Sunday, May 17, 2009

Politik Wang Dalam PAS : Dah Terkena Batang Hidung Sendiri

Penulis memang telah ramalkan bahawa gejala politik wang akan mengotori pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini. Ini kerana keghairahan penyokong mereka mengutuk UMNO dahulu pasti dibayar Tuhan dalam tempoh yang amat singkat.



Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sesuailah perumpamaan itu terhadap hooligan dan die hard fan PAS yang tidak bertapis mulut mereka apabila memberi komen mengeji sesetengah nama dalam UMNO ketika berhadapan pemilihan.

Nah kali ini, kejilah parti mereka sendiri kerana amalan memberi saguhati telah terpakai di dalam PAS.

Perkara ini mudah diramal kerana semua orang tahu puak pro-Anwar dalam PAS sedang berusaha merampas parti tersebut dari puak ulama. Anwar yang menjadi raja politik wang dan menjadi tukang ajar cara berpolitik menggunakan wang dalam UMNO seawal 1993 sudah tentu mengilhamkan budaya ini ke dalam PAS.

Selanjutnya, sebusuk-busuk tandas UMNO yang bergelumang tahi, busuk lagi tandas PAS yang ditutup kelemahan sendiri dengan menghentam orang lain.

Malangnya, puak-puak PAS akan terus mengatakan mereka adalah betul dan UMNO adalah salah sedangkan kesalahan mereka dalam hal ini adalah jelas dengan pendedahan akhbar Sinar di atas.

Sikap buruk ini selalu dibayangkan oleh nasihat-nasihat orang tua yang menyebut " Jangan mengata orang lebih sangat, nanti jadi kat diri sendiri."

Contoh klasik ialah seseorang yang terlalu mengeji seseorang yang menagih dadah, akhirnya berhadapan dengan krisis sendiri apabila anaknya pula terjebak dalam penagihan dadah.

Tetapi apa nak dihairankan dalam perkara ini. Tangkap 100 mat rempit dan anda akan dapati ibu-bapa 70% dari mereka adalah penyokong kuat pembangkang. Ini kerana sikap rebel ibu bapa mereka menjadi inspirasi kepada anak mereka untuk mengejek polis peronda dengan harapan boleh bermain aci kejar. Ini bukan fitnah.