untuk melakonkan watak Richard dalam filem The Beach keluaran tahun 2000 yang menceritakan pengembaraan seorang anak muda yang mencari pantai paling indah dan tak terusik oleh siapa-siapa di dunia. Lokasi filem tersebut memilih Mahyah Bay, sebuah teluk yang dikelilingi oleh tunggul-tunggul batu kapur yang terletak di Ko Phi Phi Leh.

Mahyah Bay di Ko Phi Phi Leh, lokasi penggambaran The Beach.


Berbalik kepada Ko Phi Phi, pulau yang asalnya bernama Pulau Api-Api, merujuk kepada jenis pokok bakau yang terdapat di situ, mula didiami oleh nelayan berketurunan Kedah sejak ratusan tahun lalu. Pada tahun 1940an, peladang kelapa dari tanah besar yang juga dari keturunan Kedah membuka kawasan tanaman kelapa di situ.

Hari ini, dilantai barisan pepohon kelapa berusia puluhan tahun, telah padat dengan rumah tumpangan, restoran, bilik sewa, bar, cafe, rumah urut dan berbagai lagi kemudahan pelancongan. Penduduk asal beragama Islam berketurunan Kedah di sini memperoleh pendapatan dengan membawa bot-bot panjang untuk para pelancong menyewa dengan kadar harian. Mereka tidak lagi tahu berbahasa Melayu hatta ayat paling mudah.

Apa yang menarik, di sebuah pulau yang mana umat manusia yang bertenggek di atasnya mampu mencecah 5000 orang pada satu-satu masa, hanya 500 hingga 1000 orang merupakan penduduk asal pulau ini. Namun, sebuah masjid yang agak besar dan nyata telah wujud di situ.

Lebih membingungkan, ditengah-tengah kawasan yang telah menjadi sebuah perkampungan komuniti kulit putih yang ada diantara mereka telah berbulan menyadaikan diri di situ, laungan azan dari Masjid Ko Phi Phi (lihat gambar paling atas), tidak pernah gagal untuk diperdengarkan melalui corong menara masjid, hingga seluruh kawasan landai dan padat permatang Tongsai, kawasan yang menempatkan 90% pelancong di Ko Phi Phi ini mampu mendengarnya 5 kali sehari.

Permatang Tong Sai di Ko Phi Phi sejurus selepas Tsunami, hari ini, ia kembali padat dengan premis-premis perniagaan dan penginapan.

Walaupun sepanjang 'high season' dari November hingga April, pulau ini dipenuhi dengan dengan golongan yang bukan beragama Islam berbangsa Eropah pada kadar mencapai 80% dari keseluruhan umat manusia, tiada bantahan supaya azan tidak dilaungkan.

Aneh, di negara kita Malaysia, di mana populasi penduduk Islam telah mencecah 68%, telah wujud golongan yang buta hati, kotor, busuk dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat, dipilih untuk mewakili sesebuah bangsa yang sesetengahnya mempunyai satu agenda. Hentam Islam dari setiap sudut termasuk laungan azan yang dikatakan mengganggu.

Adakah trend menolak kematangan berfikir dan mendakap sentimen perkauman ini mahu dipakai sebagai acara politik? Jika ya, kita semua mengetahui, pihak manakah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman dan berbahaya.

Sesungguhnya, tidak seorangpun rakyat Malaysia layak untuk memakai kewarganegaraan negara ini jika mereka terus menyokong golongan chauvinist, anti-Islam, diskriminasi dan bersifat membolot apabila kuasa terlepas ke tangan mereka.

Mereka-mereka ini melindungi sifat perkauman mereka dengan lekas-lekas menuduh pihak lain bersifat perkauman agar fitnah mereka didengari terlebih dahulu sebelum fakta hujah pertuduhan menjadi ayat bela diri yang akan mereka manipulasi semata-mata. Dolak-dalik mereka sangat mudah dibaca dan mereka hakikatnya tidak pandai seni politik dan dungu.

Ko Phi Phi terus membangun walaupun 2000 orang maut semasa tsunami 2004. Azan terus berkumandang di permatang Tongsai yang umat manusianya terdiri dari 80% pelancong asing, di sebuah negara yang dikepalai oleh seorang Raja yang amat berhati-hati terhadap hati kaum minoriti yang patuh kepadanya.

