Bayangkan terowong SMART yang menelan beribu juta ringgit itu telah ditutup sebanyak 44 kali sepanjang 17 bulan ia beroperasi kononnya bagi mengalirkan aliran limpahan Sungai Klang yang mampu menenggelamkan pusat bandar Kuala Lumpur.Bayangkan pula betapa seandainya ia tidak ditutup langsung sepanjang tempoh itu bagi aliran air, Kuala Lumpur akan ditenggelami air sebanyak 44 kali dalam tempoh 17 bulan. ADAKAH INI MASUK AKAL?
Untuk rekod, secara purata, pusat bandaraya Kuala Lumpur secara minimanya hanya diancam banjir 3 kali dalam tempoh 24 bulan sebelum terowong SMART beroperasi. Penyaluran air sebanyak 44 kali sepanjang 17 bulan menunjukkan seolah-olah Kuala Lumpur diancam banjir sebanyak 2.6 kali sebulan sepanjang tempoh terowong SMART beroperasi.
Adakah kadar hujan bertambah setelah terowong SMART siap sepenuhnya? Ternyatalah fenomena ini tidak masuk akal.
Penutupan Terowong SMART yang telah mengganggu kelebaran aliran trafik Jalan Tun Razak terbukti mengakibatkan lumpuhnya aliran trafik Kuala Lumpur terutamanya pada hari-hari bekerja. Beribu-ribu kenderaan terperangkap dan berjuta-juta liter petrol dan diesel dibazirkan akibat kesesakan lalulintas yang berada dalam keadaan pegun dan statik.
Apakah wujudnya terowong SMART terlalu mendahului masa apabila pihak Jabatan Pengairan & Saliran sendiri tiada mekanisma moden bagi meramalkan kadar hujan yang sepatutnya membuatkan terowong ini betul-betul dalam keadaan perlu digunakan untuk menyalirkan air banjir?
Secara logiknya, hujan lebat selama dua jam tidak mampu membanjirkan Kuala Lumpur namun, pihak SMART menutup terowongnya sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk rekod, banjir di Kuala Lumpur berlaku hanya apabila hujan lebat mencapai empat jam secara menyeluruh di seluruh Lembah Klang Timur dan Utara.
Terowong SMART kononnya hanya memerlukan beberapa minit untuk dikosongkan dari lalulintas dan digantikan dengan pengaliran air banjir. Tetapi mengapakah ianya ditutup satu hingga dua jam sebelum air banjir dialirkan?
Sebenarnya, terowong SMART tidak boleh dijadikan bahan mainan operator JPS dalam keterujaan mereka untuk memandu air banjir sewenang-wenangnya. Satu mekanisma khusus perlu diperhalusi agar terowong ini hanya digunakan apabila ia benar-benar perlu dan satu pusat pengumpulan data paras air sungai seluruh Kuala Lumpur perlu diwujudkan bagi merumuskan satu paras khusus yang jitu bagi menunjukkan amaran bahawa terowong SMART benar-benar perlu beroperasi bagi menyalirkan air banjir.
Ini adalah penting kerana kejadian banjir di Kuala Lumpur adalah gandingan limpahan air Sungai Gombak dan Sungai Batu dan bukannya Sungai Klang semata-mata.
Hujan lebat di Ampang dan hujan gerimis di Selayang tidak memungkinkan banjir di Kuala Lumpur seandainya kadar alir Sungai Klang yang tinggi mudah untuk bertemu dengan Sungai Gombak yang hanya mencatat sedikit peningkatan.
Sekiranya ini diambil kira, tidak mungkin kita akan dimomokkan bahawa Kuala Lumpur akan banjir 44 kali dalam masa 17 bulan seandainya terowong SMART tidak bertukar fungsi. Sudah tentu jugalah akan berkurangan carut dan maki wargakota yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang tidak pernah terbayang oleh mereka sebelum wujudnya terowong ini.
Siapakah yang malu sekiranya ada pihak yang menuduh fasiliti kelas pertama ini ditadbir dengan mentaliti kelas ketiga?