Friday, May 17, 2013

UMNO "Kumpulan Ahli Sihir"

Jika di rujuk pada Google Translate, dengan menterjemah perkataan UMNO ke bahasa Cina, akan keluar perkataan 巫統 (Wu Tong) sebagai nama UMNO.

Wu 巫 bermaksud Ahli Sihir / Bomoh / Dukun manakala Tong 統 bermaksud Pemerintahan / Pentadbiran / Pemersatuan.

Pernahkah orang UMNO sedar dan terasa diberi gelaran bukan-bukan seperti ini?

Kita tahu pihak yang  terbabit membuat saranan perkataan di dalam Google Translate berkait bahasaCina itu adalah pihak Cina Malaysia juga.







Pertama di Asia, Studio Pembuat Film "James Bond" Dibuka di Malaysia

Zulfi Suhendra - detikfinance

Jumat, 17/05/2013 07:21 WIB

Johor Bahru
 - Studio pembuatan film James Bond, Pinewood Studio, dalam waktu dekat akan dibuka di Malaysia. Proyek studio ini menghabiskan dana sekitar US$ 50 juta.

Berlokasi di Johor Bahru, Malaysia, proyek yang merupakan bagian dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau kawasan ekonomi khusus Malaysia ini, pertama kali di Asia akan dibuka.

"Kita akan buka pada bulan Juni 2013 dan mulai memproduksi film sekitar bulan Agustus atau September," ujar CEO Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Michael Lake di Nusajaya Johor Bahru, Malaysia, Kamis (16/5/2013).

Pembangunan proyek seluas 80 hektar ini telah dimulai pada kuartal keempat tahun 2011, saat ini proyek yang menelan dana hampir US$ 50 juta tersebut sedang dalam tahap penyelesaian untuk mengejar target persemian pada bulan Juni.

"Kita bekerja hampir 24 jam. Ada ratusan truk yang hilir mudik bekerja di sini," tuturnya.

Jika telah beroperasi, bulan Agustus September nanti, Michael mengungkapkan telah ada 9 produser yang berencana untuk membuat film di Pinewood Iskandar ini. Tak sembarang film dapat menggunakan jasa dan tempat ini, setidaknya, fim tersebut minimal menghabiskan biaya produksi US$ 5 juta.

"Paling sedikit mereka harus menghabiskan US$ 5 juta," katanya.

Dia juga tidak menutup kemungkinan untuk menggaet para produser film di Indonesia yang menurutnya sangat potensial, dan Indonesia termasuk negara dengan industri perfilm-an yang berkembang.

"Indonesia punya para pengusaha film sukses di indonesia. Apa yang saya lihat, adalah Malaysia akan menproduksi join dengan Australia, dan negara lain, negara lainnya adalah Indonesia," katanya.

Selain di Malaysia, Pinewood pun telah dibuka di Inggris, Amerika Serikat, Kanada, Republik Dominika, dan Jerman. Sehinggan bisa dibilang Malaysia merupakan negara pertama yang memiliki studio pembuatan film yang bergengsi ini.

Kerajaan Jamin Akan Turunkan Harga Kereta Berperingkat-Peringkat

Kerajaan Jamin Akan Turunkan Harga Kereta Berperingkat-Peringkat - Mustapa

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini Jumaat.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. -BERNAMA

Nyanyian Negaraku 'Diharamkan' Di Sebuah SJK Di Pulau Pinang?

Jika ini benar terjadi nampaknya semakin parah apa yang telah terbit dalam Sekolah Jenis Kebangsaan yang melulu dipertahankan oleh puak-puak DAP.

Inikah jenis sekolah yang dipertahankan oleh Karpal Singh dan M Kulasegaran?

Masihkah kita menyebut penghapusan Sekolah Jenis Kebangsaan sebagai ucapan perkauman?

Bahaya yang dipupuk jelas kelihatan.

Kudis yang dibiar supaya menjadi barah?

Barah sudah pun terjadi.