Masjid-masjid baru di Krabi terus tumbuh dengan saiz yang sangat besar, sehingga sesebuah gugusan kampung-kampung yang berpenduduk 2000 orang mempunyai masjid sebesar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Azan terus berkumandang di negara yang mengangkat ajaran Buddha-Hindu sebagai agama teratas dalam bayangan sekularisma terpimpin pada perlembagaannya.

Tetapi di Malaysia, ada pihak berjiwa syaitan yang wajar diberi ingatan dan mungkin sedikit pengajaran tidak akan menjejaskan sesiapa demi masa depan anak bangsa Malaysia yang kini diacah senakalnya oleh golongan parasit ini.

Masjid yang baru di bina di pantai peranginan Phra Nang yang masih terletak di bawah daerah Ao Nang, dalam wilayah Krabi.

Masjid di Nong Thale, Route 4034 berhampiran simpang ke Route 4023.

Masjid Al-Aman di Ao Nang yang terletak di Route 4023.

Antara Krabi Dan Pulau Pinang

EDISI BALIK KEMBARA


Amat menghairankan bila kita lihat bandar-bandar di Thailand suasananya bersih walaupun negaranya dianggap kurang maju berbanding Malaysia dari segi prasarana. Tetapi itu mungkin itu anggapan orang yang mendengar kisah dari mulut ke mulut.

Penulis baru pulang dari bercuti di Ko Phi Phi, Krabi. Sepanjang jalan dari Hat Yai ke Krabi, laluannya melewati kampung-kampung dan penempatan orang-orang Islam berketurunan Melayu tetapi hanya berbahasa Thai.

Kepadatan pelancong asing di Krabi, Ao Nang dan Phi Phi berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, kawasan paling ramai pelancong Eropah di Malaysia.

Tetapi, amat menakjubkan. Pemerintah Thai tidak pula meroboh gerai-gerai kecil peniaga Islam di sana walaupun adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap hygeniknya dengan spesifikasi yang boleh dibuat dengan pertimbangan otak.

Kita sedia maklum bahawa negara Thai mempunyai pemerintah berpaksikan bangsa Thai dan agama Buddha. Namun mereka tetap berbangga kerana memiliki rakyat yang gigih berniaga. Mereka tetap benarkan peniaga tidak kira apa agama sekalipun, untuk mencari rezeki dengan kehadiran pelancong asing yang ramai di sana.

Maka jika dilihat di pantai Ao Nang, kita akan kagum dengan kegigihan peniaga-peniaga Islam berketurunan Melayu yang menjalankan perniagaan dipinggir jalan yang penuh dengan pelancong-pelancong Eropah.

Apa ada pada Pulau Pinang? Selain pihak Majlis Perbandarannya yang sangat jauh ketinggalan kerja kerasnya jika dibandingkan hatta dengan dengan Hat Yai, (kecuali dalam memeras cukai dari rakyat) yang paling jelas ialah mereka menurut kepada kepala negeri 'import' mereka yang memerintah seperti pewaris dinasti raja.

Tanjong Tokong yang kotor lautnya, tidak rela untuk hatta dicelup kaki ke dalamnya, dan keindahannya yang tersisa sekalipun tak akan mampu menarik pelancong sepadat Ko Phi Phi, Ao Nang, Railay, Ko Lanta dan sekitar daerah Krabi. Namun banyak gerai peniaga tempatan di Tanjong Tokong sedang dan akan diruntuhkan.

Jika dibandingkan dengan pemerintah Thai, nescaya kita tidak dapat menerima hakikat bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang ternyata bongkak, ingin memenuhi kantung sendiri dan tidak membawa apa-apa perubahan, malah membawa kerosakan yang lebih lagi terhada tata ketamadunan setempat.

Malah menjadi ironik pula apabila melihat kerajaan yang bergerak dengan mementingkan bahasa Cina dialek Hokkien idi sebuah negara yang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, melakukan penindasan yang tergopoh-gapah ke atas masyarakat Melayu yang merupakan majoriti 67% penduduk di negara ini. Memang benar Melayu hanya 40% di Pulau Pinang tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Hokkien pimpinan LGE membuahkan rasa benci majoriti umat Melayu di Malaysia.

