Monday, March 17, 2014

Joko Widodo mencalonkan diri untuk jawatan Presiden Indonesia 2014


Individu yang naik dengan pantas popularitinya di Indonesia, Joko Widodo atau dikenali Jokowi, kini melangkah setapak lagi apabila partinya, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) mencalonkannya pula sebagai calon pilihanraya Presiden 2014.

Beliau yang baharu menjawat Gabenor Jakarta sejak September 2012 lepas, sebelum itu merupakan Datuk Bandar Solo di Jawa Tengah.

Menjadi individu paling cepat popular seperti yang ditulis oleh banyak rencana di merata dunia, Jokowi mendapat sokongan ramai rakyat Indonesia dan diramalkan dia akan mudah memenangi jawatan Presiden Indonesia.

Begitulah pantasnya seorang Datuk Bandar menuju ke arah kerusi Presiden sebuah negara besar dan ramai musuh politiknya menyebut, dia hanyalah boneka Megawati Sukarnoputri, pemimpin PDIP yang tidak jadi mencalonkan diri setelah ramai yang menolak.

Di Indonesia, sentimen kepartian lebih rendah berbanding sentimen keperibadian.


umat, 14/03/2014 23:58 WIB

Jadi Capres PDIP, Jokowi: Ini untuk Rakyat Indonesia

Nur Khafifah - detikNews

Jakarta - Gubernur DKI Jakarta Jokowi akhirnya resmi ditetapkan sebagai capres oleh Ketum PDIP Megawati Soekarnoputri. Jokowi merasa diberi tanggung jawab besar oleh PDIP.

"Nggak gampang dan nggak mudah dapat mandat itu, ini kepercayaan yang diberikan kepada saya," ujar Jokowi di Rumah Dinas, Jl. Teuku Umar, Menteng, Jakarta Pusat, Jumat (14/3/2014).

Menurut Jokowi pencapresan ini pun bukan sekedar mendompleng elektabilitas dia. Penetapan dirinya menjadi capres adalah untuk bangsa Indonesia.

"Ini bukan soal Jokowi, tapi rakyat dan bangsa," imbuh Jokowi.

Jokowi sendiri mengaku penetapan ini adalah keputusan mendadak dari Megawati. Meski demikian sebelumnya dia sering berkomunikasi dengan Megawati.

Sementara itu mengenai jabatan dia sebagai Gubernur DKI Jakarta saat ini, menurut Jokowi hal itu pun menjadi tanggung jawab dia. Jokowi berkata bahwa sebagian janjinya telah terealisasikan.

"Saya kira urusan Jakarta itu urusan banjir itu hampir selesai, semua sungai-sungai besar peran pemerintah pusat dan daerah. Sebetulnya tempat di mana saja, asal bekerja sungguh-sungguh dan dedikasikan kepada masyarakat tidak masalah," tutur Jokowi.

Polis kesan dadah sintetik baharu

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dadah yang dikesan membunuh enam penonton konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, berkemungkinan adalah dadah sintetik baharu yang belum dipasarkan di negara ini.

Difahamkan, dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran dan sememangnya dibawa khas untuk mereka yang menghadiri konsert terbabit.



Sumber memberitahu, setakat ini polis masih belum dapat memastikan jenis dadah yang digunakan, meskipun mereka mengaitkan kematian mangsa dengan dadah sintetik jenis methamphetamine.

Menurutnya, pakar perubatan yang menemui beberapa kapsul dadah berkenaan di badan mangsa juga sukar untuk mengenal pasti jenisnya.

"Polis masih mengesan sama ada dadah itu jenis methamphetamine yang baharu atau dadah jenis lain kerana setakat ini barangan terlarang sebegitu masih belum ada dalam pasaran negara.

"Polis juga tidak dapat memastikan kandungan dalam dadah itu untuk menentukan punca kematian enam individu terbabit dan dadah tersebut telah dihantar ke makmal untuk diuji.

"Keputusan ujian hanya akan diketahui dua minggu lagi dan ketika itu barulah polis mengetahui jenis dan dari mana bekalan dadah tersebut diperolehi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, enam penonton konsert iaitu Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28; maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.

Utusan Malaysia difahamkan, dadah yang diambil oleh mangsa ketika menghadiri konsert berkenaan berupa kapsul ubat dan dijual dengan harga yang rendah.

Mereka yang mengambil dadah itu juga dikatakan akan mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga.

Mengulas tentang pengedaran dadah di konsert terbabit, sumber memberitahu, bekalan dadah itu mungkin dibawa oleh warga asing.

"Polis juga tidak tahu sama ada dadah itu dibekalkan oleh individu yang sama kerana percakapan mangsa masih belum direkodkan.

"Polis turut menyiasat kemungkinan dadah berkenaan dengan kes yang melibatkan belasan penonton di sebuah konsert di Sepang dimasukkan hospital beberapa tahun lalu," katanya. - UTUSAN