Wednesday, April 04, 2012

Harga RON95 Di Turki Ialah RM8.14 Seliter!!


Turki ialah sebuah negara sanjungan Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja, ketika drama kononnya ada pihak ingin membunuhnya, Anwar Ibrahim lari ke Kedutaan Turki. Malah ketika sidang kontroversi di India yang dihadiri Salman Rushdie, Anwar menjelaskan contoh-contoh demokrasi yang diagungkan olehnya termasuklah India dan Turki.

Sungguh indah serba-serbi negara Turki di mata Anwar. Seindah pandangannya ke atas Turki, begitulah dia mahukan rakyat negara ini melihat negara Turki.

Tetapi apa yang disorokkan oleh Anwar tentang Turki ialah bagaimana Turki meletakkan harga RON 95 pada kadar antara tertinggi di dunia. RM8.14 seliter.

Apakah yang boleh dibanggakan dengan Turki? Sedangkan kononnya negeri Florida pun tidak sedemokrasi beberapa negara Islam.

Apa lagi yang masih disorok oleh Bapa Putarbelit Negara ini?

Malaysia Cetuskan Amuk Di Indonesia Lagi!

Malaysia kembali menjadi sasaran rakyat Indonesia! Kali ini bukan maki hamunnya kepada negara ini, tetapi kepada pemerintah Indonesia yang dikatakan telah menipu mereka semasa menyebut 'petrol di Indonesia lebih murah dari di Malaysia'.

Ini berikutan dari laporan Detiknews bertajuk Pemerintah Malaysia Pilih Pertahankan Subsidi BBM untuk Rakyatnya telah mengemukakan satu fakta yang kebanyakannya baru diketahui oleh rakyat Indonesia.

Rupa-rupanya minyak gred oktan paling rendah yang digunakan di Malaysia ialah RON95! Ini berbeza dengan Indonesia yang masih menggunakan RON88 sebagai minyak paling rendah kualitinya. Maka benarlah secara harga bahan bakar paling murah boleh di dapati, Indonesia menawarkan harga lebih rendah. Tetapi bagaimana pula dengan kualiti?

Rakyat Indonesia mulai sedar bahawa perbandingan bahawa minyak di Indonesia lebih rendah harganya dari minyak di Malaysia adalah dusta semata-mata kerana kualitinya tidak disebutkan.

Ini kerana RON95 adalah setaraf petrol Pertamax Plus yang dijual pada harga Rm3.60 seliter di Indonesia dan tidak menjadi pilihan hatta oleh orang-orang kaya di Indonesia kerana dianggap 'mahal' dan tidak mampu diguna rakyat.

Lebih teruk, golongan kaya, kelas menengah, yang menaiki kereta-kereta mewah di Indonesia turut menggunakan minyak RON88 yang bersubsidi! Ini mencetuskan kemarahan berlipat ganda rakyat berpendapatan kecil.