Ibarat penjajahan Francis Light kembali ke Pulau Pinang. Tetapi kali ini Francis Light kuning langsat tidak berjambang dari Melaka. Penindasan terhadap peniaga Melayu Islam telahkelihatan akan bukan sahaja kepada melayu Islam, malah nanti, ke atas India Muslim dan peniaga makan India kecil-kecilan.

Untuk mengatakan bahawa pemandangan gerai buruk tidak hygenik dan segalanya dalam justifikasi meruntuhkan perniagaan orang Melayu di Pulau Pinang mungkin dusta semata-mata kerana dari perspektif umum, jelas Guan Eng mahu membolot segala peluang yang ada sementara dia belum tersingkir dari Pulau Pinang.

Jadi, mengapa ketelusannya dan CAT nya belum ada yang mahu pertikaikan dengan lantang?

Sesungguhnya, ingatlah, Lim Guan Eng amat berbahaya.



Peniaga Islam di medan selera pinggir muara Krabi


Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi.

Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi.

Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi, di kawasan yang sesak dengan pelancong asing.

Selasa, Februari 09, 2010

Mengapa Pakatan Rakyat Menjadi Platform?

Hilang kepercayaan: 100 ahli PKR sertai UMNO

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Gara-gara tidak lagi percayakan kepimpinan yang mementingkan agenda peribadi berbanding nasib rakyat, 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.

Kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di pejabat badan itu di sini malam ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan badan itu.

Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.

Sementara itu, menurut Norasidi, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang desakan.

"Kami yakin UMNO dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat,'' katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Ulasan

Selamat pulang dan ayuh kita strukturkan UMNO di kawasan-kawasan tersebut agar ia relevan dan bersesuaian dengan masa dan isu. Namun, apakah tindakan ahli UMNO kawasan mereka ini? Melayan mereka sebagai 'saudara yang baru' atau menyambung ikatan lama yang terputus?

Atau lebih buruk, menganggap mereka sebagai orang-orang yang terbeban dek penialain lampau mereka yang merugikan UMNO kawasan tersebut? Lalu 'dikuarantinkan'?

Sebenarnya, segalanya akan lebih licin, penuh diplomasi dan akan mengundang rasa berbesar hati yang tinggi andainya pemimpin sesebuah kawasan itu silih berganti. Jika demikian, mungkin bukan angka ratus sahaja yang dicatatkan, malah mungkin ribuan.

Kebanyakan penyokong PKR adalah ahli UMNO yang terpelanting akibat ribut dalam cawan sesebuah kawasan. Dari titisan terpelanting inilah mereka mencari jalan memakai isu nasional dengan agenda setempat.

Seandainya caligula-caligula yang telah memimpin cawangan selama berbelas tahun ini berganti dengan orang yang mereka lebih senangi dan tidak ada sejarah konflik pertikaian silam, nescaya mereka akan meninggalkan perjuangan "mata dajal" yang mereka sendiri akui sebagai palsu dan ibarat dahan rapuh tempat menumpang bergayut cuma selagi belum patah untuk jatuh terduduk.

Fikirkanlah.

Istimewakah Tren Laju Ipoh - KL ?

Khabar angin bertiup bahawa tambang tren berkelajuan tinggi Ipoh-KL-Seremban agak tinggi. Dikatakan tambang Ipoh ke KL akan berada dalam sekitar lebih RM40.00. Tren ini akan beroperasi April 2010. Dari 6 unit, hanya 1 unit yang dikhabarkan telah tiba untuk proses pentauliahan kakitangan.

Tren ini, yang dinamakan ETS ( Electrified Train Set ) akan beroperasi pada kelajuan 140km/j dan ia masih tidak selaju ERL yang bergerak pada kelajuan 160 km/j. Ini difahami kerana negara ini masih menggunakan trek 1.1 meter. Trek ini adalah acuan British untuk Malaya dan Siam.

Tetapi, tren tersebut sebenarnya hanyalah mainan yang datang kepada hartawan-hartawan yang berasal dari Ipoh dan hidup kaya raya di KL. Bukan untuk rakyat biasa. Rakyat biasa perlu terus menyerbu tren-tren kelabu yang menyediakan tambang murah.

