Thursday, July 25, 2013

Gempar Salji Turun Di Mindanao, Filipina


Berita salji turun di Mindanao, Filipina selama 3 jam bermula jam 8 pagi semalam yang disiarkan sebuah agensi berita menggemparkan penduduk negara tersebut. Namun pakar menyebut ia adalah palsu semata-mata memandangkan tiada rekod oleh agensi cuaca Filipina berkenaan suhu jatuh mendadak di mana-mana kawasan negara tersebut dan menyebut agensi berita yang menyiarkannya sebagai 'agensi berita hantu'.

Snow in the Philippines? Fake, says expert

Posted at 07/25/2013 6:32 PM | Updated as of 07/25/2013 7:51 PM


MANILA (UPDATED) - Don't fall for a fake YouTube video clip supposedly showing snow falling in Mindanao, a weather expert said Thursday.
The "Philippine snow" video clip making rounds online is fake, according to NHK World weather anchor Robert Speta.
Speta said the supposed snow is ashfall taken in 2009 around Christmas during an eruption of Mayon volcano in Albay.
"Ash can sometimes look like snow when it falls," he said in a blog post.
"The Christmas decorations would put it at the right time. Regardless it is not snow and it was not on July 24th," he added, describing the video footage.
He said "Rodsburgh News Live," which uploaded the clip, is a "phantom news agency."
"It's a bogus news station. I was unable to source it back to anything else outside of its YouTube channel where 2 videos are uploaded," he said.
Speta also explained that it would be impossible for snow to fall in Mindanao is in the tropics near the equator.
"There was no reports of snow in the Philippines by any weather stations or temperatures getting below 20C for that matter," he added.
"Just shows how good amateur news graphics are becoming, and to double check every story you hear about," he said.
State weather bureau PAGASA has not reported any recent snowfall in the country.

Fitnah Perkauman Tidak Mampu Ditangani Oleh Undang-undang?

Ini muka pencetus provokasi isu makan dalam tandas. Dia mencetus sentimen kebencian. Dia cuba menjadikan isu tempat makan sementara yang merupakan bilik persalinan diubah sementara yang digunakan oleh semua murid, bagi menggambarkan berlaku penindasan kaum dengan nada menghina, meluahkan kata-kata yang agak biadap ke atas agama Islam serta mengaitkan nama Allah dalam kebenciannya ke atas orang Islam dan ibadat orang Islam.

Tiadakan peruntukan bagi membolehkan dia didakwa kerana memfitnah dan menghasut?

Jika fitnah melibatkan pegangan agama orang lain oleh mereka yang beragama lain tidak mampu ditangani undang-undang, tidak mustahil ada rakyat yang bertindak menangani dengan tangan sendiri, maka negara ini bakal memasuki fasa negara gagal.


Tanpa Nama berkata...
Dia arahkan bercuti rehat seminggu ?.Apa salah beliau?.Macam mana Kementerian pun boleh terpedaya dek bloger peminfitnah.Itulah aku tak nampak sorang pun menteri Melayu yg berwibawa dari PM sampai ke bawah,termasuk Mohidin 2X5 je.Tenat



Guru Besar SK Pristana Lapor Polis Kes Fitnah Babitkan Islam

KUALA LUMPUR 25 Julai - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana di Sungai Buloh, hari ini membuat laporan polis kerana merasakan dia telah difitnah.

Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Mohamad Nasir ketika dihubungi Utusan Online berkata, beliau membuat laporan polis kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Laporan itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir, beliau telah menempatkan murid-murid di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

"Pada sebelah pagi matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Ini adalah kerana kata beliau, murid-murid jarang menggunakan bilik persalinan kerana mereka dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Apatah lagi kata beliau, bilik berkenaan telah dibersihkan dan mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Dalam pada itu Mohamad Nasir memberitahu, beliau diarahkan supaya bercuti rehat selama seminggu dan sebarang tindakan oleh Jabatan Pelajaran akan diputuskan selepas itu. - UTUSAN ONLINE

BN Menangi DUN Kuala Besut Dengan Kelebihan 158 Undi Majoriti


BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti yang lebih meningkat, sekaligus menafikan hasrat Pas untuk mencipta kemenangan 16-16 kerusi DUN Terengganu

Calon BN Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi, manakala calon Pas, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long memperolehi 5,696 undi.

Dengan itu, BN mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi berbanding dengan kemenangan calon BN, Allahyarham A. Rahman Mokhtar yang mendapat 2,434 undi sebelum ini.

BN juga turut berjaya mengekalkan status quo 17:15 kedudukan kerusi DUN Terengganu.
Suara Politik 
BELANTAN

PIBG SK Seri Pristana Disyor Ambil Tindakan Undang-Undang

Pihak sekolah SK Sri Pristana melalui PIBG disaran mendakwa penyebar fitnah "murid dipaksa berbuka di dalam tandas dan dilayan seperti hamba abdi" di mahkamah  - yang dilihat cuba menjadi kesinambungan gertakan menghina ke atas Islam yang melanda tanpa henti dewasa ini.

Ini juga dilihat mampu sedikit sebanyak mengekang cubaan untuk menggugat secara sentimen ke atas umat Islam bukan sahaja di negara ini, malah di rantau ini.

Justeru, dakwaan di mahkamah perlu dibuat mengikut peruntukan undang-undang yang membolehkannya. Jika tidak boleh, cuba bagi boleh -  bagi membuatkan mereka yang cuba menyebar sentimen fitnah, akan berfikir tujuh lapan kali untuk berbuat demikian.