Hilang Cinta, Kini Anwar Mengutuk Hindraf

Anwar mengutuk Hindraf sebagai parti pelampau walaupun kacau bilau Hindraf di ibu kota pada 25 November 2007 lalu , dia berada di tengah-tengah mereka. Kutukan itu diluah semasa dia bercakap di hadapan hadirin perhimpunan Butahati 505 di Johor Bahru. Dia menyebut bahawa Hindraf merupakan 'Perkasa' versi India dan menggambarkan Perkasa dan hindraf kedua-duanya sebagai puak pelampau.

Lim Kit Siang pula cuba melagakan Khairy Jamaluddin dengan Najib dengan menuduh jawatan Menteri Belia dan Sukan sebagai jawatan remeh dan kecil, tidak layak bagi Khairy yang berkelulusan Oxford. Agaknya kalau Belia dan Sukan  portfolio remeh, portfolio bina insan manakah apakah yang penting? Menteri Kebajikan Golongan Tua Kutuk Tak Sadar Diri yang sepatutnya di sandang Kit Siang? 

Sudah kalah lah. Banyak bunyi pulak lah.


Friday May 17, 2013

Anwar criticises new Cabinet line-up at rally

JOHOR BARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim has criticised the new Cabinet line-up, questioning the decision to pick Hindraf chairman P. Waythamoorthy as Deputy Minister in the Prime Minister's Department. JOHOR BAHRU : ANWAR MENGKRITIK BARISAN KABINET BARU DAN MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN MELANTIK PENGERUSI HINDRAF SEBAGAI TIMBALAN MENTERI DI JPM.

"Waythamoorthy has previously rejected some of the core points of the country's Constitution and his party is basically the Indian version of Perkasa," the Opposition Leader said, pointing out that both Perkasa and Hindraf were "extremist parties". "WAYTHAMOORTHY DAHULUNYA MENOLAK ASAS PERLEMBAGAAN DAN PARTINYA ADALAH 'PERKASA' VERSI INDIA" SAMBIL MENYEBUT PERKASA DAN HINDRAF SEBAGAI PARTI PELAMPAU.

Anwar said that instead of Waythamoorthy, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should have appointed "a Bangladeshi deputy minister instead" in reference to claims by the Opposition that groups of Bangladeshis and other foreigners were brought in to vote for Barisan Nasional during the general election. ANWAR BERKATA, SEPATUTNYA NAJIB MELANTIK BANGLA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI MERUJUK KEPADA TUDUHAN PEMBANGKANG BAHAWA BANGLA DIGUNAKAN UNTUK MENGUNDI BN.

DAP adviser Lim Kit Siang, who also spoke at the event, said he felt sorry for Umno Youth chief and Rembau MP Khairy Jamaluddin who was appointed Youth and Sports Minister. LIM KIT SIANG PULA BERASA KASIHAN APABILA KHAIRY JAMALUDDIN HANYA DILANTIK MENTERI BELIA DAN SUKAN.

"I am no friend of Khairy's but it is unfair to him that he is put in charge of one of the most minor posts in the Cabinet," he said, adding that Khairy was an Oxford University graduate and deserved better. "SAYA BUKAN KAWAN DIA, TAPI TAK ADIL UNTUK DIA DILANTIK KE JAWATAN KECIL DALAM KABINET" SAMBIL MENAMBAH KHAIRY SEBAGAI LULUSAN OXFORD DAN LAYAK MENDAPAT JAWATAN LEBIH BAIK DARI ITU.


Haris Ibrahim Tetap Mahu Gulingkan Kerajaan Tanpa Sokongan Pakatan Rakyat

Walaupun tidak disokong pemimpin Pakatan Rakyat (katanya), Haris Ibrahim terus tunjuk gedebe. Kedegilannya memuncak. Terkini dia menyatakan bahawa perhimpunan menggulingkan kerajaan akan diteruskan dengan atau tanpa sokongan Pakatan Rakyat. 

Katanya, perhimpunan ini adalah inisiatif rakyat, bukannya Pakatan Rakyat. Dengan sombong dia menyebut "Kami tidak memerlukan sokongan Pakatan Rakyat".

Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Karpal Singh setakat ini telah mengeluarkan kenyataan menolak agenda menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan yang dinilai anarkis dan merosakkan kestabilan negara. Kita masih menunggu tindakan pihak berkuasa ke Haris Ibrahim dan konco-konconya.

KUALA LUMPUR: The planned street rallies aimed at toppling the government will go on, with or without Pakatan's support.