Tetapi ada juga khabar angin menyebut bahawa set tren tersebut adalah keluaran defect product syarikat tersebut. Malah ada yang menyebut tren terpakai.

Namun, kerja 10 tahun yang diambil untuk menzahirkan perkhidmatan ini masih belum jauh lari dari apa yang penulis fikirkan.

Bayangkan di zaman British, dengan menggunakan kudrat pekerja kontrak Tamil, dalam 10 tahun telah beribu-ribu kilometer landasan dibina dengan memotong bukit dan menebuk terowong.

Tetapi, semalam, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, mengumumkan bahawa kerajaan negeri sedang berbincang dengan pihak KTMB untuk membina "Ipoh Sentral" di tengah-tengah bandaraya Ipoh.

Dipetik dari Utusan 9 Februari :


Untuk Ipoh - KL, 10 tahun masa diambil. Itulah kejuruteraan rel Malaysia yang semakin lama semakin sukar. Sesukar penumpang yang akan berfikir dua kali untuk menaiki tren laju tersebut.

Melihat pada tambang ERL yang berharga RM35 dari KLIA ke KL Sentral pada jarak 70km membuatkan penulis berfikir bahawa tambang Ipoh - KL yang berjarak 210km itu masih dikira berada on second highest dalam kadar-kadar tambang rel.

Di sebalik second highest, ia juga dikira sebagai second fastest dalam mobiliti rel negara ini. Tetapi yang dibimbangi jika tren tersebut benar-benar second hand seperti spekulasi liar yang bertiup.

Isnin, Februari 08, 2010

Karpal Singh Perlu Bertaubat

Karpal Singh selama ini memang juara dalam "melepaskan" penjenayah-penjenayah dari hukuman dengan putar belitnya. Hidupnya memang telah tertulis sebagai ejen neraka jahanam dengan melepaskan orang yang telah diketahuinya bersalah.

Adat seorang peguam yang diupah, sudah tentu mahukan kisah sebenar diceritakan sebelum proses pembelaan dibuat.

Akhirnya, sudah tentulah dengan niat dan kesengajaan yang diusahakan, mangkuk seekor ini akan berusaha untuk melepaskan anak guamnya yang telah dia ketahui bersalah dari hukuman, dek kerana ayat-ayat teknikal sahaja. Bukan kerana anak guamnya tidak bersalah.

Begitulah juga dengan kes Anwar ini apabila pada tahun 1997 lagi, Karpal telah membawa kisah perlakuan Anwar ini dalam Dewan rakyat semasa Anwar masih berjaya menyimpan tembelangnya.

Tetapi hari ini, Karpal menjadi peguam belanya dan seperti biasa, akan mencari hujah-hujah yang menyelamatkan anak guamnya akibat kesilapan teknikal, dan bukannya kerana anak guamnya tidak bersalah melakukan perkara tersebut.

Karpal sudah lebih tahu tentang apa yang dibuat oleh Anwar terhadal Saiful. Apabila Saiful melafazkan sumpah, Karpal sudah tahu bahawa Saiful memang benar. Dan apabila berlaku krisis Karpal dan Anwar berhubung isu raja-raja Melayu, Karpal dengan selamba menyebut "Anwar Ibrahim perlu bertaubat"

Tetapi, kerana wang Anwar Ibrahim yang banyak dari luar negara, Karpal Singh lah yang patut ke Gurdwara dan bertaubat sujud guling semahunya.

Kecelakaan yang membuatkan dia lumpuh tidak menyedarkannya lagi dan wang ringgit yang dijanjikan kepadanya tidak mudah membuatkannya untuk berjalan semula.

Karpal Singh perlu bertaubat. Biar Anwar dan pengikut penyokong setianya terus mati dalam kemunafikan.

Memori : Penceramah PAS Dihalau

Memori September 2009

Tersebut lah Al Kisah seorang Guru Agama yang pertama kali di jemput oleh Jawatankuasa Surau Taman Perpaduan di Ulu Kinta untuk mengajar agama di Surau tersebut. Al kisah ini berlaku di bulan Syawal baru - baru ini dimana makmum yang hadir amat terkejut dan terperanjat kerana yang disangka guru agama rupa - rupanya umpama musang berbulu ayam.
Lima minit saja mukadimah nya membaca beberapa ayat dan hadis selebihnya menghentam UMNO dan BN dengan berbagai - bagai tuduhan dan tempat melepas geram Kerajaan Negeri Perak melepas, sementelah hari tersebut bersamaan dengan PRK Bagan Pinang maka termasuk juga lah Calon BN di Bagan Pinang menjadi mangsa hentaman dan kutukan.

Melihat akan terpesongnya guru agama tersebut yang bukan mengajar agama tetapi berceramah politik, makmum yang hadir lebih kurang 50 orang telah bangun dan memberhentikan syarahan guru tersebut.
Yang lawak dan menggeli kan hati, guru tersebut boleh berlawan - lawan cakap dengan anak murid dengan nada yang marah dan menepuk-nepuk meja, lagaknya macam surau tu dia yang punya dan makmum yang hadir seperti orang luar yang bertandang, kerana terlalu ramai yang mendesak agar beliau keluar dari Surau tersebut maka al kisah dengan muka tak malu penceramah musang tersebut pun bingkas bangun dan sempat menghembur kata - kata " ana tak akan pijak lagi surau ini " bertambah terkejut lah makmum yang hadir melihat gelagat seorang dianggap guru agama yang juga bertugas sebagai seorang pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Batu Gajah Perak.

[Kau kalau taknak pijak surau tupun, sapa yang peduli? Ada yang rela pijak perut engkau. Dihalau pun dah cukup baik dah. Dasar agentur PAS, masuk tempat orang, buat onar. Siapa yang berkenan? Puak macamni membinasakan negeri. Baru perintah 11 bulan pun dah nampak kerosakannya.]

Justeru dengan tragedi tersebut, Pengerusi dan Jawatankuasa Surau tersebut telah membuat laporan Polis di Balai Polis Tambun dan telah menghantar surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk di ambil tindakan. bagi Pengerusi tersebut beliau mendakwa " kita tak peduli mana arah dan ideologi politik mana - mana guru sekali pun, tetapi kita mahu Guru Agama yang dijemput menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan bermoral, bukan menggunakan Surau sebagai platform untuk menghentam mana-mana individu, kerajaan mahupun parti lain, mengajar buat cara mengajar!!!!" ujar Hj Shariff Pengerusi Surau Taman Perpaduan.
Merasalah kena halau dek kerana doktrin yang tak bertempat.

Hari Tunku ?

Kerajaan cadang anjur Hari Tunku Abdul Rahman – Rais

07/02/2010 2:48pm

ALOR SETAR 7 Feb. – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merancang penganjuran Hari Tunku Abdul Rahman sebagai usaha menghayati jasa dan perjuangan Almarhum Perdana Menteri pertama itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penganjuran hari seumpama itu adalah penting kerana masih ramai yang tidak memahami dan menghayati fahaman dan keistimewaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dalam sejarah tanah air.

Katanya, antara pengisian Hari Tunku Abdul Rahman itu termasuklah menganjurkan kuiz, pertandingan esei, pameran dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan dan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman membentuk negara ini.

"Terdapat 15 agensi di bawah kementerian dan daripada itu sebanyak lima agensi adalah yang berkaitan dengan artifak dan sejarah.

“Kita akan garap kemahiran kelima-lima agensi ini untuk mencari idea (menganjurkan Hari Tunku Abdul Rahman),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Bergerak Koleksi Khas dan Katalog Khas Tunku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.

Beliau berkata, Hari Tunku Abdul Rahman itu akan diadakan sempena tarikh kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu pada 6 Disember setiap tahun mulai tahun ini. – Bernama

Ulasan

Rasanya tidak perlu untuk diadakan Hari TAR. Titik.

Jumaat, Februari 05, 2010

Guan Eng Takut Atau Bongkak ?

Sedaq gagal serah memorandum kepada Guan Eng
05/02/2010 6:26pm

PULAU PINANG 5 Feb. – Suasana kecoh berlaku semasa sekumpulan wakil dari 30 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu “Gabungan Sedaq” yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Guan Eng hanya mewakilkan Pegawai Khasnya untuk menerima memorandum tersebut.