Asalkan Bukan Umno (ABU) spokesman Haris Ibrahim said the plan was not the opposition pact's initiative and they were not depending on its support to see it through.

The defiant Haris was commenting on PKR de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP chairman Karpal Singh's recent statements that their parties were distancing themselves from a street rallies planned by ABU and Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

"This is the rakyat's initiative not Pakatan's.

"We are not depending on their support," Haris said.

ABU and SAMM hoped to gather one million people in the streets here to protest what they alleged was electoral fraud in the recently concluded 13th General Election.

The social activist had, during a forum on Monday night, allegedly called on Malaysians to take to the streets to topple the government, claiming that the results of the general election were rigged.


Read more: Planned rally to go ahead - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/planned-rally-to-go-ahead-1.280847#ixzz2TVbs0gq1

DUN Seri Serdang Saksikan Pertambahan Pengundi Cina Seramai 10,638

Menghairankan tapi tiada yang mustahil. Beginilah strategi yang BN tidak dapat lihat dan kuasai. Pertambahan penduduk mendadak disebabkan oleh pembangunan yang tidak dapat ditolak telah mengubah demografi beberapa kawasan DUN di Selangor. 

Pasti ada jawapan kepada persoalan ini. Memilih untuk mempertikai atau memilih untuk mengalu-alukan perubahan corak pengundi ini adalah dua bentuk opsyen yang kritikal. Namun segalanya telah terjadi. Terima sahaja hakikat ini. Sama ada rakyat PRC yang mempunyai IC atau warganegara berketurunan Cina yang membolot hartanah yang tak mampu dibeli Bumiputra, itu wajib dinilai oleh pihak yang wajar.

Dipetik dari Utusan :

Kalau disemak statistik sehingga suku keempat atau Disember 2012, pertambahan pengundi Cina kedapatan di banyak kawasan di Selangor. Ia agak 'mencurigakan' meskipun mengikut saluran sah oleh SPR.

Di kawasan DUN Seri Serdang yang menyaksikan ketua pembangkang Selangor dari BN, Datuk Satim Diman menang di kerusi itu dengan 45 undi pada 2008, tiba-tiba pula menunjukkan pertambahan pengundi Cina di situ mencapai 10,638 orang.

Di DUN Subang Jaya, angka pertambahan itu mencecah 10,000 pengundi kaum itu. Di kawasan DUN Paya Jaras dalam Parlimen Subang yang mana penyandangnya dari UMNO, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor menang sekitar 600 undi pada 2008, gagal mengulangi kejayaan sama 5 Mei lalu. Lebih parah lagi Muhammad Bushro tewas lebih 5,000 undi di kawasannya yang turut memperlihatkan pertambahan pengundi Cina mencapai 6,000 orang.

Juga, sama ada sedar atau tidak, prinsip-prinsip asas seperti calon boleh menang di Selangor seolah-olah telah 'tercabul'. Ini ketara khususnya di kawasan Sepang. Orang yang layak bertanding, diserahkan kepada yang tidak berhak. Begitu sebaliknya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130517/re_01/Tanpa-menteri-lebih-agresif#ixzz2TVQnsbtC 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Karpal Singh Lapor Polis Bantah Agenda Gulingkan Kerajaan?

Setelah Anwar bersegera menolak penggulingan kerajaan , Kit Siang segera menolak Arab Spring, terbaharu, Karpal Singh membuat laporan polis bagi membantah rancangan juak-juak sampah demonstrasi Pakatan Rakyat si Haris Ibrahim, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Tian Chua yang beria-ia mahu menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat melalui tindakan kekerasan beramai-ramai?

Tidak, dia membuat laporan polis ke atas seorang ahli akademik Melayu yang menyebut sekolah vernakular punca pepecahan kaum. Ceh!

Nampaknya Menteri KDN yang baru tidak perlu berfikir panjang. KPN baru juga tidak perlu berfikir panjang. Jangan sampai empat ekor manusia sawan penggugat keselamatan itu yang membuka langkah panjang. Tangkap mereka dan tirai besikan untuk jangkawaktu yang agak panjang.

Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee.


Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. 


Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). 




Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. 

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati. 

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH. 

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini. 
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman. 

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya. 

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.