Gabungan itu yang mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng, bagaimanapun enggan menyerahkannya kepada pegawai berkenaan.

Gabungan itu kemudiannya bertindak membakar kertas memorandum itu dan patung yang menyerupai Guan Eng di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), bangunan di mana terletaknya pejabat Ketua Menteri.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa kemudiannya memberitahu pemberita, perhimpunan yang disertai kira-kira 3,000 orang itu diadakan bagi membela nasib peniaga Melayu Pulau Pinang yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan negeri.

Gabungan Sedaq menggariskan 10 tuntutan dalam memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri menghentikan tindakan meroboh gerai peniaga Melayu.

Perhimpunan itu mengakibatkan kesesakan teruk di pusat bandar Georgetown, sebelum disuraikan oleh kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Ulasan

Lim Guan Eng bukan baru dalam politik. Sangat sukar untuk dia berada dalam kedudukan hari ini. Sebab yang melayakkan dia menduduki kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan kerana orang sukakannya. Tetapi hanya kerana di sana, orang banyak membenci kerajaan pusat pada ketika itu. Malangnya dia tidak tahu mengambil peluang melalui cara yang terhormat.

Polemik yang dibawakan olehnya hanyalah kerana dendam semata-mata. Dendam kepada orang Melayu. Ini jelas. Tidak perlu menuduh saya menyalakan sentimen perkauman. Saya hanya mengulas apa yang berlaku di depan mata dan membuatkan ramai yang memberi tafsiran yang sama tanpa disogok propaganda mana-mana pihak.

Lim Guan Eng, sama ada takut atau bongkak, tetap telah menggambarkan bagaimana seorang Napoleon kecil yang hanya pandai bermain pedang kayu, sedang cuba mengacah pihak yang dianggapnya sebagai musuh.

Sama ada dia berkelakuan bijak atau bodoh, dia tetap telah menjatuhkan popularitinya sendiri dengan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan yang pada sesetengah penyokongnya, dianggap sebagai berani. Hakikatnya, dia memang berani. Berani untuk menjerut lehernya sendiri di sebatang pokok pinang.

Sepertimana kerajaan pusat hari ini ditekan dan disenggol golongan minoriti sehingga tahap keakuran atas keterbukaan tertentu menjadi semakin signifikan, DAP tetap menyerlahkan agenda chauvinisnya di mana akhirnya laungan bodoh pahlawan perkauman mereka yang hanya pandai menggunakan frasa " itu bersifat perkauman " , akan mati ditimpa perkataan-perkataan mereka sendiri.

Politik memang banyak berkait dengan propaganda. tetapi terlalu banyak propaganda merosakkan karier politik seseorang itu lebih-lebih lagi apabila mulutnya berkata lain, hatinya berniat lain.

Selasa, Februari 02, 2010

"Uniknya" Pulau Pinang

Gambar di sebelah kiri ini adalah kempen yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sekian lama. Kempen itu, hari ini terus menjadi tali nilon yang menjerut leher mereka hingga genting kepala setiap seekor ayam-ayam laga mereka terutamanya ayam laga import yang kini mengetuai ayam-ayam laga di Pulau Pinang.

Maka tahniah kepada Utusan Malaysia apabila terus bertahan untuk memberitahu puak lagisatu bahawa mempertahankan sesuatu yang dirampas bukanlah sebagai pencetus kekacauan. Si perampas lah yang mencetus kekacauan dan dengan izin Tuhan, kini telah terserlah sikap perkaumannya.

Kini sudah bertepek-tepek air liur Guan Eng jatuh ke mukanya sendiri, dan juka ke muka-muka penyokong DAP di seluruh negara. Aspirasi bawaan DAP tidak relevan, bersifat dendam dan tidak ubah seperti perjuangan komunis yang penuh dendam.

Mujurlah UMNO yang mengepalai Barisan Nasional selama ini tidak bersifat pendendam, malah memberi pengampunan kepada penjahat-penjahat komunis satu ketika dulu dan dibenarkan untuk terus hidup dikalangan masyarakat.

Hari ini, mungkinkah pembanterasan ideologi dendam ala komunis ini perlu digerakkan semula? Malulah kepada penyokong DAP yang sentiasa menuduh pihak lain sebagai perkauman kerana ianya ibarat sehelai kain yang tak mampu menutup segunung najis yang mereka teran.

Satu demi satu premis di Tanjung Tokong sedang atau dalam rancangan untuk diruntuhkan. Gerai-gerai tersebut terletak di atas tanah, tanpa gangguan lalulintas dan lebih menyedihkan, ianya terhambat menceruk di celah-celah pembangunan Tanjung Tokong yang dibangunkan dengan projek-projek hartanah bernilai tinggi. Mungkin sebab itulah mereka mahu dihalau dari situ.

Tak mengapa, jika keadaan daif gerai tersebut mengganggu lanskap Pulau Pinang, (adakah jeti-jeti "clan" di sisi pulau sebelah sana itu indah sangat?) , bantulah mereka dengan menyediakan kemudahan menaiktaraf tempat mereka berniaga.

Nampaknya Kerajaan Guan Eng mengamalkan konsep hapus rata binasa dan pindahkan ke tempat lain mengikut sedap hati. Mungkin mendiang Francis Light itu moyang bapanya. Jika Kerajaan Guan Eng tergamak meruntuhkan premis yang mungkin cabuk tetapi bukan terletak atas jalan, bagaimana pula gerai-gerai yang menjaja segala mak nenek makanan halal haram yang berleluasa atas jalan.

Tak ada gazet untuk jalan tersebut ditukar kepada kawasan melonggok bangku meja gerai segala pun? Ataupun MUNGKINKAH premis yang diruntuhkan itu adalah premis tak seberapa yang TAK MAMPU untuk MENYUAP pegawai-pegawai Majlis? Bukankah suap menyuap itu amalan yang kukuh dipelihara oleh puak-puak tertentu di negara ini? "Pun intended"

Atau mungkinkah Guan Eng sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh angkatan robohnya? Mungkinkah angkatan robohnya itu mendapat restu dari Guan Eng? Nama pun Kerajaan Guan Eng ! Lalu Guan Eng pun berpakat meroboh. Jadilah Pakatan Roboh yang kini memerintah di Pulau Pinang.

Kata sesetengah orang, jika daerah Dinding boleh dipulangkan British kepada negeri Perak, kalau beginilah AMALAN PERKAUMAN yang diamalkan Kerajaan Guan Eng di Pulau Pinang, adalah harapan untuk Pulau Pinang dipulangkan ke negeri Kedah.

Manakan tidak, apabila kini, wujud pula "geng atap buruk bermata sepet" yang berlonggok di jeti menghadap Selat Selatan sedang gembira apabila "geng atap buruk berkulit gelap" selonggok yang menghadap Selat Utara, semakin terhapus dek campurtangan pemerintah kuku besi yang memihak kepada mereka.

Alasan kekal sebagai alasan. Kerana jika mahu disebut sebagai sebab, jeti-jeti keluarga Cina yang memenuhi selatan jeti feri itulah yang patut dipindah ke Pulau Jerejak bagi membolehkan kawasan tersbut ditebusguna dan dibangunkan dengan sebuah taman riadah yang indah, menarik pelancong dan memulihara pinggir pantai di situ.
Kan indah jika kawasan tersebut berdiri sebuah kawasan waterfront yang tidak mencemarkan perairan?

Jangan sembrono mencontohi Singapura dengan langkah yang semua orang tahu, adalah HIPOKRIT, dengan meruntuh kampung-kampung Melayu tepi laut kerana di Singapura, kampung-kampung Cina yang buruk seperti di jeti itu pun sudah dihapuskan. Kalau mahu bertegas, JANGAN HANYA BERANI KEPADA KAUM MINORITI YANG MISKIN. Jika mahu runtuhkan, runtuhkan semua pemandangan yang menyakitkan mata termasuk quay-quay buruk yang kotor, tempat sampah hanyut berlonggok.

Jadi mengapa menafikan yang Kerajaan Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang itu adalah kerajaan negeri yang bersifat perkauman, yang pertama sekali wujud di Malaysia.

Lebih memalukan, ia dipimpin dan disokong oleh mangkuk-mangkuk yang menuduh UMNO sebagai parti perkauman.